Monday, 30 December 2013

Rampasan Ops Cantas Khas"Himpunan Guling Kerajaan"

Displaying IMG-20131230-WA0009.jpg

Makluman awal serbuan terhadap cubaan gulingkan kerajaan:
Maklum serbuan Ops Cantas Khas" T-SHIRT NEW YEARS REVOLT EDITION"

Pada jam l/kurang 0200 hrs 30.12.13 sepasukan anggota Polis dari JSJ IPD Serdang di ketuai oleh Insp Zulkarnain brsma Insp.Lee Robert dr D7 IPK Selangor, JSJ D7 IPD Serdang dan anggota PIFOS IPD Serdang telah membuat serbuan di alamat No.J-3-026-2A Jln.LP 7/4 Tmn.Lestari Perdana Seri Kembangan. Pada masa serbuan penama yg di cari tiada dirumah dn telah membawa balik ke Balai penghuni 1 (L) Melayu yg tinggal bersama saspek ke untuk membantu siasatan di bawah Sek 124 KK Dan tidur merampas barang dan T Shirt seperti yg disenaraikan dibawah. Penama yg dibawa balik:
Nama: Noor Azam b. Md Zaki
KPT:771011-08-6627 (37) Thn
Barang2 yg di rampas:
1.) 18 helai baju t-shirt round neck warna merah brtulis Angkatan pemuda insaf (API)
2) 2 helai baju t- shirt round neck warna hitam brtulis Angkatan pemuda insaf (API)
3) 3 helai baju round neck wrna hitam brtulis Rasistance (ABU)
4) 4 helai baju t-shirt round neck wrna hitam brtulis Merdeka 100% pertama melawan
5) 2 helai baju t-shirt round neck warna coklat brtulis Merdaka% pertama melawan.
6) 2 helai baju t-shirt round neck wrna kuning brlengan pendek dan panjang brtulis Bersih 3.0
7) 2 helai baju t-shirt round neck warna kuning brtulis Kuasa 2013 Rakyat (Hari kebangkitan rakyat)
8) 1 helai baju round neck wrna kuning brtulis Bersih 4.0
9)2 helai baju round neck wrna kuning brtulis Janji Bersih.
10) 4 helai baju t-shirt brkolar lengan pendek dan panjang wrna merah brtulis kuasa Rakyat 2013.
11) 1 helai baju t-shirt round neck wrna hitam brtulis Kaum Miskin Bersatulah Minyak Masak Habis bangun dan Lawan.
12) 3 helai baju t-shirt round neck wrna kuning brtulis Ingati Tangisan Darah Lumpur/Palestine Boikot.
13) 5 helai baju t-shirt round neck warna putih brtulis Ilustration Projek Tribute To Brsih Remember 709 Th-eyellowbouitique
14) 1 helai baju round neck wrna hitam brtulis Awas Lanun Jalanan AES.
15) 1 helai baju t-shirt round neck warna hitam brtulis Awas Ancaman TPPA Penjajah Baru
16) 1 helai baju t-shirt round neck warna hitam brtulis Ambang 13
17) 2 poster brtulis Kaum Miskin Bersatulah Minyak Masak Habis Bangun Dan Lawan.
18) 1 Kelender 2014 brtulis Selamat Menyambut Tahun Derita Rakyat 2014 Aku Janji PRU 13 Janji Capati.
19) 1 Passport Malaysia atas nama Mohd Zullraidy Bin Ahmad Tarmizi No.A25718207
20) 1 kertas putih permohonan bayar balik dlm Kebankrapan atas nama Mohd Zullraidi Bin Ahmad Tarmizi.

Kesemua rampasan dan juga tangkapan dibawa balik ke IPD Serdang utk siasatan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 124 KK,

Saturday, 23 November 2013

Mat Sabu Pertahan Jawatan Timbalan Presiden

Mat Sabu



SHAH ALAM: Mohamad Sabu berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal kedua selepas menewaskan pencabar tunggalnya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti kecil 98 undi.

Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu diumumkan menang dengan memperoleh 588 undi manakala Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mendapat 490 undi.

Mohamad menang kali pertama jawatan tersebut pada pemilihan 2011 apabila menewaskan penyandang ketika itu, Nasharudin Mat Isa dan seorang lagi calon, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Pemilihan PAS, Asmuni Awi kira-kira pukul 7.10 malam.

Friday, 15 November 2013

KPN SAHKAN KEJADIAN CULIK DI PULAU POM-POM SEMPORNA

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan laporan kejadian culik dan bunuh membabitkan dua pelancong China, dipercayai suami isteri, di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah awal pagi ini.


Beliau berkata polis sedang giat memburu kumpulan lelaki bersenjata yang terlibat dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu.

"Kejadian melibatkan seorang pelancong lelaki warga China yang ditembak mati, manakala seorang lagi pelancong wanita yang kita percayai isteri mangsa telah dilarikan oleh kumpulan lelaki berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja di Ibu Pejabat Polis Kontijen Johor Bahru di sini hari ini.
Difahamkan kedua-dua mangsa menginap di resort di pulau berkenaan bermula Selasa lepas dan dijangka mendaftar keluar Rabu depan.

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata setakat ini polis belum menerima apa-apa permohonan penggunaan senjata api daripada bahagian penguatkuasaan agama di negara.

"Ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipenuhi untuk pemohon miliki senjata api, jika penuhi syarat itu kita luluskan, Namun setakat ini kita belum terima (permohonan daripada jabatan agama)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahukan Anggota Penguatkuasa Jabatan Agama Islam dibekalkan dengan senjata api ketika melakukan operasi.

Berhubung kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) Ahmad Raffli Abdul Malik, Khalid meminta saki baki 27 lagi pengikut ajaran sesat 'Tuhan Harun' supaya tampil membantu siasatan.

"Kalau tidak hadir, kita akan cari mereka dan mahkamah sendiri juga telahpun mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketua mereka yang gagal menghadirkan diri di mahkamah untuk perbicaraan," katanya. - BERNAMA

Monday, 21 October 2013

KEPUTUSAN PENUH NAIB PRESIDEN DAN AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO DI DALAM


Segalanya sudah beres. Apa sekalipun orang nak kata tiada siapa boleh nafikan UMNO melangkah jauh ke depan setelah berjaya mengendalikan pemilihan parti yang beri kuasa mengundi kepada 146,000 orang.

Melihat pada pemilihan PKR lalu yang diwarnai oleh segala macam cacamarba dan isu pemilihan DAP yang heboh baru-baru ini...nyata ia bukan senang untuk mengurus satu pemilihan.

Cakap siapa pun boleh cakap. Realitinya boleh jadi lain cerita.

Kini semua debaran dan teka teki sudah berlalu .Apapun selamat berkhidmat kepada pemimpin UMNO yang baru dipilih semula untuk menerajui parti untuk penggal baru ini.

Berbagai andaian dibuat terhadap cita rasa 146,000 perwakilan UMNO kali ini.

Teropong punya teropong nampak jelas mereka mahukan kesimbungan kepimpinan parti yang utuh untuk mengharungi hari-hari menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti.

Memang betul tidak ada banyak perubahan pada barisan pimpinan utama.

Ini adalah kehendak perwakilan sendiri maka keputusan mereka harus dihormati walaupun kalangan yang kalah merasa agak pahit untuk menelannya.

Dari jawatan utama, Pengerusi Tetap, timbalannya, Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden, Ketua Wanita, Pemuda adalah orang yang sama dipilih pada penggal lalu - ketika kali pertama Datuk Seri Najib Razak menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ketua Puteri berubah wajah kerana penyandang Datuk Rosnah Abdul Rahman melepaskan jawatan tersebut kepada muka baru.Jawatan itu dimenangi oleh Ahli Parlimen.Jawatan itu dimenangi Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Shamsudin.

Rosnah kini merupakan Exco Wanita UMNO yang dipilih selain Ahli Majlis Tertinggi parti yang baru.

"Isyaratnya jelas, di peringkat tertinggi parti, perwakilan mahu regu yang sama, yang membawa parti kembali memerintah negara selepas 'ibu segala PRU' Mei lalu," kata Datuk Sohaimi Shahadan.

Beliau sendiri, sipi-sipi, apabila berada di kedudukan ke 25 dari 62 calon yang bertanding jawatan tersebut. Beliau memperolehi 90 undi dari 191 bahagian seluruh negara.

Jika melihat senarai MT yang diumumkan petang Ahad, jawatan, pengalaman dan nama besar merupakan foktor yang mempengaruhi perwakilan menentukan 25 ahli Majlis Tertinggi.

Dari senarai 25 yang dipilih, hanya dua orang sahaja yang tidak berjawatan ADUN mahupun Ahli Parlimen, iaitu Sohaimi sendiri, dan Dr. Mohd. Puad Zakarshi.

Sohaimi dari Selangor tidak bertanding sebarang kerusi dalam PRU13 lalu bagaimanapun kredibilitinya sebagai pemimpin diasas di peringkat Pergerakan Pemuda di mana beliau merupakan Pengerusi Biro Ekonomi dalam Exco pergerakan itu.

Beliau adalah satu dari empat nama yang mendapat endorsement Pemuda UMNO selain Datuk Razali Ibrahim (157), Datuk Reezal Merican Naina Merican (97).

Hanya seorang calon Pemuda, Tun Faisal Ismail Aziz gagal tersenarai dalam pemilihan 25 tempat MT kali ini.

Manakala Mohd Puad Zakarshi, penyandang MT penggal lalu, disebut-sebut pemimpin haluan kanan dalam parti.

Beliau lantang membela Melayu-Islam, sungguhpun gagal mempertahankan kerusi Parlimen Batu Pahat yang dimenanginya pada PRU12, namun perwakilan tetap memberikan kepercayaan kepadanya.

Sepuluh dari sebelas calon untuk kouta Menteri Penuh, Menteri Besar atau Ketua Menteri menang bergaya dalam pemilihan ini.

Tempat pertama kekal milik Datuk Seri Mustapa Mohamed, dua kali berturut-turut Menteri MITI ini 'strike'. Tempat kedua dengan jumlah undi sama, 186 adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau bertanggungjawab hal ehwal agama Islam, tidak berkempen kerana 'naik haji'.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (185), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob (184), Datuk Seri Idris Jusoh (184).

Selain itu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (181), Datuk Abdul Rahman Dahlan (181) Datuk Hasan Malek (168), Datuk Seri Shahidan Kassim (166) dan Datuk Seri Mohamad Hasan (165)

Dari sebelas Menteri Penuh, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang bertanding hanya seorang tidak dipilih, iaitu MB Perlis Azlan Man.

Azlan sebelum ini merupakan seorang pegawai tinggi kerajaan, bertanding DUN sebelum diangkat menjadi MB Perlis secara tiba-tiba selepas PRU13 lalu.

Beliau masih baru dan tidak memegang jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis sungguhpun menjadi Menteri Besar, dalam kata lain, "belum teruji".

Turut menarik perhatian adalah lapan ahli parlimen tanpa jawatan kerajaan, atau anggota Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia (BNBBC) berjaya mendapat tempat kali ini.

Didahului Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 181 berada di kedudukan ke tujuh, beliau merupakan penyandang, terkenal dengan kerja-kerja kemanusiaan,dan adalah 'kaki pukul' BNBBC yang baru di Dewan Rakyat.

Walaupun tanpa jawatan menteri, kemenangan Azeez membuktikan bahawa ahli UMNO mahu akar umbi yang melayani dan menunjukkan kesungguhan untuk berkhidmat walaupun tanpa jawatan dalam pentadbiran.

Selain Azeez, ada tujuh lagi ahli BNBBC yang tersenarai dalam 25 ahli MT. Mereka adalah Datuk Seri.Mohd Jamaluddin Jarjis (161), Tan Sri Annuar Musa (143).

Datuk Seri Azlina Othman (119), Datuk Abdul Latiff Ahmad (115) Datuk Shamsul Anuar Nasarah (111), Datuk Bung Mokhtar Radin (104), dan Datuk Reezal Merican Naina Merican (97).

Ini menarik kerana lapan ahli BNBBC itu membuktikan perwakilan UMNO mahu gandingan mereka yang memegang jawatan dalam pentadbiran dan luar pentadbiran bersama-sama dalam majlis perundingan tertinggi parti.

Selain itu ada lima timbalan menteri itu, Razali, Datuk Mahdzir Khalid (155), Datuk Rosnah Rashid Shirlin (146), Datuk Tajuddin Abdul Rahman (127), dan Datuk Ab. Aziz Kaprawi (101). Calon Timbalan Menteri yang kalah adalah Datuk Halimah Mohd Sadique.

Beliau merupakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Timbalan kepada Rahman Dahlan.

MT kali ini juga memperlihatkan dari 25 tempat, ada dua saja untuk wanita iaitu, Azalina dan Rosnah, kedua-duanya pernah memegang jawatan Ketua Puteri UMNO.

Beberapa lagi calon yang berasal dari Pergerakan Wanita seperti seperti Datuk Hamidah Osman, Datuk Raja Ropiah, Datuk Dr Norraesah Mohamad gagal tersenarai.

Norraesah yang merupakan pakar ekonomi, sebelum ini merupakan penyandang, beliau menyertai seorang lagi penyandang yang tewas iaitu Datuk Saifuddin Abdullah.-20/10/2013 OLEH HELME HANAFI DAN LUKMAN ABDULLAH


Berikut keputusan rasmi jumlah undi yang diterima enam calon Naib Presiden Umno yang diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan parti Tan Sri Tajol Rosli Ghazali di Menara Dato' Onn, PWTC petang Ahad.

1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi: 188 undi   (94,562 undi perwakilan)

2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal: 177 undi       (82,252 undi perwakilan)

3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: 101      undi (56,604 undi perwakilan)

4. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir: 93 undi       (57,189 undi perwakilan)

5. Datuk Seri Mohd Ali Rustam: 7 undi (15,294    undi perwakilan)

6. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad: 7 undi         (12,783 undi perwakilan)

Berikut adalah senarai penuh 25 ahli MT untuk penggal 2013-2016


1. Datuk Seri Mustapa Mohamed 186 (89,560)
2. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 186 (89,222)
3. Datuk Seri Idris Haron 185 (83,379)
4. Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob 184 (89,519)
5. Datuk Seri Idris Jusoh 184 (86,204)
6. Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek 181 (85,820)
7. Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim 181 (79,798)
8. Datuk Abdul Rahman Dahlan 181 (76,031)
9. Datuk Hasan Malek 168 (68,601)
10. Datuk Seri Shahidan Kassim 166 (76,992)
11. Datuk Seri Mohamad Hasan 165 (73,631)
12. Datuk Seri.Mohd Jamaluddin Jarjis 161         (72,326)
13. Datuk Razali Ibrahim 157 (73,060)
14. Datuk Mahdzir Khalid 155 (68,964)
15. Datuk Rosnah Rashid Shirlin 146 (69,802)
16. Tan Sri Annuar Musa 143 (69,529)
17. Dr. Mohd. Puad zakarshi 127 (57,124)
18. Datuk Tajuddin Abdul Rahman 127 (56,434)
19. Datuk Seri Azlina Othman 119 (55,501)
20. Datuk Abdul Latiff Ahmad 115 (52,225)
21. Datuk Shamsul Anuar Nasarah 111 (51,366)
22. Datuk Bung Mokhtar Radin 104 (52,423)
23. Datuk Ab. Aziz Kaprawi 101 (48,463)
24. Datuk Reezal Merican Naina Merican 97        (48,353)
25. Datuk Sohaimi Shahadan 90 (47,479)

Tuesday, 1 October 2013

CEC DAP 2.0 Haram Kerana Pengundi Hantu!


Adakah Jenice Lee agen MCA atau agen Gerakan yang sengaja menghadiri CEC DAP 2.0 meskipun beliau telah dipecat dari DAP dan digunakan untuk memecah belahkan DAP ? Mungkin inikah yang ada dibenak-benak para chauvinist DAP ?

Apapun tahniah kepada Jenice Lee kerana telah berjaya menghakiskan kepercayaan ahli-ahli DAP kepada tokong Lim Guan Eng dan God Father Lim Kit Siang.

Tak kisahlah kalau orang gelar si Jenice Lee ni hantu MCA ke, hantu Gerakan hatta hantu UMNO sekalipun kerana dalam kepercayaan masyarakat Cina ada hantu baik dan ada hantu jahat. Kira you jenis hantu baik la Jenice suka tolong olang.

Walaupun you tak berjaya menjatuhkan Karpal Singh dan Jagdeep Sink tetapi percayalah Jenice sesungguhnya Karpal Sink itu tak akan hidup lebih lama lagi...mungkin mati kempunan kekejungan berangan di atas wilchairnya nak jadi menteri.

Mungkin juga selepas kematian Karpal Sink maka umat Islam boleh melangkah mayatnya beramai-ramai dan bersatu padu menegakkan syiar Islam dan hudud di negara ini. Mungkin itu petunjuk ataupun clue dan hint yang Allah s.w.t nak tunjuk pada kita.

Perjuangan harus diteruskan sehingga DAP mampos.

Saturday, 21 September 2013

Khairy Jamaluddin Ditentang Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia 4 Penjuru


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin hampir pasti menghadapi tentangan lima penjuru dalam usaha mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Sehingga tempoh penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang, lima calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Sebelum ini media melaporkan Khairy kemungkinan hanya akan ditentang tiga pencabar yang lebih awal tampil menyatakan hasrat masing-masing sebelum hari penyerahan borang pencalonan berlangsung pada Sabtu.

Bagaimanapun sekretariat pemilihan Umno mengesahkan Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak muncul menyerahkan borang pencalonannya bagi jawatan ketua sayap itu.

Selain itu tiga lagi bakal calon lain ialah Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali.

Pengerusi pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali berkata, bagaimanapun pihaknya akan memuktamadkan senarai calon yang disahkan bertanding dalam tempoh 72 jam selepas tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada Sabtu.

"Kita ada tempoh bertenang sebelum jawatankuasa pemilihan mengeluarkan nama calon yang disahkan layak bertanding.

"Kalau ada calon yang ingin menarik diri pun, mereka boleh lakukan dalam tempoh ini," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Friday, 20 September 2013

Ketua Syiah Buat Laporan Polis, Cabar Institusi Raja


Tindakan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri, Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lalu boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar).

Beliau berkata, ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).

"Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekali gus mereka mencabar kedudukan Sultan," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau, hari ini.

Jamil Khir berkata, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.

Katanya, beliau akan bertemu dengan penguatkuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.

Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram. - Bernama, 20 September, 2013

Thursday, 19 September 2013

10 Kereta Mewah Itu Bukan Milik Saya - Suhaimi

Suhaimi Ibrahim

PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri yang disiasat kerana dakwaan penyalahgunaan dana program kebajikan 1Azam telah mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi ini.

Datuk Suhaimi Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan manakala 10 kereta yang disita suruhanjaya itu bukan miliknya.

"Kereta-kereta yang digambarkan dalam banyak akhbar dan portal dalam talian bukan kepunyaan saya. Ia memberi gambaran yang salah, seolah-olah saya mengamalkan gaya hidup mewah.

"Saya pergi ke pejabat SPRM (di Putrajaya) menggunakan Toyota Alphard yang dimiliki oleh Yayasan Sayang Malaysia," katanya ketika ditemuramah pada Rabu.

Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di mana Suhaimi memegang jawatan sebagai presiden.

Ia telah ditubuhkan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Ditanya mengenai kenderaan mewah yang disita, Suhaimi berkata ia mungkin milik saksi-saksi lain yang turut disoal siasat oleh SPRM.

Beliau bingung bagaimana 10 buah kereta mewah yang dirampas dikaitkan dengan dirinya.

"Bukan saya seorang sahaja yang disoal siasat (SPRM).

"Pegawai-pegawai lain daripada kementerian pun turut sama dipanggil," kata beliau.

Suhaimi berkata, beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam menjalankan siasatan tetapi menggesa orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan.

"Saya telah memberikan kenyataan saya kepada SPRM yang mana ia telah diadakan di ibu pejabat sehingga Selasa.

"Saya hanya sekadar membantu dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, setiap pihak harus membiarkan SPRM menyiasat kes itu dengan teliti.

"SPRM perlu diberi ruang untuk menyiasat perkara itu dan meneroka setiap sudut.

"Saya berharap kes itu tidak akan menjejaskan program 1Azam, yang berjalan dengan baik," katanya.

Menurut sumber, 'Datuk' berusia 54 tahun telah ditahan pada hari Jumaat, kira-kira pukul 5 petang di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat.

Pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan dan siasatan berkaitan kes 1Azam.

Mustafar bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut dan berkata pegawainya masih menyiasat kes itu.

Difahamkan SPRM telah merampas 10 kenderaan mewah, termasuk sebuah Toyota Vellfire, Toyota Camry dan Golf GTI.

Program 1Azam merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan pada Januari 2010 untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam sektor perniagaan, perkhidmatan dan pertanian.

Tuesday, 10 September 2013

LINTAS LANGSUNG DARI MAHKAMAH PUTRAJAYA: PERTAHAN KALIMAH SUCI ALLAH


9.30AM: PEMIMPIN ISLAM BERI UCAPAN SEMANGAT


9.20AM : UMAT ISLAM SEMAKIN MEMBANJIRI PERKARANGAN MAHKAMAH


MUSLIMAH PERKASA DI SAAT PERTAHAN KALIMAH SUCI ALLAH SWT PAGI INI









Saudara-Saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian,

Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya SEKARANG 10.9.2013 dengan berzikir, bertahmid, bertahlil dan laungkan takbir sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah swt.

Beringatlah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 120)

Thursday, 5 September 2013

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik, dedah Zaman Khan


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak mendedahkan identity pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.


Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.


Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram “ah long” dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. – Bernama, September 4, 2013.

Tuesday, 27 August 2013

KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).

“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.

Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.

EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. – Bernama

Wednesday, 21 August 2013

Info Terkini Bas Jatuh Gaung Di Genting

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan.


PETALING JAYA: Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 8.00 petang mengesahkan seramai 29 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.

Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.



Jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini adalah seramai 45 orang.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa.

Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut.

"Setakat ini 4 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa," katanya.

Sunday, 4 August 2013

Pentadbiran Najib Menuju Kehancuran Kerana Mempunyai Penasihat Yang Sakit Jiwa



PENTADBIRAN NEGARA KITA INI DAH BERTAMBAH PELIK DAN SEPERTI SUDAH HILANG AKAL GAMAKNYA ... SEHINGGA DUA WARTAWAN MALAYSIAKINI (yg amat terkenal menghentam kerajaan), NIGEL AW DAN LEE LONG HUI TELAH DI ANUGERAHKAN PINGAT PENGITIRAFAN YANG SAMA DI BERIKAN PADA PERJUANG2 NEGARA SEPERTI POLIS, TENTERA DAN LAIN ANGGOTA KERAJAAN JUGA INIDIVIDU2 YANG TELAH BERKORBAN DAN BERJASA PADA NEGARA.
YANG ADMIN PERTIKAIKAN INI, DALAM BENTUK APAKAH PENILAIAN PIHAK YG BERTANGGUNUJAWAB SEHINGGA NIGEL AW DAN LEE LONG HUI BOLEH DI IKTIRAFKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH PINGAT YG MELAMBANGKAN JASA DAN PERGORBANAN MEREKA TERHADAP NEGARA?
SEDANGKAN ADMIN ADA MENERIMA BANYAK ADUAN DARI SAHABAT2 SESAMA PASUKAN KESELAMATAN YG KECEWA TIDAK MENERIMA PINGAT INI SEDANGKAN PADA LOGIKNYA ... MEREKA LEBIH LAYAK DARI 2 ORANG WARTAWAN HAPRAK ITU ... ANTARANYA POLIS BANTUAN FELDA, POLIS BANTUAN DIBALAI2 POLIS YG JUGA TERLIBAT BERBULAN2 DALAM TUGAS PENGEPONGAN DALAM OPS DAULAT DILAHAD DATU ITU.
MUNGKIN MEREKA INI TERPILIH KERANA KRITIKAN2 DAN FITNAH2 YANG SELALU MEREKA SENSASIKAN DALAM PORTAL MEDIA ALTERNATIF YANG MENGAGUNGKAN AHLI2 POLITIK PEMBANGKANG ITU BOLEH DI ANGGAP SATU PERNGORBANAN DAN JASA PADA NEGARA ... WALAHAL RAMAI LAGI WARTAWAN2 SERTA PIHAK PASUKAN KESELAMATAN KITA MEREMPAT KESANA KESINI UNTUK BERKORBAN DEMI BANGSA DAN NEGARA DI ABAIKAN PENGIKTIRAFANNYA.

Wednesday, 31 July 2013

Pelatih Anjing Ditahan Isu Video Hina Islam

Rakaman menunjukkan Chetz menghidangkan kuih raya kepada anjing-anjingnya sambil duduk makan bersama.


PETALING JAYA: Wanita yang mencetuskan kontroversi menerusi video sambutan Aidilfitri bersama tiga anjing peliharaannya ditahan polis bagi membantu siasatan.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, Maznah Mohd Yusof, 38, disiasat di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan, kebencian sehingga memudaratkan perpaduan.

Latheefa bagaimanapun berkata, beliau tidak mengetahui kesalahan yang dilakukan Maznah iaitu seorang pelatih anjing.

Maznah, yang juga dikenali sebagai Chetz, mencetuskan kontroversi apabila video yang memaparkan aksinya tiga tahun lalu menyambut Aidilfitri bersama tiga anjingnya dimuat naik ke malam YouTube pada Isnin.

Video itu menunjukkan Chetz membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat pekarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan Chetz memakai baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah-olah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata: "Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga ekor anjing itu)."

Video itu turut memuatkan ucapan "Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Chetz sekeluarga" dengan gambar lelaki duduk bersama tiga ekor ekor anjing di atas sofa.