Saturday 2 March 2013

Hadi Takut Lihat Liang Lahad Pejuang Negara Yang Gugur?

 Anak Allahyarham Insp.Zulkifli 

Menteri Besar Terengganu sebentar tadi telah melawat keluarga Allahyarham Insp Zulkifli bin Mamat. Semasa bertemu ibu Allahyarham iaitu Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun), DS Ahmad Said kelihatan amat sedih dan menangis.





Insp Zulkifli bin Mamat (29) dari Unit 69 Komando PDRM meninggal dunia selepas terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini, hari ini. Allahyarham terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.

Jenazah Insp Zulkifli akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Gong Bayor, Tembila, Besut, Terengganu, Pengebumian jenazah akan dibuat secara pengebumian perwira.



Gambar kenangan Allahyarham Insp.Zulkifli


Insp Zulkifli bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham, Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2 orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.


Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Al-Fatihah.

Sumber RAKTRA



No comments:

Post a Comment