Wednesday, 8 May 2013

Gempar!!! Anuwar Diliwat Sampai Gila?


Datuk Seri Najib Razak menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini tidak telus, sedangkan pembangkang menang di tiga negeri.

Perdana Menteri berkata, jika Anwar tidak mahu menerima keputusan PRU peringkat Persekutuan, beliau juga tidak seharusnya menerima keputusan kemenangan pembangkang di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.


Agak lucu dengan keletah dan permainan mulut yang dilakukan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

5 Mei lepas melihatkan kejayaan besar BN menang penuh bergaya apabila keputusan PRU ke-13 menunjukkan DAP cuma kekurangan dua kerusi daripada yang dimatlamatkan.

PAS pula singkat 19 kerusi daripada sasaran. Namun yang mencatatkan kegagalan terbesar ialah PKR yang kurang dua puluh kerusi.

Berbeza dengan matlamat awal Anwar di mana beliau mahukan PKR menang 50 kerusi, DAP 40, dan PAS 40.

Jumlah 130 kerusi ini dikatakan bakal menyebabkan BN longlai dengan hanya 90 kerusi Dewan Rakyat lantas mampu membuatkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak dan UMNO menjadi pembangkang di Malaysia.

Tetapi, matlamat Anwar itu tidak menjadi kenyataan dan hanya kekal berada di awang-awangan sahaja.

Pastinya, Anwar sendiri tidak dapat menutup kekecewaannya di mana impian untuk menakluk Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia tidak berhasil.


Baca Artikel Menarik dibawah:

Airmata Darah Keputusan PRU13,Masih Nak Bermimpi lagi?

No comments:

Post a Comment