Saturday 21 September 2013

Khairy Jamaluddin Ditentang Jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia 4 Penjuru


KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin hampir pasti menghadapi tentangan lima penjuru dalam usaha mempertahankan kedudukannya sebagai Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti itu Oktober ini.

Sehingga tempoh penyerahan borang ditutup pada pukul 5 petang, lima calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Sebelum ini media melaporkan Khairy kemungkinan hanya akan ditentang tiga pencabar yang lebih awal tampil menyatakan hasrat masing-masing sebelum hari penyerahan borang pencalonan berlangsung pada Sabtu.

Bagaimanapun sekretariat pemilihan Umno mengesahkan Ketua Pemuda Umno Cawangan Bukit Setiawangsa, Irwan Ambak muncul menyerahkan borang pencalonannya bagi jawatan ketua sayap itu.

Selain itu tiga lagi bakal calon lain ialah Ketua Cawangan Umno Bendang Baru, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi; Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail dan bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali.

Pengerusi pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Mohd Ghazali berkata, bagaimanapun pihaknya akan memuktamadkan senarai calon yang disahkan bertanding dalam tempoh 72 jam selepas tempoh penyerahan borang pencalonan ditutup pada Sabtu.

"Kita ada tempoh bertenang sebelum jawatankuasa pemilihan mengeluarkan nama calon yang disahkan layak bertanding.

"Kalau ada calon yang ingin menarik diri pun, mereka boleh lakukan dalam tempoh ini," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Friday 20 September 2013

Ketua Syiah Buat Laporan Polis, Cabar Institusi Raja


Tindakan Ketua Syiah Kedah, Abdullah Hassan membuat laporan polis terhadap Mufti Negeri, Datuk Syeikh Baderudin Ahmad, Ahad lalu boleh dianggap sebagai mencabar institusi Raja-Raja Melayu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar).

Beliau berkata, ini kerana mufti negeri dilantik oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga ketua agama Islam negeri (dan juga Yang di-Pertuan Agong).

"Tindakan ketua Syiah itu langsung tidak hormat kepada fatwa mufti kerajaan negeri, perlembagaan dan perundangan Islam negeri ini sekali gus mereka mencabar kedudukan Sultan," katanya kepada pemberita ketika ditemui bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Dato Abdullah, Sungai Limau, hari ini.

Jamil Khir berkata, kerajaan negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap ketua Syiah itu dan pengikutnya yang cuba melakukan provokasi.

Katanya, beliau akan bertemu dengan penguatkuasa Majlis Agama Islam dan peguam syariah Rabu ini di ibu negara bagi membincangkan cara menangani fahaman Syiah dan tindakan yang boleh dikenakan terhadap mereka menerusi undang-undang Islam di negeri-negeri.

Mengenai ugutan ketua Syiah itu mahu menerbitkan buku mengenai fahaman Syiah setebal 500 muka surat sekiranya dia atau pengikutnya ditahan pihak berkuasa, Jamil Khir berkata, Majlis Agama Islam mempunyai kuasa untuk menghalangnya.

Laporan polis terhadap Syeikh Baderudin yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar mendakwa mufti itu secara sengaja mempersembah kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini tidak tenteram. - Bernama, 20 September, 2013

Thursday 19 September 2013

10 Kereta Mewah Itu Bukan Milik Saya - Suhaimi

Suhaimi Ibrahim

PETALING JAYA: Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri yang disiasat kerana dakwaan penyalahgunaan dana program kebajikan 1Azam telah mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi ini.

Datuk Suhaimi Ibrahim menjelaskan bahawa beliau telah disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan manakala 10 kereta yang disita suruhanjaya itu bukan miliknya.

"Kereta-kereta yang digambarkan dalam banyak akhbar dan portal dalam talian bukan kepunyaan saya. Ia memberi gambaran yang salah, seolah-olah saya mengamalkan gaya hidup mewah.

"Saya pergi ke pejabat SPRM (di Putrajaya) menggunakan Toyota Alphard yang dimiliki oleh Yayasan Sayang Malaysia," katanya ketika ditemuramah pada Rabu.

Yayasan Sayang Malaysia adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan di mana Suhaimi memegang jawatan sebagai presiden.

Ia telah ditubuhkan untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik.

Ditanya mengenai kenderaan mewah yang disita, Suhaimi berkata ia mungkin milik saksi-saksi lain yang turut disoal siasat oleh SPRM.

Beliau bingung bagaimana 10 buah kereta mewah yang dirampas dikaitkan dengan dirinya.

"Bukan saya seorang sahaja yang disoal siasat (SPRM).

"Pegawai-pegawai lain daripada kementerian pun turut sama dipanggil," kata beliau.

Suhaimi berkata, beliau akan bekerjasama sepenuhnya dengan SPRM dalam menjalankan siasatan tetapi menggesa orang ramai supaya tidak membuat kesimpulan.

"Saya telah memberikan kenyataan saya kepada SPRM yang mana ia telah diadakan di ibu pejabat sehingga Selasa.

"Saya hanya sekadar membantu dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, setiap pihak harus membiarkan SPRM menyiasat kes itu dengan teliti.

"SPRM perlu diberi ruang untuk menyiasat perkara itu dan meneroka setiap sudut.

"Saya berharap kes itu tidak akan menjejaskan program 1Azam, yang berjalan dengan baik," katanya.

Menurut sumber, 'Datuk' berusia 54 tahun telah ditahan pada hari Jumaat, kira-kira pukul 5 petang di Putrajaya dan dibawa ke ibu pejabat SPRM untuk disoal siasat.

Pengarah penyiasatan SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan dan siasatan berkaitan kes 1Azam.

Mustafar bagaimanapun enggan memberikan butiran lanjut dan berkata pegawainya masih menyiasat kes itu.

Difahamkan SPRM telah merampas 10 kenderaan mewah, termasuk sebuah Toyota Vellfire, Toyota Camry dan Golf GTI.

Program 1Azam merupakan inisiatif kerajaan yang diperkenalkan pada Januari 2010 untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar dalam sektor perniagaan, perkhidmatan dan pertanian.

Tuesday 10 September 2013

LINTAS LANGSUNG DARI MAHKAMAH PUTRAJAYA: PERTAHAN KALIMAH SUCI ALLAH


9.30AM: PEMIMPIN ISLAM BERI UCAPAN SEMANGAT


9.20AM : UMAT ISLAM SEMAKIN MEMBANJIRI PERKARANGAN MAHKAMAH


MUSLIMAH PERKASA DI SAAT PERTAHAN KALIMAH SUCI ALLAH SWT PAGI INI









Saudara-Saudaraku Muslimin dan Muslimat sekalian,

Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya SEKARANG 10.9.2013 dengan berzikir, bertahmid, bertahlil dan laungkan takbir sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah swt.

Beringatlah:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepadamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
(Al-Baqarah (2) : Ayat 120)

Thursday 5 September 2013

Bekas ketua kongsi gelap kini dalam politik, dedah Zaman Khan


Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak mendedahkan identity pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.


Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.


Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram “ah long” dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. – Bernama, September 4, 2013.