Tuesday, 27 August 2013

KDN Akan Umum Senarai Nama Kongsi Gelap


PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri akan mengumumkan senarai nama kumpulan kongsi gelap serta jenayah yang dilakukan mereka, kata menteri berkenaan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia akan diumum dalam waktu terdekat selepas proses pewartaan selesai dibuat.

“Kami dah ada senarai nama kumpulan yang dikategorikan sebagai pertubuhan haram serta senarai aktiviti jenayah dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan ahli kongres Amerika Syarikat Eni Faleomavaega di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, langkah mendedahkan senarai itu kepada umum ialah untuk membolehkan masyarakat faham bahawa polis bersungguh-sungguh dalam usaha menangani jenayah.

“Ia juga untuk membangkitkan kesedaran bahawa masyarakat perlu bersama-sama mendokong usaha polis membanteras jenayah,” katanya.

Menerusi senarai itu juga, beliau berkata masyarakat dapat mengetahui bahawa kegiatan kongsi gelap bukan hanya membabitkan sesuatu kaum sebaliknya melibatkan kaum-kaum lain.

“Ramai yang mengatakan kongsi gelap hanya membabitkan kaum India sedangkan kongsi gelap Melayu dan Cina juga banyak,” katanya.

Mengenai Ops Cantas, Ahmad Zahid berkata operasi itu dijalankan di seluruh negara dan bukan hanya tertumpu di Pulau Pinang.

“Tumpuan turut diberikan di seluruh negara dan polis sudah bersiap sedia untuk bertindak kerana telah menghidu beberapa lagi jenayah terancang yang akan dilakukan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid menjelaskan keselamatan keseluruhan rakyat lebih penting daripada menjaga jumlah mereka yang akan dikenakan pemakaian peranti pengawasan elektronik (EMD).

“Dalam hal ini bukan soal hak asasi manusia tetapi bagaimana identifikasi untuk menentukan keamanan itu dapat dilaksanakan di negara kita,” katanya.

Beliau mengulas mengenai EMD yang akan digunakan ke atas penjenayah tertentu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), menerima kritikan pihak tertentu.

EMD bertujuan mengesan suspek jenayah terancang dan kejam bagi memastikan mereka tidak melakukan jenayah lain semasa dalam jaminan. – Bernama

Wednesday, 21 August 2013

Info Terkini Bas Jatuh Gaung Di Genting

Antara mangsa yang berjaya diselamatkan.


PETALING JAYA: Maklumat terbaru Jabatan Bomba dan Penyelamat sehingga pukul 8.00 petang mengesahkan seramai 29 mangsa terbunuh dalam nahas kejadian bas pelancong terhumban ke dalam gaung sedalam 30 meter di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur kira-kira pukul 2.20 petang Rabu.

Sementara itu 16 lagi mangsa ditemui masih hidup.

Usaha menyelamat mangsa sedang dijalankan.



Jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui kini adalah seramai 45 orang.

Pasukan bomba mengeluarkan mangsa.

Sebelum ini Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail dalam kenyataannya menjangkakan sekurang-kurangnya 32 orang dikhuatiri mati dalam insiden tersebut.

"Setakat ini 4 mangsa lagi masih berada di bawah gaung sejauh 200 kaki dan pemerhatian awal bomba mengatakan mereka sudah meninggal dunia. Bomba menjangkakan semua 49 mangsa," katanya.

Sunday, 4 August 2013

Pentadbiran Najib Menuju Kehancuran Kerana Mempunyai Penasihat Yang Sakit Jiwa



PENTADBIRAN NEGARA KITA INI DAH BERTAMBAH PELIK DAN SEPERTI SUDAH HILANG AKAL GAMAKNYA ... SEHINGGA DUA WARTAWAN MALAYSIAKINI (yg amat terkenal menghentam kerajaan), NIGEL AW DAN LEE LONG HUI TELAH DI ANUGERAHKAN PINGAT PENGITIRAFAN YANG SAMA DI BERIKAN PADA PERJUANG2 NEGARA SEPERTI POLIS, TENTERA DAN LAIN ANGGOTA KERAJAAN JUGA INIDIVIDU2 YANG TELAH BERKORBAN DAN BERJASA PADA NEGARA.
YANG ADMIN PERTIKAIKAN INI, DALAM BENTUK APAKAH PENILAIAN PIHAK YG BERTANGGUNUJAWAB SEHINGGA NIGEL AW DAN LEE LONG HUI BOLEH DI IKTIRAFKAN SEBAGAI PENERIMA ANUGERAH PINGAT YG MELAMBANGKAN JASA DAN PERGORBANAN MEREKA TERHADAP NEGARA?
SEDANGKAN ADMIN ADA MENERIMA BANYAK ADUAN DARI SAHABAT2 SESAMA PASUKAN KESELAMATAN YG KECEWA TIDAK MENERIMA PINGAT INI SEDANGKAN PADA LOGIKNYA ... MEREKA LEBIH LAYAK DARI 2 ORANG WARTAWAN HAPRAK ITU ... ANTARANYA POLIS BANTUAN FELDA, POLIS BANTUAN DIBALAI2 POLIS YG JUGA TERLIBAT BERBULAN2 DALAM TUGAS PENGEPONGAN DALAM OPS DAULAT DILAHAD DATU ITU.
MUNGKIN MEREKA INI TERPILIH KERANA KRITIKAN2 DAN FITNAH2 YANG SELALU MEREKA SENSASIKAN DALAM PORTAL MEDIA ALTERNATIF YANG MENGAGUNGKAN AHLI2 POLITIK PEMBANGKANG ITU BOLEH DI ANGGAP SATU PERNGORBANAN DAN JASA PADA NEGARA ... WALAHAL RAMAI LAGI WARTAWAN2 SERTA PIHAK PASUKAN KESELAMATAN KITA MEREMPAT KESANA KESINI UNTUK BERKORBAN DEMI BANGSA DAN NEGARA DI ABAIKAN PENGIKTIRAFANNYA.