Friday, 15 June 2012
Raja Raja melayu akan dihapuskan jika PR memerintah!
Masihkah kita ingat peristiwa di Perak dimana kerajaan perak Pakatan hilang tiga ADUN untuk lompat keluar parti menjadi bebas dan menyokong BN.
Nizar sepatutnya tahu dia sudah hilang majoriti tetapi tak tahu malu untuk meletak jawatan hingga dititah oleh Sultan. Nizar enggan dan melakukan 'sembah derhaka.'
Dia cuba mengkaburi rakyat dengan percubaan membubarkan dewan undangan negeri sesuka hati seolah Sultan tidak tahu sudah itu helah mereka untuk mengundur diri dari menyerahkan kuasa pada BN.
Undang Tubuh Negeri jelas memberi kuasa tertentu kepada Sultan. Pakatan Rakyat membuat penderhakaan untuk menggantung ADUN2 BN sesuka hati untuk mengekal kuasa, memanggil DUN sesuka hati mereka dan pelbagai gimik mengadakan sidang DUN di hotel dan bawah pokok.
Peristiwa di Perak itu dirancang dan didalang oleh Anwar Ibrahim dari belakang. Anwar ada bersama dalam pengisytiharan perang terhadap Sultan Azlan Shah kerana ia mahu jadinya pemula REVOLUSI MENJATUHKAN RAJA-RAJA MELAYU!
Pada tahun 1993, Anwar telah memberi sokongan kepada agenda menarik balik kuasa Raja-Raja Melayu. Ketika dia adalah Naib Presiden UMNO, dialah yang berlebih-lebih dalam kesungguhan mengajak seluruh rakyat melakukan demonstrasi besar-besaran menghakis kuasa raja-raja.
Ketuanan rakyat' yang digemburkan sebagai platform kebangkitan rakyat menentang pemerintahan negara dengan slogan 'KUASA KEMBALI KEPADA RAKYAT' kerap dicanang. Ia tersirat cita-cita Anwar untuk menjadi KETUA YANG BERKUASA TERHADAP RAKYAT DENGAN ERTIKATA LAIN MENJADI 'PRESIDEN OF MALAYSIA' !
No comments:
Post a Comment