Friday 22 March 2013

Terkini Lahad Datu:Penduduk Kembara Sakti Dipindahkan Demi keselamatan

Gambar Dari Fail

LAHAD DATU — Kira-kira 1,000 penduduk sebuah kampung di Kembara Sakti, Felda Sahabat 43 dipindahkan ke Sekolah Agama Rakyat, kira-kira lima kilomter dari perkampungan mereka sebagai langkah keselamatan dalam menghadapi ancaman pengganas Sulu.

Ketua kampung berkenaan, Ramlan Junit berkata, arahan supaya penduduk kampung mengosongkan kawasan kediaman mereka dan tidak menghampiri kawasan itu sehingga diarahkan, dikeluarkan polis petang semalam.

"Kami ada dengar pelbagai cerita dan khabar angin mengenai pengganas datang ke kawasan ini.

"Diharap keadaan kembali terkawal dan kami dapat pulang ke kediaman masing-masing,” katanya ketika ditemui Bernama di sekolah itu di sini hari ini.

Difahamkan lokasi kampung itu terletak kira-kira 30 kilometer dari zon merah Operasi Daulat dan dikelilingi hutan tebal serta pokok kelapa sawit.

Turut kelihatan di lokasi pemindahan itu ialah sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk kampung.




Baca Artikel Menarik Dibawah:

















No comments:

Post a Comment