Monday 28 January 2013

PAS...Dahulu Al-Quran Perlembagaan Kami, Sekarang Al-Quran Permainan Kami, Buku Jingga Pegangan Kami


Kebanyakan kita telah tahu bahawa kelahiran PAS adalah dari ‘tulang rusuk’ UMNO. Secara lebih tepat, pengasas-pengasas PAS adalah para ustaz-ustaz dan lulusan agama yang telah digembeling oleh UMNO di zaman Dato’ Onn Jaafar untuk menganggotai Biro Agama UMNO, yang diketuai oleh ‘orang kuat’ Dato’ Onn, Hj. Mohd Fuad. Apabila Dato’ Onn Jaafar keluar dari UMNO untuk menubuhkan parti ‘multi-racial’ Independence Malaya Party(IMP), Hj. Mohd. Fuad telah mengeluarkan Biro Agama UMNO dari UMNO lalu menubuhkan Persatuan Islam Se-Malaya, atau PAS, untuk memperkuatkan politik Dato’ Onn Jaafar.

PAS bukan ditubuhkan untuk menegakkan negara Islam atau untuk melaksanakan hudud atau seumpamanya. Tidak hairanlah, apabila Hj. Mohd. Fuad sendiri meninggalkan PAS, PAS telah menjemput Dr Burhanuddin Al-Helmy untuk menjadi Yang Dipertua PAS kedua pada tahun 1955. Sedangkan sebelum itu, Dr Burhanuddin Al-Helmy pernah menjadi Timbalan Presiden PKMM, suatu pertubuhan kiri yang telah diasaskan oleh seorang komunis dari Indonesia, Mokhtaruddin Laso. Sementara sebahagian besar AJK PKMM pula adalah anggota Regimen ke 10 Parti Komunis Malaya(PKM) pimpinan seorang warga China, Chin Peng. Malah, Dr Burhanuddin juga pernah dipilih sebagai Presiden pertama Parti Rakyat Malaya pada tahun 1954. Semasa Dr Burhanuddin masih lagi menjadi Yang Dipertua PAS, walaupun dia berada di dalam tahanan ISA, Nik Aziz Nik Mat telah dinobatkan sebagai Ahli Parlimen PAS pada tahun 1966.

Di era 1960-1970, PAS menentang UMNO dengan menyalahkan UMNO menjalin kerjasama dengan bukan Melayu, khususnya MCA dan MIC. Penceramah-penceramah PAS membaca macam-macam ayat Al-Quran bagi menegakkan pendirian bahawa bekerjasama dengan bukan Islam adalah haram. Tetapi apabila PAS sendiri mula bekerjasama dengan DAP, secara tidak lansung mulai PRU 1990, dan secara lansung mulai PRU 2008 melalui Barisan Alternatif bersama-sama PKR dan DAP, Nik Aziz dan Haji Hadi menggunakan istilah ‘tahalluf siasiyy’, bermakna ‘kerjasama politik’, bagi menghalalkan kerjasama tersebut.


Di era 1980-2000, PAS menentang UMNO dengan menyalahkan UMNO kerana mempertahankan ‘perlembagaan penjajah’ dan gagal melaksanakan ‘negara Islam’, dan menentang perlaksanaan hudud. Sekali lagi, penceramah-penceramah PAS dibekalkan dengan berjela-jela ayat Al-Quran untuk menimbulkan kebencian rakyat terhadap UMNO, malah mengkafirkan UMNO, sebagaimana ‘Amanat Haji Hadi’. Sekarang, setelah ‘tahalluf siasiyy’ dengan DAP, Hj Hadi sendiri mengeluarkan kenyataan bahawa di dalam Al-Quran tidak ada sebut pun ‘Negara Islam’. Lantas PAS mengenepikan matlamat-matlamat ‘negara Islam’ dan perlaksanaan hudud, dan diganti dengan ‘negara kebajikan’.


Dan 2 minggu yang lepas, Hj Hadi menggunakan lagi ayat-ayat Al-Quran untuk MENYOKONG penggunaan KALIMAH ALLAH di dalan Injil versi Bahasa Melayu, dan untuk penggunaan oleh bukan Islam. Yang anihnya, orang-orang kanan Hj Hadi sendiri seperti Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Ketua Dewan Ulama, semuanya TIDAK MENYOKONG…..sehingga kita tertanya-tanya, naskah Quran mana yang dipakai oleh ulama-ulama PAS….ataupun, apakah mereka ada naskah al-Quran tersembunyi seperti golongan Syiah???



Wahai Hj Hadi…. Tak payahlah nak MEMPERGUNAKAN ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan tindakan yang bermula dari keputusan politik……yang timingnya pula dibuat selepas mesyuarat dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Janganlah nak beri gambaran bahawa semua agama lain menggunakan kalimah Allah….Tanya penganut Yahudi, nama Tuhan mereka ialah ‘Elohim’ dan ‘Yehovah’. Tanya orang Buddha, ‘tuhan’ mereka ialah Gautama Buddha. Tanya orang Hindu, tuhan mereka bernama Shiva, Vishnu, Hanuman dan lain-lain. Tanya orang Sikh, tuhan mereka nama Waheguru. Dan tanya Roman Catholics sendiri di Vatican, Rome dan negara-negara asal penganut Kristian yang lain, tuhan mereka ialah ‘God the father’, ‘Son of God Jesus’ dan ‘Holy Spirit’….mereka tah pernah dengar pun kalimah Allah, kecuali dari mulut orang-orang Islam.



Kalau begitulah realiti di sekeliling kita, kenapa begitu ‘dermawan’ untuk mensedekahkan KALIMAH ALLAH kepada mereka yang siang malam hanya sibuk merancang untuk menjatuhkan kuasa Islam, dan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Berhujjahlah menggunakan kenyataan dan fakta-fakta di keliling kita. Janganlah cuba mempermainkan ayat-ayat al-Quran lagi, sebagaimana PAS telah bermain berdekad-dekad lamanya…….


APAKAH PENGIKUT DAN AHLI PAS SENGAJA MEMBUTAKAN MATA MEMEKAKKAN TELINGA TURUT SAMA BERSUBHAT DALAM KEMUNKARAN.

Article by:http://warisantmk.wordpress.com

Sunday 27 January 2013

PAS letak calon bukan Islam dalam pru-13


































KUALA TERENGGANU, 26 Jan — PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.

DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.

“Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini semalam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). — Bernama

Bagaimana pula dengan fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.











Agak-agaknya siapakah yang akan diundi oleh pencacai PAS??
Adakah Karpal dan Anuar yang melacurkan Kalimah Allah pada kapir DAP...atau undi Ustaz Nasharuddin yang mempertahankan Kalimah Allah??

Fikir2lah wahai pengikut PAS!

Ustaz Nasharuddin Mat Isa Di Pecat Kerana Ke Gaza Bersama PM!












Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya penyokong PAS memikirkan sama ada terus bersama PAS atau keluar dari PAS kerana telah nyata dan jelas..bahawa PAS sekarang telah dinodai oleh puak2 Anwarinaz serta komunis DAP.

Majlis Syura Ulama PAS telah dikuasai oleh puak2 yang mengejar Putrajaya melebihi perjuangan Islam seperti yang dilaungkan selama ini.

Mungkin Ustaz Nasharuddin telah jemu bersama dengan PAS yang telah banyak terpesong dari asas perjuangan PAS sendiri malah banyak lari dari ajaran Islam sebenar.

Ketika Isu kalimah Allah masih belum dapat persefahaman dalam Pakatan Rakyat,PAS sekali lagi telah menunjukkan KEBACULANnya pada DAP dan PKR dengan meng"Kambing Hitam" Ustaz Nasharuddin.

DAP dan PKR telah "memperkuda"kan Majlis Syura Ulama PAS dengan rakusnya sehingga terkulai melutut di kaki Karpal Singh dan Anuar Al Juburi.

Setelah PAS di"anjing"kan oleh DAP dan PKR...maka bersahut-sahutanlah pemimpin2 serta ahli2 PAS bertakbir!!!Allah Hu Akhbar!! Allah Hu Akhbar!! Allah Hu Akhbar!! tandanya setuju di"Perbodoh"kan Kapir DAP Laknatullah!

Apa lagi yang ada pada PAS???

Murtadkah Ustaz Nasharuddin ke Gaza bersama PM???
Kufurkah Ustaz Nasharuddin kerana mempertahankan Kalimah Allah???









Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

Thursday 24 January 2013

Karpal Singh Orang Bukan Islam Pertama akan Jadi Presiden PAS




Karpal Singh membuktikan bahawa Majlis Pakatan Rakyat yang memutuskan bahawa kalimah Allah boleh dilacurkan adalah lebih besar dan layak untuk membuat keputusan tentang kalimah suci ini berbanding Majlis Syura PAS. Mengapa boleh terjadi sebegini? Ini kerana Karpal tahu, bahawa tiada pihak lain yang cukup bodoh dan dungu, melainkan PAS, yang bisa dipergunakan separiahnya.Karpal Singh sepatutnya menjadi Presiden PAS mengantikan Hj.Hadi yang tidak layak kerana faktor "kenyayokan"sering terlupa dan sering hilang ingatan.

Ini bukan satu penghinaan, sesuai dengan label politik “pariah” kepada PAS. Tidak pernah terbayangkan oleh ahli PAS, sebuah institusi yang cukup dihormati dan berpengaruh seperti Majlis Syura mudah diperkotak-katikkan oleh seorang kafir harbi laknatullah. Kasihan, namun ahli PAS tidak kasih pada batang tubuh mereka sendiri, maka persetankan mereka…

Sering sahaja kita dimadukan dengan ayat-ayat suci Al Quran, tatkala pemimpin PAS berhujah. Segala ayat, ayat sekerat malah ayat tidak cukup sifat pun bisa digunakan bagi menghalalkan segalanya demi undi. Tunggu sahaja selepas ini, entah ayat mana pula dimanipulasikan. Terma-terma seperti Tahaluf Siyasi, atau Maqasid Syarie’ah juga tidak akan terlepas di bibir mereka.

Apa yang mereka sedang lakukan adalah sekadar satu penafian, atau lebih mudah kita bilang, satu pembohongan dalam menutup nista yang dilemparkan oleh sekutu harbi mereka. Nawaitunya cuma satu; menghalalkannya demi sekelumit rasa nikmat kuasa.





Karpal, entah untuk berapa kalinya, cukup konsisten dalam isu ini. “Langkah mayat saya dahulu”, itu pendirian kerasnya sejak dulu. Malangnya, kepimpinan PAS masih enggan menerima hakikat bahawa mereka adalah keldai, atau kuda mahupun apa juga objek yang bertujuan untuk ditunggangi.

Karpal Singh telah melakukan suatu pembuktian yang besar ke atas PAS. PAS terbukti terlalu takut kepada Karpal Singh waima sekadar duduk di kerusi roda. Mungkin PAS melihat Karpal seperti “bulldog”, lantas hati mereka bergetar lalu dipenuhi titik-titik kebaculan.

Hanya untuk mempertahankan prinsip dan perjuangan PAS pun mereka takut. Itu perjuangan mereka! Takut dan bacul!

Allah tidak mengurniakan akal fikiran kepada manusia percuma; sia-sia.

Allah juga tidak menjadikan situasi-situasi serta peristiwa di dunia ini sia-sia.

Sebegitu besar hamparan kisah penyelewengan dan nista yang dilakukan oleh PAS dan sekutunya sehingga takut untuk mempertahankan Allah SWT, apakah pencacai dan penyokong PAS masih buta????

Wednesday 23 January 2013

PAS AKAN PECAT USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA!!!



"PAS Pusat menerusi Majlis Syura telah memutuskan memecat keahlian PAS Nasharudin Mat Isa berkuatkuasa serta merta."


Adakah ini yang bakal dibacakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini? 


PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR dalam banyak isu yang menyentuh sensetifiti umat Islam terutamanya isu Kalimah Allah,Negara Islam dan Hukum Hudud.

Perkembangan terbaru tentang Ustaz Nasharuddin akan membuatkan Tok Guru dan Tok Lebai dalam PAS sakit hati kerana Ahli Parlimen Bachok itu kelihatan bersama Perdana Menteri di Gaza semalam.


PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza.

Dulu Ustaz Nasharuddin hampir sahaja dipecat gara-gara mengiringi PM kita ke Mekah.

Kali ini pula, apakah yang akan berlaku selepas Ustaz Nasha pulang ke Malaysia ???


Mungkin Presiden PAS akan memecatnya serta merta kerana desakan puak2 anwarinaz dalam PAS serta puak2 pencacai DAP.

Ustaz Nasharuddin mungkin juga telah berpatah arang dengan PAS yang tidak lagi memperjuangkan Islam dan hanya menjadi balaci kepada Aljuburi dan pemimpin2 DAP.

Kita tunggu sahaja kisah selanjutnya apabila Ustaz Nasharuddin kembali ke tanah air bersama rombongan PM.

***Pope Nike Aziz mungkin telah sedia bermacam2 alasan untuk memecat Ustaz Nasharuddin.


Saturday 19 January 2013

KOTA KUKUH KOTA RUNTUH: LISTEN LISTEN LISTEN VIDEO PART 1

KOTA KUKUH KOTA RUNTUH: LISTEN LISTEN LISTEN VIDEO PART 1

Apa yg umat Islam boleh buat???



Wajah Pengedar Bible di hadapan sek men jelutong pulau pinang. Didedahkan. Mana Perginya Suara PAS kononnya Sebagai Parti Islam?klik sini


Perlukah soalan ini ditanya ditanya kepada DAP? Rasanya tidak perlu, kerana untuk siapa lagi Bible berbahasa Melayu diedarkan jika bukan untuk mereka-mereka yang bertutur bahasa Melayu? Dan siapakah penutur bahasa Melayu jika bukan orang Melayu?

Justeru, mungkin tajuk di atas perlu diubah-suai sedikit dengan menujukan soalan tersebut kepada PAS dan bukan DAP. Kenapa PAS? Kerana PAS sering mendabik dada sebagai pejuang Islam dan ingin mempertahankan Islam. Secara logiknya pejuang Islam tentulah menentang usaha DAP ini.

Tetapi mungkin ada puak PAS yang bertanya, kenapa tidak ditanya kepada UMNO, bukankah UMNO juga mendabik dada mempertahankan Islam dan Melayu? Jawapannya, kerana UMNO bukan sekutu DAP, dan UMNO tidak pernah berbuat kenyataan berikut:

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia. Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.” -- Nasharuddin Mat Isa, 15 Mac 2011 (Malaysian Insider)

Tajuk laporan Malaysian Insider yang memaparkan kenyataan Nasharuddin tersebut menjelaskan segala-galanya iaitu “PAS Hormati Injil Bahasa Malaysia”.

Laporan tersebut dibuat oleh Malaysian Insider berdasarkan masalah kemasukan 35,000 nashkah injil berbahasa Melayu yang diimport dari Indonesia pada ketika itu. Perkara ini dibangkitkan oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Elizabeth Wong dengan berkata, “tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan dan merampas lebih 30,000 naskhah di dua pelabuhan adalah satu “perkembangan tidak menggalakkan sama sekali.” Beliau menambah bahawa tindakan itu hanya akan memburukkan lagi imej mengenai Malaysia, yang dilihat sebagai negara moderat, di peringkat antarabangsa.

Seterusnya, Malaysian Insider juga melaporkan bahawa banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam PR menggesa Putrajaya agar membenarkan kitab Injil Berbahasa Melayu dibawa masuk ke negara ini serta merujuk kepada masalah yang berlaku di pelabuhan sebagai ‘sifat cetek gagasan 1 Malaysia’. Lim Kit Siang juga turut menyuarakan rasa ‘marah dan kecewa’ terhadap apa yang berlaku.

Injil berbahasa Melayu dari Indonesia itu menjadi kontroversi apabila menggunakan nama Allah dalam merujuk kepada Tuhan agama Kristian. Akibatnya, kerajaan telah dikritik oleh pertubuhan Kristian dan dituduh dengan sengaja menahan kitab injil tersebut dari masuk ke Malaysia sedangkan ia tidak salah berdasarkan undang-undang negara.

Pembangkang pula, iaitu PAS, DAP dan PKR mengambil kesempatan membelasah kerajaan atas isu ini atas tuduhan mengambil sikap berat sebelah dengan melebihkan agama Islam serta tidak bersifat terbuka dalam soal agama.

Laporan Malaysian Insider, termasuk dengan kenyataan Nasharuddin tersebut, adalah konsisten dengan pendirian Nik Aziz dalam isu yang sama sepertimana yang dilaporkan oleh Harakah 21 Januari 2010 iaitu “Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.”

Dan ini pula petikan kenyataan rasmi Presiden PAS, Hadi Awang di laman rasmi PAS pada 5 Januari 2010, iaitu: “Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.”

Penulis memetik kembali laporan-laporan dan kenyataan-kenyataan ini kerana terdapatnya puak-puak PAS yang cuba menafikan bahawa PAS menyokong Injil dalam Bahasa Melayu sambil menuduh UMNO sebagai tidak mengambil langkah sewajarnya untuk mengekangnya.

Sedangkan, hakikatnya pemimpin-pemimpin PAS sendiri yang bukan sahaja memberi lampu hijau malah menekan kerajaan agar ‘mengambil sikap terbuka’ mengenainya.

Kini, ‘berkat’ dari perjuangan PAS menyokong DAP agar Injil berbahasa Melayu dibenarkan, maka hari ini terbitlah lagi 100,000 injil berbahasa Melayu untuk edaran. Mungkinkah Nik Aziz akan berkata ‘Alhamdulillah!’ sebagai respon kepada perkembangan ini?

Seperti yang dikatakan di permulaan artikel ini tadi, tidak perlu kita soal untuk apa dan kenapa atau kepada siapa Injil ini akan diedarkan oleh DAP. Kita tahu bahawa tidak lain tidak bukan, ia adalah antara usaha menggiatkan lagi proses memurtadkan umat Melayu yang mana merupakan antara agenda utama Kristianisasi DAP. Dengan penggunaan kalimah Allah dalam kitab injil tersebut maka, agenda ini juga yang nampaknya sedang berjalan seiringan dengan agenda pluralisme PKR.

Dengan laporan Malaysian Insider dan Harakah di atas, maka kita juga nampaknya tidak perlu lagi menyoal apakah pendirian PAS mengenai isu ini.

Sudah begitu jelas, terang lagi bersuluh bahawa PAS pastinya tiada masalah dengan 100,000 injil berbahasa Melayu untuk membantu penyebaran agama Kristian sekali gus usaha memurtadkan umat Islam oleh pihak gereja.

Apakah PAS akan menafikan pernah berkata seperti di atas? Jika ya, maka PAS perlu terlebih dahulu menyaman Harakah dan Malaysia Insider.

Jika tidak, PAS wajar berhenti dari berdolak dalih dan mengaku sahaja bahawa mereka telah secara sedar atau tidak sedar, sengaja atau tidak sengaja, bersubahat dalam agenda kafir harbi untuk memurtadkan umat Islam.sumber








Thursday 17 January 2013

Buku Amanat Haji Hadi,Antara Fakta & AUTA!!!!



Haji Hadi dalam buku Amanat Hj Hadi, Antara Fitnah dan Fakta menghuraikan tentang perlunya NEGARA ISLAM Pula kerana menurutnya Rasulullah SAW telah menegakkan secara amali (praktikal)-baca pada muka surat 30.

Katanya lagi (muka surat 31)...Melihat kepada nas Al-Quran dan Sunnah menunjukkan bahawa Negara Islam itu mestilah merangkumi dua aspek yang penting iaitu syariat Islam yang ditegakkan dan kekuasaan pendukung Islam yang beraqidah Islamiyah.

Baca pada muka surat 33- Orang-orang yang mengendalikan kepemimpinan negara itu wajiblah beriman dengan Islam yang menjadi dasar dan matlamat negara, amalan dan kegiatannya.

Kenapa... baru2 ini  kata NEGARA ISLAM tiada dalam Quran??? Mengapa tukar kepada NEGARA BERKEBAJIKAN nak ikut Tuan Guru Lim Kit Siang ke????




Tuan Guru Kit Siang tu orang beriman dengan Islam ke wahai Haji Hadi??? kata wajib mengendalikan negara itu orang yang BERIMAN DENGAN ISLAM!!!


Macamana pula Haji Hadi  BOLEH PAKAT dengan ORANG KAFIR nak menuju Putrajaya (memimpin negara)...kata TAK BOLEH ambil orang KAFIR???..Fatwa yang mana satu nak pakai wahai Haji Hadi??

Habis jadi benggong PENYOKONG PAS...kalau nak tipu tu..eloklah semak dulu apa yang telah kita ucap selama ini...Cakap berdolah dalih itu tandanya orang MUNAFIQ!!!

“Kabarkanlah kepada orang-orang munafik bahwa mereka akan mendapat siksaan yang pedih (yaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman-teman penolong dengan meninggalkan orang-orang mukmin. Apakah mereka mencari kekuatan di sisi orang kafir itu? Maka Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. dan sungguh Allah telah menurunkan kekuatan kepada kamu di dalam Al Quran bahwa apabila kamu mendengar ayat-ayat Allah diingkari dan diperolok-olokkan (oleh orang-orang kafir), Maka janganlah kamu duduk beserta mereka, sehingga mereka memasuki pembicaraan yang lain. karena Sesungguhnya (kalau kamu berbuat demikian), tentulah kamu serupa dengan mereka. Sesungguhnya Allah akan mengumpulkan semua orang-orang munafik dan orang-orang kafir di dalam Jahannam.” (QS. An Nisaa : 138 – 140)

Wednesday 16 January 2013

SEBARKAN : KRISTIAN DAP BERJAYA MENGKAFIRKAN PEMIMPIN2 DAN AHLI2 PAS !!!



APABILA DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.
DAP yang semua orang tahu sebuat parti yang rasis,chauvanist dan ultra kiasu adalah produk daripada parti PAP. Sebuah parti yang ditubuhkan oleh Lim Kuan Yew. Didalam politik Malaysia kita gagal untuk melihat siapakah sebenarnya DAP yang dipimpin oleh dinasti Lim anak beranak.

Ramai yang hanya mengenali DAP sebagai sebuah parti yang pro kepada bangsa cina,tetapi sebenarnya ramai yang gagal untuk melihat DAP adalah satu gerakan kristian ekstremis yang boleh disamakan dengan Taliban di Afganistan.

Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan pendakwah atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka dipegang sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.



Kelicikan DAP dalam memainkan sentimen perkauman dan rasis semata mata untuk menutup gerakan ekstremis Kristian yang begitu kuat didalam parti ini. Lim Kit Siang Guan Eng(Father Joseph) anak beranak, Karpal anak beranak.Ngeh dan Nga(Pastor), Jeff Oii,Teresa Kok,Anthony Loke,Tony Pua dan ramai lagi.

Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 – Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.









Teresa, Tony, Hannah, David, Nie Ching dan James adalah orang kuat Kristian DAP















Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.

Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan bintang Nasharuddin juga merudum.


Gerakan kristian ekstremis didalam DAP sudah lama bertapak semenjak tertubuhnya DAP.Namun gerakan ini nampak makin ketara dan lebih vokal selepas PRU12 dan makin agresif ketika kempen di Sibu. Gerakan misionari DAP turut menghasut Kristian Katolik dan DAP turut menghasut Father dan Bishop mazhab Anglican, SIB, Methodist, SDA dan asakan ini berlaku cukup hebat semasa Pilihanraya negeri Sarawak.

Cara mereka berkempen sebelum ini amat berlainan,namun sekarang ini gerakan misionari didalam DAP lebih mirip kepada PAS yang mengeksplotasi Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.Begitulah DAP mengunakan Al-Kitab dan Kristus sebagai alat untuk meraih sokongan. Misonari Kristian DAP mengimpikan Sabah dan Sarawak sebagai serambi Kristian seperti mana PAS mengelar Kelantan sebagai serambi Mekah.


Kita dapat melihat bagaimana gerakan misionari menjalankan peranan atas percaturan oleh DAP untuk memainkan sentimen kebencian agama semasa pilihanraya negeri Sarawak.DAP menghantar lebih 30 mubaligh kristian dari Pulau Pinang ke Sarawak untuk menghasut mengenai isu Al-kitab sedangkan ketika itu kerajaan pusat sudah pun menyelesaikan polimik Al-kitab

Anwar Ibrahim membawa pluralisme dan liberalisme didalam perjuangannya.Bagai dipucuk ulam mendatang,kesemua ini amat selari dengan kehendak eletis DAP yang menjadikan agama sebagai alat politik.Manakala PAS pula sudah terbuka dan liberal apabila turut membuka keahliannya kepada bukan Islam(Pas For All). 2 entititi politik melayu dan Islam menjadi pemudah cara buat DAP untuk meneruskan agenda mereka.



Ceramah DAP banyak mengunakan petikan dari kitab Bible sama seperti yang diucapkan didalam khutbah didalam gereja ,kata kata seperti 'menukarkan dari air biasa menjadi arak wine','tangan yang mengundi adalah tangan tuhan yang membawa kita ke Putrajaya". Kesemua ini persis dakwah mengunakan agama sebagai alat politik sepertimana yang dilakukan oleh PAS yang menjanjikan syurga dan pahala kepada pengikut pengikutnya.


Inilah realiti bagaimana DAP berjaya berdakwah keatas PAS. PAS sebenarnya lebih kepada syok sendiri perasaan
 perasan ,sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka dipergunakan oleh DAP untuk menjayakan agenda kristus mereka.


Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.








Tuesday 15 January 2013

Terhapuskan DOSA Hj.Hadi dengan buku "Amanat Haji Hadi, Antara Fitnah dan Fakta"


MARANG 11 Jan. - Biarpun dikecam hebat agar Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya yang didakwa memesongkan akidah umat Islam, Presiden Pas itu tidak menghiraukan desakan tersebut sebaliknya menegaskan beliau tetap akan mempertahankan amanat berkenaan.

Berikutan itu, beliau turut melancarkan buku Amanat Haji Hadi untuk cetakan kali kedua selepas selesai menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila, di sini hari ini.


Abdul Hadi berkata, buku yang baru dilancarkan itu diharap dapat memperjelaskan kekeliruan kalangan umat Islam mengenai amanat yang dikeluarkannya pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Manir.


Ditanya mengenai pendiriannya sama ada kandungan buku amanat tersebut tidak menyeleweng akidah umat Islam, beliau menjelaskan, itu adalah tanggungjawab beliau untuk memberi ilmu kepada masyarakat.

Abdul Hadi seterusnya menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik amanat tersebut, sebaliknya menyifatkan isu itu timbul semula kerana pilihan raya.Berita penuh-Utusan Online



Satu pertanyaan untuk Hadi siapakah harus bertanggungjawab atau menanggung DOSA apabila berlakunya:-

1. Peristiwa Memali yang mengorbankan 14 nyawa yang taksub   dengan Amanat Hadi

2. Solat dua iman...iman org UMNO tidak sah..


3. Sembelihan org UMNO tidak sah


4. Pernikahan yg diakadkan oleh juru nikah UMNO tidak sah


5. UMNO kafir apabila berkawan dgn kafir...



Ini bukan soal bila PRU baru timbul Amanat Hadi..tetapi ini soal AKIDAH!!!



























Namun mungkin kerana terlalu taksub dan mendahulukan politik berbanding Islam,Hadi sanggup mempertahankan Amanatnya yang kini menghantui setiap nafas umat Islam di dalam parti itu untuk membenci saudara seagamanya yang menyokong UMNO.


























Pengikut Ajaran PAS telah ramai meninggal dunia...mati bersama ketaksuban pada Amanat Hadi...berdayakah Hadi serta Pemimpin PAS menanggung Dosa mereka?


Peringatan pada semua..JAUHI PAS ANDA SELAMAT...jangan sampai anak-anak anda menjadi mangsa KESESATAN PAS.



Fikir-fikirkan.

Monday 14 January 2013

Muslihat Anwar Gagal Lagi!!!





Muslihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan himpunan pembangkang HKR112 bagi mendapatkan pengiktirafan menjadi Perdana Menteri daripada para penyokong pakatan itu telah gagal.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kegagalan tersebut jelas kerana kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan daripada para penyokong pembangkang.

“Jumlah kehadiran 40,000 orang semalam adalah terlalu kecil. Hanya empat peratus daripada sasaran awal mereka iaitu satu juta orang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang di Stadium Merdeka itu sekadar menyaksikan kehadiran kira-kira 45,000 peserta dan dilaporkan ramai yang pulang sejurus Anwar memulakan ucapannya.
Jelas Anuar Shaari, tindakan ahli-ahli Pas keluar dari stadium ketika Anwar berucap menunjukkan protes senyap mereka yang mahukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, hakikatnya, ramai ahli Pas percaya tentang dakwaan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997.

“Himpunan pembangkang juga gagal daripada segi politik kerana masih ramai yang mahu mendengar keterangan isteri Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin sebagai saksi utama di mahkamah tentang perhubungan sulit antara mereka berdua (Anwar dan Shamsidar)," ujarnya.


Ketika Perhimpunan Haram HKR yang mahu menyokong ZINA antara Anwar - Shamsidar telah GAGAL mencapai 'target' 1 juta orang , pada hari yang sama program bersama YAB PM Datuk Sri Najib di Semeneyih pula dibanjiri puluhan ribu penduduk.

Yang menambahkan pening Anwar ialah kebanjiran penuh sesak warga kaum India yang sudah TAK percaya lagi dengan Auta Sivaji Anwar The Boss....


-Patutlah aku tak nampak kaum India didalam perhimpunan beruk2 tu...rupanya mereka pergi berhimpun dengan PM...baguslah gitu paling tidak kaum India ni boleh bandingkan apa yang PM nak buat dengan apa Nuar Brahim nak bohong !!!..hehe

Isu Kalimah Allah:-Haji Hadi Mungkin Letak Jawatan Presiden PAS Kerana Tidak Sependapat Dengan Dewan Ulama PAS

















Dewan Ulama PAS Tetap Tidak Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah.



"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.


"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian,"

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.


Selain itu menurut Datuk Harun Taib,  penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.





***JOM UMAT ISLAM..KITA RAMAI2 TOLAK PAS dan PKR dan SEMESTINYA DAP (parti babi hutan) PRU 13 nanti.... !!!!!

ABBY Si Badut Betina PAS ajak Hentikan "PEMERINTAH YANG MELAKUKAN DOSA"...Siapa?Nik Aziz ke???


















Makin hari makin tinggi ilmu "Si Badut Betina PAS SUNDAL" ni semenjak masuk Parti Ajaran Sesat (PAS).
Si Badut Betina PAS Sundal yang giler glamer ni sudah diketahui umum suka membuat "FATWA" sesuka hati dan berlagak "Alim2 kucing" kononnya dia sorang saja la yang Islam.
Dalam akhbar Neraka milik PAS "HARAKAH PORNO" mengeluarkan kenyataan "BADUT BETINA PAS SUNDAL" ini yang mengajak melakukan perubahan ke atas MALAYSIA untuk menghentikan "MEREKA YANG MEMERINTAH DARIPADA TERUS MELAKUKAN DOSA".




Dosa apa yang pemerintah lakukan dan siapakah pemerintah yang melakukan dosa? mengapa tidak nyatakan siapa dia? dan jika kenyataan ituditujukan kepada umum branikah SI BADUT BETINA PAS SUNDAL ini mengesahkannya dengan bukti?

Inilah Si Badut Betina PAS sundal yang menggunakan Islam untuk mengejar populariti. Sanggup menggadai maruah dan kesucian agama demi kepentingan diri dan nafsu.


Thursday 10 January 2013

AMANAT HAJI HADI: MEMORI DUKA UMAT MELAYU ISLAM


PENGENALAN

Amanat Tuan Guru Hj Abd Hadi ialah suatu sedutan ceramah umum Hj Abd Hadi Awang di kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Sedutan itu telah dicetak oleh PAS sendiri untuk edaran.

Daripada bukti kertas putih mengenai Memali bertarikh 26 Februari 1986, Amanat Hadi telah dicetak dalam empat versi. Pertama dalam tulisan jawi, dicetak oleh bahagian Penerangan PAS Kelantan untuk sebaran pilihanraya kecil Selising, Kelantan pada tahun 1983. Versi latar belakang hitam dengan tulisan rumi, dicetak oleh PAS Pusat dan dua versi lagi (rumi dan jawi) dicetak oleh Sekretariat Pemuda PAS Pusat. Versi latar belakang hitam dapat dilihat dalam rakaman video polis mengenai peristiwa Memali pada 19 November 1985. Jika bukan PAS yang mengedarkannya di Memali, siapakah lagi?

Lebih jelas lagi Amanat Hadi dikeluarkan dengan restu PAS ialah terdapat versi latar belakang hitam bertulisan rumi seperti di Memali itu masih digantung di dalam Masjid Taqwa Batu 6, milik Ketua Dewan Ulamak PAS Terengganu sejak dahulu hingga ke hari ini.

MENGAPAKAH TIMBUL SEMULA SELEPAS 23 TAHUN BERLALU?

Amanat Hadi ini sepatutnya tidak timbul lagi selepas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bermesyuarat di Pekan, Pahang (Februari 1986) memutuskan bahawa "Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam dan Prinsip Dakwah Islamiah". (Petikan Utusan Malaysia 20 Februari 1986)

Lebih jelas, sepatutnya sudah tidak berbangkit lagi selepas Hj Abd Hadi sendiri gagal menyahut cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa untuk bermuzakarah sekiranya tidak bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Fatwa ini. (Laporan Utusan Melayu 20 Februari 1986)

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Hj Abd Hadi sendiri membuat penafian dalam akhbar tabloid EKSKLUSIF 21-27 Jun 1999. Beliau mendakwa tidak pernah mengatakan UMNO itu kafir dan dikatakan pula beliau menjelaskan batas-batas iman dan kufur yang termaktub dalam buku Mustika Hadis keluaran Jabatan Perdana Menteri. Seterusnya beliau mencabar untuk bermuzakarah. Cabaran pengerusi Jawatankuasa Fatwa kenapa tak disambut? Apabila Hj Abd Hadi menjadi Menteri Besar, lidah rasmi kerajaan PAS Terengganu Warta Darul Iman (WDI) yang pertama 01 Jun 2000 pula digunakan untuk menyiarkan kenyataan palsu yang mendakwa "Amanat Hadi dianggap selesai apabila Majlis Agama Islam Kebangsaan memutuskan tiada apa-apa kesalahan dari segi agama".

Reaksi daripada kenyataan ini membayangkan usaha Hj Abd Hadi Awang sendiri cuba menghalalkan Amanat Hadi yang telah pun diputuskan bercanggah dengan Islam pada tahun 1986 itu. Hal ini tentunya tambah mengelirukan umat Islam. Yang demikian pertikaian perlu ditimbulkan semula demi mengelak kekeliruan itu terus menghantui umat Islam. Sebab itu Biro Hal Ehwal Islam (BHEIS) UMNO Terengganu memutuskan menghantar surat kepada YAB Menteri Besar meminta bukti seperti dakwaan WDI 01 Jun 2000. Surat BHEIS itu disiarkan oleh Utusan Melayu 21 Julai 2000. Lebih ketara lagi apabila semua pimpinan tertinggi PAS tidak mahu menarik balik dan mempertahankan Amanat Hadi itu. Oleh sebab nampaknya ketara benar PAS mahu terus mempertahankan Amanat Hadi itu, UMNO mesti sedia berdepan.

ISI KANDUNGAN AMANAT HADI JELAS SELEWENG

Mengapakah Hj Abd Hadi tidak mengaku ucapan beliau ditujukan kepada UMNO sedangkan para SATU terang-terang menyebut "Kita menentang UMNO.../...BN bukan kerana nama UMNO.../...BN".

Bukti ditujukan kepada UMNO lebih jelas lagi apabila para DUA menyebut "Dan kerana kita berjuang dengan puak-puak ini". Puak ini itu puak mana lagi kalau bukan UMNO atau BN seperti yang disebut dalam para SATU di atas?

Bagaimanakah boleh timbul hukum "Mati Syahid" sedangkan orang UMNO yang ditentangnya itu tidak kafir? Syarat mati syahid ialah orang Islam melawan orang kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi agama Islam dan menghalau orang Islam. (Lihat maksud Al-Quran ayat 8-9 dari surah Al-Mumtahanah)


TRAGEDI AKIBAT AMANAT HADI

Selepas amanat itu diucapkan pada 7 April 1981, kira-kira setahun kemudian berlakulah suatu tragedi yang menyayatkan iaitu sebulan sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam satu masjid di kampung Gong Pasir, Besut Terengganu pada bulan Julai-Ogos 1982. Selain daripada laporan Berita Harian 19 Julai 1982, saya sendiri hadir bersama jurukamera membuat liputan video tragedi tersebut.

Selepas itu berlakulah sembahyang Jumaat dua sekampung di 39 mukim berlarutan sehingga tahun 1999. Walaupun PAS sudah memerintah sekarang namun setiap sembahyang Jumaat pasti ada sahaja berbagai ketegangan.

Pada 29 Disember 1985 (40 hari selepas peristiwa berdarah Memali 19 November 1985) YAB Hj Abd Hadi memberi ceramah umum di Kampung Raja, Besut Terangganu. Saya masih menyimpan rakaman dalam bentuk video. Ketika itu Hj Abd Hadi mendakwa keputusan hukum oleh ulamak PAS Kedah "... Dan inilah yang telah dinyatakan oleh ulamak-ulamak PAS negeri Kedah kepada Majlis Fatwa negeri Kedah, bahawa 14 orang sahabat kita yang telah dibunuh itu adalah syahid (Disambut Allahu Akhbar) dan kita kebumikan mereka sebagai syuhada', sebagai orang yang mati syahid yang dikafankan... dan dikafankan dengan pakaiannya yang berdarah, dikebumikan dengan keadaan tidak disembahyangkan, darah mereka dalam keadaan hidup; inilah keyakinan kita bahawa mereka adalah syahid". Hukum PAS ini jelas bercanggah dengan fatwa Jawatankuasa Fatwa negeri Kedah Darul Aman yang jelas menyatakan tidak syahid maarikah (Utusan Melayu 3 Februari 1986).

Apa yang pelik ialah pengumuman yang dibuat oleh Hj Abd Hadi "Inilah keputusan Dewan Ulamak PAS Kedah" telah dinafikan oleh Hj Fadzil Noor dalam Utusan Melayu 7 Februari 1986. Siapakah sebenarnya yang betul?

Tragedi terakhir yang ada kaitan dengan Amanat Hadi ialah perjuangan "Mati Syahid Menentang Kerajaan" oleh kumpulan ajaran sesat al-Ma'unah di Bukit Jenalek, Sauk Perak pada 2-7 Julai 2000. (Lihat Berita Harian 24 Julai 2000)

Banyak lagi jenayah perpecahan di kalangan umat Islam yang tidak mampu hendak disenaraikan di sini seperti kubur asing, menikah dua kali, bercerai suami isteri, tak makan sembelihan orang UMNO, tidak sembahyang mayat orang UMNO dan lain-lain.

MEMPERMAINKAN HUKUM ALLAH DAN MENYELEWENGKAN FAKTA/REALITI
Hukum PAS ialah haram dan kafir untuk orang dan HARUS sahaja apabila menguntungkan PAS. Bukti yang jelas ialah mengenai memerintah negara secara kongsi kuasa. Amalan politik secara kongsi kuasa antara orang Islam dengan bukan Islam di Malaysia ini telah bermula sejak sebelum merdeka iaitu pada tahun 1955. Ia pula bersesuaian dengan contoh Nabi Muhammad s.a.w mengikat janji dalam pemerintahan Madinah tahun 622 Masehi yang lalu.

Namun PAS pernah mengkafirkan orang Islam UMNO yang berbuat demikian. Pada bulan Ogos 1963 Dewan Ulamak PAS Kelantan telah membuat keputusan "Orang Islam yang berkongsi dengan orang kafir memerintah negara menjadi kafir atau haram". (Lihat kertas putih kerajaan Malaysia 8 November 1984).

Apabila PAS terlibat sama maka hukumnya menjadi HARUS (1973 - Kerajaan campuran di Kelantan; 1974-1977 bersama dalam kerajaan BN seluruh negara).

Ayat-ayat Al-Quran juga sanggup diselewengkan maksudnya. Satu daripada bukti yang masih tersimpan dalam rakaman kaset ucapan Hj Abd Hadi di Bukit Kulim, Marang pada 24 September 1980. Beliau menyalahtafsirkan maksud ayat 251 surah al-Baqarah "Walaula daf'ullahin nasa ba'dhahum biba'dhil lafasadatil ardh" yang diberikan makna "Dan jikalau Allah tidak menjadikan manusia itu bergaduh, manusia itu berkelahi, manusia itu berperang di antara satu sama lain nescaya rosaklah muka bumi ini. Patutnya bila manusia itu bersatu molek, berpakat belaka, dak kelahi dak berbalah maka jadi molek muka bumi. Tapi Allah Taala kata dalam al-Quran kalu Allah Taala tak jadikan manusia ini bergaduh nescaya muka bumi akan rosak". Sedang sebenarnya ayat itu ialah ayat cerita Nabi Daud yang berjaya membunuh Jalut dan diberikan kuasa memerintah negeri yang dulunya diperintah oleh Jalut itu. Kesalahan pertama ayat penuh 251 surah al-Baqarah ini tidak dibaca semua dari awal hingga akhir, sebaliknya dibaca tengahnya sahaja. Yang kedua tafsirannya boleh difahami sebagai "Tuhan mahu kita bergaduh" telah bertukar maksud asal daripada ayat cerita menjadi ayat hukum waliazu billah.

Amanat Hadi menuduh UMNO/BN mengekalkan perlembagaan penjajah sedangkan sebenarnya perlembagaan negara tidak pernah dikekalkan oleh UMNO dan BN kerana ia sentiasa dipinda. Sehingga tahun 1995 sebanyak 39 pindaan telah dibuat. Kerajaan PAS Kelantan sahaja melalui Dewan Undangan Negerinya telah sebulat suara meluluskan usul mempertahankan perlembagaan tubuh negeri Kelantan (Berita Harian 12 April 1993). Kerajaan PAS Terengganu pun nampaknya tidak berusaha hendak meminda perlembagaan tubuh negeri. Warta Darul Iman ke-15 pada 8 Januari 2001 melaporkan pengakuan YB Hj Harun Taib bahawa pelaksanaan Islam di Terengganu sudah berjalan walaupun belum meminda perlembagaan. Kalau sebenarnya hukum haram/kafir kerana mempertahankan perlembagaan, mengapa urusan meminda perlembagaan negeri Terengganu ini tidak diutamakan? Sanggupkah PAS menjadi kafir kerana kecuaian itu?

Perlembagaan tubuh PAS sendiri juga berikrar mematuhi perlembagaan negara. Lihat fasal 6 ceraian 11 mencatatkan: "Segala tindakan PAS tidak terkeluar daripada batas-batas perlembagaan dan undang-undang negara". Mengapakah pimpinan PAS tidak menjelaskan kepada umum bahawa PAS juga tunduk kepada perlembagaan negara? Semua calon PAS dalam pilihanraya tidak membantah bayaran wang pertaruhan dan lain-lain syarat yang dikenakan dalam penamaan calon dalam setiap pilihanraya itu berlaku. Begitu juga segala faedah daripada hasil peruntukan perlembagaan negara ditelannya belaka. Mereka bak kata peribahasa "Cakap tak serupa tulis, tak serupa bikin" ataupun pakai hukum "Waharamun kalau makan seorang, wahalalun kalau bagi dua". Rela berpura-pura dengan hukum Allah.

Amanat Hadi juga mencipta hukum menjadi kafir mengatakan politik suku agama suku. Amalan dalam sistem pemerintahan dan juga perlembagaan Malaysia tidak pernah memisahkan agama dengan politik. Kedua-dua berjalan serentak dan seiring. Selepas merdeka kerajaan sendiri yang menjalankan usaha dalam segala bidang pembangunan negara dan agama. Perlembagaan negara dengan jelas menyebut raja-raja Melayu selain daripada menjadi ketua agama (Perkara 3); baginda juga menjadi ketua negara/negeri atau kepala utama negara (Perkara 32). Ini membuktikan bahawa agama dan politik di bawah seorang ketua yang sama.

Konsep pemisahan agama dengan politik juga telah diberikan dalam buku ISLAM & POLITIK kajian ilmiah Dewan Ulamak PAS Pusat keluaran September 1980. Bacalah muka 19 & 23 jelas membawa konsep pisah agama dari politik ialah ketua berlainan orang. Selain daripada itu perlembagaan negara perkara 11(4) mengadakan peruntukan melarang menyebar akidah agama lain di kalangan umat Islam. Perkara 12 (2) pula memperuntukkan bahawa wang negara boleh digunakan untuk kemajuan agama Islam tetapi tidak untuk agama lain.

Pembohongan terhadap realiti yang jelas mengelirukan ialah mengenai perjuangan menegak negara Islam. Mingguan Malaysia 13 Ogos 2000 menyiarkan temuramah YAB Hj Abd Hadi Awang. Beliau mendakwa kononnya PAS tidak akan bertolak ansur dalam perjuangan menegakkan negara Islam. Apa yang sudah berlaku pada realitinya ialah DAP menolak pembentukan negara Islam, tetapi YAB Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat menerimanya dengan segala kesyukuran. (Lihat Utusan Malaysia 22 April 1999 dan Berita Harian 15 Mei 1999).

Lebih jelas lagi permainan politik PAS menipu ahli dan penyokong-penyokongnya sendiri ialah kempen hendak "Menegakkan Negara Islam" seperti yang dijaja pimpinan mereka sebenarnya tidak pernah ada dalam perlembagaan tubuh PAS semenjak dahulu lagi.

Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat juga pernah memberikan hukum syahid melawan UMNO. Mengikut catatan dalam buku Parti Islam antara Realiti dan Fantasi oleh Omar Khalid edaran pertama terdapat jelas pada muka 26 berbunyi begini:

"Saya telah mendengar sendiri daripada mulut Ustaz Nik Ab Aziz semasa dia mengajar di Masjid Kampung Pulau Melaka dengan mengatakan JIKALAU MELAWAN UMNO TIBA-TIBA MENINGGAL DUNIA, MAKA KITA DIKIRA MATI SYAHID. Kaset ucapannya itu tidak diizinkan kepada saya untuk mengedar kepada orang ramai kerana kononnya sensitif dan fatwa itu hanya untuk orang dalam semata-mata".

Mahu tidak mahu Mursyidul Am PAS, YAB Datuk Hj Nik Abd Aziz Nik Mat terpaksa menerimanya kerana beliau terbukti turut membawa hukum SYAHID yang bersamaan dengan Amanat Hadi. Beliau juga mempermainkan hukum Allah.

PEMBOHONGAN YANG AMAT NYATA

Selain daripada mempermainkan hukum Allah dan menyelewengkan fakta/realiti, banyak bukti yang menunjukkan pembohongan yang amat nyata. Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, En. Zakaria Dagang telah berjanji iaitu beliau akan mengemukakan bukti keputusan Majlis Agama Islam Kebangsaan bahawa Amanat Hadi tidak bercanggah dengan Islam (Laporan Utusan Malaysia 23 Julai 2000) Tetapi sehingga hari ini belum ada apa-apa reaksinya.

Suatu pembohongan yang tidak boleh dimaafkan ialah penafian sembahyang dua imam. Hj Abd Hadi dalam ceramah umumnya di Kuala Besut, Terengganu yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia 27 Januari 1983 menyebut beliau menafikan berlakunya sembahyang Tarawih dua imam dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Kampung Gong Pasir, Besut pada bulan Jun-Julai 1982. Hj Abd Hadi mengatakan: "Perkara ini adalah sengaja diada-adakan oleh kerajaan bertujuan untuk memburukkan kepercayaan orang ramai kepada parti PAS". Demi Allah saya dan jurukamera yang dikawal rapi oleh dua buah kereta Land Rover polis Kg. Raja akan tetap menjadi saksi di hadapan Allah s.w.t bahawa sembahyang dua imam Tarawih dan Jumaat bergilir dalam sebuah masjid di Gong Pasir itu BENAR-BENAR berlaku selama sebulan Ramadan 1982. Seluruh ahli jamaah masjid Gong Pasir kira-kira 80 orang lelaki dan perempuan sebenarnya mengerjakan sembahyang serentak berlawanan itu. Mengapakah Hj Abd Hadi sanggup menutup bangkai gajah yang sebesar itu dengan nyiru iklan buatan sendiri? Demikian seterusnya mengenai Bank Islam. Dulu Hj Abd Hadi kata tidak bererti kerana ia hanya kulit yang berlambangkan Islam tetapi sekarang telah memuji dan menggunakannya.

Lebih mudah lagi diterima oleh orang awam terhadap hujah YAB Hj Abd Hadi apabila beliau membuat alasan petikan atau rujukan kepada Mustika Hadis jilid pertama Jabatan Perdana Menteri, walaupun ternyata bohong. Setelah diteliti berulang kali pada bab Rosak Iman dan Islam, namun tidak ditemui dalam Mustika Hadis jilid pertama itu tentang rosak iman dan Islam kerana "Mempertahankan perlembagaan kafir" dan tidak ditemui juga hukum "Menjadi kafir dengan mengatakan politik suku agama suku" sebagaimana yang disebutkan oleh Hj Abd Hadi dalam Amanat Hadi itu. Jadi bagaimana Hj Abd Hadi boleh kata amanatnya selaras dengan apa yang tertulis dalam Mustika Hadis jilid pertama itu?

PENUTUP

Penyelewengan isi kandungan Amanat Hadi jelas mengelirukan pegangan umat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang memutuskan Amanat Hadi Bercanggah Dengan Islam pada tahun 1986 itu sudah tentu mempunyai alasan yang kukuh. Oleh itu setiap orang Islam perlu terima dan patuh kepada fatwa tersebut tanpa ragu-ragu lagi. Ahli Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan terdiri daripada semua mufti dalam Malaysia.