Wednesday 14 May 2014

DS Ahmad Said Kembali Semula Ke Pangkuan UMNO


Putrajaya – Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau kembali menyertai UMNO dan kesal atas apa yang berlaku.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Tengku Putera berkata, perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam pertemuan bersama dengan Menteri Besar Terengganu yang baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan 13 ADUN Terengganu di Perdana Putra di sini.

Tengku Putera mengetuai 14 ADUN Terengganuu mengadakan sidang media itu selepas mengadakan pertemuan khas dengan Najib di Bangunan Perdana Putera, pagi ini.

Rombongan yang diketuai Menteri Besar baharu Terengganu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan Speaker DUN negeri, Mohd Zubir Embong.

Turut sama dalam pertemuan itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Tuesday 13 May 2014

Bekas MB Terengganu,DS Ahmad Said Bersama Adun Ajil Keluar UMNO

Ahmad Said

KUALA LUMPUR: Beberapa jam selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Isnin, Datuk Seri Ahmad Said telah mengumumkan keluar dari parti UMNO.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal kini berdiri sebagai ADUN bebas.

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuatkuasa serta-merta.

Saya juga mengisytihar keluar daripada UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas bagi DUN Kijal," katanya dalam surat tersebut.


Surat keluar parti Datuk Seri Ahmad Said yang diemailkan kepada AstroAWANI.

Seorang lagi ADUN dari UMNO, iaitu Ghazali Taib yang merupakan ADUN Ajil juga telah isytihar keluar dari parti tersebut.

Perkembangan itu dimaklumkan oleh Ahmad Said dalam satu email kepadaAstro AWANI.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said telah meletakkan jawatannya berkuatkuasa Isnin.

Surat keluar parti ADUN Ajil, Ghazali Taib yang diemailkan kepada AstroAWANI.



Ahmad Razif mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu malam tadi.

Dengan perkembangan terbaru ini, Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat masing-masing menguasai 15 kerusi daripada 32 kerusi DUN Terengganu di mana PAS menguasai 14 kerusi DUN manakala PKR pula satu kerusi.

Baki dua lagi adalah calon bebas.-AstroAwani



Monday 12 May 2014

Dato Haji Ahmad Razif Abd Rahman Sah Menjadi MB Terengganu

Photo: Sekalung Tahniah Untuk Dato Haji Ahmad Razif...Menteri Besar Terengganu yang baru...SEMOGA ALLAH MERAHMATI PENTADBIRAN BARU KERAJAAN NEGERI TERENGGANU#BAT

Dato' Seri Ahmad Said Sah Lepas Jawatan MB Terengganu


KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno negeri di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan siapa bakal menteri besar baharu Terengganu untuk menggantikan Datuk Seri Ahmad Said, 57.

"Saya datang jumpa Adun (Anggota Dewan Undangan Negeri)...seperti dimaklumkan ada pertukaran (Menteri Beasr), saya maklum balas dan mereka terima dan tiada masalah, memang betul ada pertukaran.

"Kita tunggu (watikah pelantikan menteri besar baharu) daripada Tuanku Sultan Terengganu (Sultan Mizan Zainal Abidin) dengan pengesahan daripada pihak Istana," katanya kepada kepada pemberita selepas selesai perjumpaan itu.

Katanya pertukaran itu tidak akan menimbulkan sebarang masalah kepada Umno di Terengganu kerana pemimpin negeri akur kepada keputusan pucuk pimpinan parti. - Sinar Harian

Menteri Besar Terengganu Dato'Seri Ahmad Bin Said Letak Jawatan???


Kenyataan Akhbar oleh Dato Sri Tengku Adnan Mansor. Pada Jam 1715-1717.

1) Kehadiran beliau ke Terengganu adalah untuk mengadakan perjumpaan dengan ADUN TRG dan hadir sebagai Setiausaha Agung UMNO.

2) Beliau mengesahkan perletakkan jawatan oleh Dato Seri Ahmad bin Said sebagai MB TRG dan berlaku pertemuan diantara Dato Seri Ahmad bin Said dengan YAB PM, manakala ADUN-ADUN akur dengan apa yang diputuskan oleh presiden parti dan kita semua bersatu hati.

3) Menjawab soalan wartawan - Mengiyakan akan berlaku pertukaran, namun tidak memaklumkan siapa pengganti dan perlu tunggu keputusan pada petang ini.