Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.
Oleh itu, baginda bertitah, orang-orang seperti bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin tidak perlu mengulas mengenai tentang perkara yang beliau tidak tahu.
.
Sambil menyatakan kemarahan terhadap komen Nizar, Sultan bertitah adalah lebih baik Nizar berdiam diri daripada membuat kenyataan.
"Adakah dia lupa adat istiadat Melayu kita atau dia memang jahil dan berfikiran cetek?
"Beliau tidak harus bertindak seperti bijak jika dia tidak mempunyai pengetahuan tentang apa yang berlaku dan membuat kenyataan apabila tidak tahu perkara sebenar," titah Sultan. -UtaraNews
BAGI KU...RAKYAT JOHOR PATUT MENOLAK PAKATAN RAKYAT...KERANA BELUM LAGI DAPAT PUTRAJAYA...DAH PANDAI DURHAKA PADA SULTAN...HEHEHE...KAMU BAYANGKANLAH JIKA MEREKA DAPAT...!
No comments:
Post a Comment