Monday 4 March 2013

MAKLUMAT TERKINI:Jenazah Anggota Polis Terkorban Dihantar Pulang Hari Ini



LAHAD DATU: Jenazah dua pegawai dan empat anggota polis yang terkorban dalam kejadian tembakan di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna kelmarin, akan dihantar balik ke kampung masing-masing pada Isnin.

"Jenazah akan diterbangkan bermula pukul 1 petang ini dari Lapangan Terbang Tawau," kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada taklimat media di Felda Sahabat, kira-kira 130 kilometer dari sini, pagi Isnin.

Mereka yang terkorban ialah Supt Ibrahim Lebar dari Bukit Aman, ASP Michael Fadil dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna, Sarjan Detektif Baharin Hamid dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah, Sarjan Aziz Sarikun dari Pasukan Gerakan Am (PGA) Tawau, Kpl Salam Tongiran (IPD Tawau) dan L/Kpl Mohd Azrol Tukiran (PGA Tawau).



 Adalah dimaklumkan bahawa penerbangan dan pergerakan membawa pulang jenazah enam pegawai dan anggota polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna. Masa ketibaan dijangka seperti berikut:

Tarikh: 04 Mac 2013
1. Supt Ibrahim bin Lebar
2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran
Masa: 6.00 petang
Tempat: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

3. ASP Micheal Padel
Masa:5.30 petang
Tempat: Lapangan Terbang Antarabangsa, Kuching

4. Sjn/D Baharin bin Hamit
Masa: 2.00 petang
Tempat: Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu

5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun
Masa : 10.00 pagi (van jenazah)
Tempat: Semporna

6. Kpl/S Salam bin Togiran
Masa: 10.30 pagi (van jenazah)
Tempat: Batu 15, Tawau.

Pegawai polis yang masih menjalani rawatan di Hospital Tawau adalah Insp Mohamad Hasnal bin Jamil yang mengalami kecederaan di kedua-dua belah tangan dan di beberapa bahagian badan. Walau bagaimanapun, keadaan beliau dilaporkan stabil.

No comments:

Post a Comment