Tuesday 19 February 2013

Nik Aziz Guna Setan hadapi PRU 13?



Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.

Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.




PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.

PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.

PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja.

Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.




Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sebelum ini menyokong penggunaan kalimah Allah pada Bible versi Bahasa Melayu seperti diminta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, menukar pendirian dan sebaliknya membuat penjelasan baru kenapa kalimah itu tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.


Pendirian terbaru Nik Aziz dibuat selaras dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari yang menolak persetujuan bersama Pakatan Pembangkang sebelum ini yang sepakat membenarkan kalimah Allah diguna pakai bukan Islam.



DULU, mati-mati Nik Aziz pertahan dan menyokong akan pengunaan kalimah ALLAH pada Bible versi Bahasa Melayu . Sekarang, dia korner dan cakap lain pulak dan berubah fikiran. Setuju pula dengan keputusan Majlis Syura PAS, kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.

Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.



Maka, bolehlah kita buat kesimpulan, bahawa situa bangka  yang bernama Nik Aziz Nik Mat sudah nyanyuk, bukanlah seorang 'ulama'. Dia yang sendiri menganggap bahawa dirinya seorang 'ulama...tapi, dia adalah 'ulama' semak atau ulama politik yang di perkuda-kudakan oleh DAP.

Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.




1 comment:

  1. Bismillahirrahmanirrahim,

    Takutlah kamu kepada Allah
    Takutlah kamu kepada Allah.

    Mati hanya sekali.

    ReplyDelete