Monday, 13 May 2013

Kerana Pak Haji Miang Mei Hua Melacur Lagi


UMNO, MCA dan MIC adalah tiga parti komponen utama di dalam Barisan Nasional yang sering ditohmah sebagai rasis kerana ditubuh berasaskan kaum. Pembangkang pula, terutama DAP sebaliknya sering mendabik dada sebagai tidak rasis kerana merupakan parti berbagai kaum.

Namun begitu, DAP yang konon parti berbagai kaum itu memperlihatkan satu trend yang tersangat rasis di mana hampir tiada kaum lain dalam kepimpinan tertinggi di dalam parti mahupun di dalam pemerintahan negeri selain kaum Cina. Jika ada pun, sebagai wakil atau sebagai syarat dan sebagai penyamaran sahaja bagi menutup sifat parti itu mereka. Individu yang dilantik sebagai wakil kaum lain itu pula pastinya bukan individu yang signifikan atau yang mempunyai sifat kepimpinan, tetapi lebih sebagai pak turut sahaja.

Lebih dahsyat, DAP sanggup melantik seorang Cina yang bernama Melayu iaitu Zairil Khir Johari, untuk mewakili kaum Melayu di dalam parti itu. Hakikat bahawa beliau adalah 100% Cina dari segi darah keturunan mahupun jiwanya, langsung tidak diambil kira oleh DAP.

Ini amatlah berbeza dengan BN yang memberi ruang kepada semua kaum untuk memilih sendiri pemimpin mereka. Pemimpin yang dipilih di dalam UMNO, MCA dan MIC semestinya yang diiktiraf oleh kaum sendiri sebagai mempunyai sifat kepimpinan. UMNO sebagai parti utama tidak pernah masuk campur dalam urusan rakan-rakan komponennya bagi memastikan mereka yang dilantik itu benar-benar mampu memperjuangkan kaum masing-masing dan bukannya seorang ‘pak turut’ sepertimana yang dilakukan oleh DAP.

Namun begitu, nampaknya ramai dari kaum Cina yang teruja dengan ‘idea’ Ketuanan Cina yang di promosikan oleh DAP. Mereka percaya yang mereka akan lebih bahagia dan gembira atau ‘untung besar’ jika bersama dengan parti itu.

Fikir mereka, untuk apa berkongsi kuasa dengan kaum lain di dalam BN jika kaum mereka boleh berkuasa mutlak di bawah DAP?

Malangnya, cita-cita untuk berkuasa mutlak tidak tercapai walaupun berbagai strategi telah dilakukan untuk memastikan rakyat membenci Barisan Nasional. Malah provokasi di hari pengundian konon terdapat penipuan dan pengundi hantu juga tidak mampu membawa hasil yang signifikan selain kekecohan di laman-laman sosial sahaja.

Akhirnya, kaum Cina kini terpinggir dari kuasa pemerintahan. Dengan 97% menolak kerajaan dan hanya 3% yang menyokong maka kekuatan mereka juga tinggal 3% sahaja.

Di masa yang sama, 38 kerusi DAP juga tidak layak dan tidak berhak bercakap mengenai ketelusan, korupsi dan sifat perkauman UMNO lagi. Ini kerana DAP tidak boleh lari dari hakikat bahawa parti mereka telah menipu dalam pemilihan CEC, mahupun hakikat bahawa mereka telah dengan sengaja menghasut dan melebarkan lagi jurang antara kaum di negara ini.

Apa yang konon diperjuangkan oleh DAP di parlimen selama ini hanyalah hipokrasi tertinggi.

Sudah terlalu jelas bahawa perjuangan mereka bukan untuk ketelusan atau keadilan. Ianya terbukti apabila kaum Cina telah mengundi semata-mata atas faktor kaum, tiada alasan lain lagi.

Pun begitu, sebagai sebuah kerajaan yang matang, kepimpinan BN cukup faham bahawa suara kaum lain termasuk Cina yang hampir 100% menolak BN juga, tidak boleh diketepikan terus. 3% yang menyokong BN masih wajar diberi perhatian sebaiknya. BN bukan sebuah kerajaan yang zalim atau kejam sepertimana yang dimomokkan pembangkang. BN yang diterajui UMNO juga bukan rasis seperti yang dituduh pembangkang. Malah sebagai sebuah negara Islam, BN wajib berlaku adil kepada semua kaum.

Oleh itu, kita pasti kepimpinan BN akan tetap memberi ruang kepada kaum Cina di dalam pemerintahan. Cumanya, ruang itu tidak lagi akan seluas dahulu tetapi cukup sekadar memenuhi 3% sokongan yang diberikan oleh mereka kepada kerajaan.

Ini bukan sebagai satu pengajaran kepada kaum Cina, mahupun satu kelemahan di pihak kerajaan kerana masih memberi ruang kepada mereka. Tetapi sebagai memenuhi tanggungjawab kerajaan untuk berbuat yang terbaik untuk rakyat dan negara, tanpa mendedahkan diri untuk ditikam dari belakang sekali lagi.


Baca Artikel Menarik dibawah:

No comments:

Post a Comment