Sunday 23 March 2014

Kapten Zaharie Terima Panggilan Daripada Wanita Misteri Sebelum Pesawat MAS MH370 Berlepas


PETALING JAYA: Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad.

Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki.

Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati ia telah dibeli 'baru-baru ini' oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan.

Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah.

Dalam perkembangan berasingan, The Mail
pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung.

Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. - The Straits Times / ANN

Friday 21 March 2014

Guru Putrajaya Biadap Maki Kerajaan Dalam Facebook Mesti Diambil Tindakan Segera


Kurang ajar!!!! Seorang guru berpangkat DG44 di Sekolah SMK Presint 18(1) Putrajaya dikesan menggunakan laman facebook sebagai tempat untuk beliau memaki-hamun kerajaan yang memerintah negara sekarang dan menghasut membenci kerajaan. Ini berdasarkan kepada bukti printscreen yang dikongsikan oleh beberapa orang sahabat dalam wassap group yang berasa tidak puas hati dengan tindakan kurang ajar guru terbabit.


Sungguh kurang ajar bila seorang guru yang sepatutnya menjadi contoh teladan kepada para pelajar dan masyarakat mula bertindak memaki hamun kerajaan yang memberikan beliau pelbagai kemudahan sesuai dengan profesion beliau seorang guru. Sebagai seorang guru beliau seharusnya bertindak neutral dan jika mahu berpolitik pun janganlah sampai memaki hamun dan memfitnah kerajaan dengan kata-kata yang kurang ajar. Apakah tulisan beliau dalam facebook beliau ini tidak akan dibaca oleh anak murid beliau yang menjadi"friend facebook" beliau.

Adalah diharapkan pihak yang berkaitan terutama pihak Kementerian Pendidikan yang dimenterikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas guru yang kurang ajar seperti ini agar beliau tidak melahirkan lebih ramai anak murid yang kurang ajar seperti beliau di masa akan datang. Ia juga boleh dijadikan tauladan kepada guru-guru lain agar jangan lari dari matlamat asal sebagai seorang guru adalah mendidik anak murid menjadi manusia berguna di masa depan dan bukannya melahirkan manusia kurang ajar seperti Adam Adli dan Safwan Anang.

p/s : agak-agak la kalo nak berpolitik pun... gunakan kuasa mengundi masa Pilihanraya Umum nanti la cikgu ooooooooiiiii....








Tuesday 18 March 2014

Pilot MH370 Belajar Mendarat Di Diego Garcia???


Apa perlunya kapten pesawat belajar mendarat di Diego Garcia?
Landasan lapangan terbang Diego Garcia antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam pada Sabtu lalu, lapor Berita Harian.



Akhbar itu memetik sumber yang berkata penyiasatan mengambil kira penemuan itu sebagai satu daripada elemen siasatan berhubung kehilangan pesawat MH370 yang dipandu oleh Zaharie.



“Antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives, sebuah lapangan terbang milik Amerika Syarikat (Diego Garcia) serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan 1,000 meter.

"Meskipun kelmarin Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin menafikan MH370 mendarat di Diego Garcia, siasatan tetap dibuat kerana ia berpandukan data perisian simulator penerbangan Zaharia," kata sumber tersebut kepada Berita Harian.

Sabtu lalu, pegawai penyiasat Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil simulator penerbangan Kapten Zaharie Ahmad Shah di rumahnya di Shah Alam.



Ia kemudian dipasang semula semalam di ibu pejabat Bukit Aman bagi mencari petunjuk kehilangan MH370 yang masih misteri.

Sebelum ini, Amerika Syarikat menafikan kemungkinan pesawat yang membawa 239 penumpang tersebut mendarat di pangkalan mereka.

Menurut sumber itu juga, siasatan juga dibuat bagi mencari petunjuk kemungkinan juruterbang mendaratkan pesawat di landasan yang dipelajarinya dalam simulator berkenaan.

Sumber itu menjelaskan pihak PDRM menjalankan siasatan tersebut dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (SKMM) bagi mencari petunjuk dalam usaha mencari MH370.

Siasatan yang dibuat juga merangkumi kemungkinan pesawat tersebut mendarat di landasan yang kawalannya longgar, selain teori pesawat itu mungkit mendarat di atas laut, bukit atau kawasan lapang yang sesuai.


sumber




Macam makin terang dan jelas jer…!

Lu Fikir La Sendiri!!!

Saturday 15 March 2014

PM Belum Sahkan MH370 Dirampas, Tetapi Sistem Perhubungan Telah Dimatikan Dengan Sengaja

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib (dua dari kanan) bersama pemangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan) pada sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Mac, 2014.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib (dua dari kanan) bersama pemangku Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (dua dari kiri) dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman (kanan) pada sidang media di Hotel Sama-Sama, KLIA, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Mac, 2014.




Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengesahkan laporan media berhubung pesawat MH370 dirampas dan pencarian pesawat ini sedang memasuki fasa baru ke arah dua koridor baru di utara Malaysia dan satu lagi di selatan negara ini.

Koridor utara adalah menuju ke Turkmenistan, Kazakhstan serta utara Thailand manakala koridor selatan ialah di Indonesia dan selatan Lautan Hindi.

Perdana menteri berkata demikian pada sidang medianya sebentar tadi.

Pada sidang media itu, Najib yang membaca teks tanpa menerima sebarang soalan media, berkata Malaysia akan terus meningkatkan usaha mencari dan berharap maklumat baru yang diperolehi akan membawa kepada satu langkah mendekati penemuan pesawat itu.

Najib berkata, komunikasi terakhir MH370 dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu tempatan Sabtu lalu (hari kehilangan pesawat) di Selat Melaka.

Katanya, penyiasatan menunjukkan pergerakan penumpang kapal terbang itu dan hubungan telekomunikasi dibuat dengan sengaja namun beliau menolak ia satu rampasan.

Najib berkata, berdasarkan data daripada radar yang dikesan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), kerajaan mengesahkan pesawat yang ditunjukkan dalam data asal adalah MH370.

Katanya, aa diperolehi berdasarkan kerja forensik yang dibuat oleh FAA, NTSB, AAIB dan pihak berkuasa Malaysia yang bekerja secara berasingan ke atas data yang sama.

"Berdasarkan data baru itu, kali terkahir komunikasi disahkan antara pesawat dengan satelit adalah pada 8.11 pagi waktu Malaysia hari Sabtu, 8 Mac," katanya.

Beliau berkata, pasukan penyiasat kemudian membuat pengiraan yang akan menentukan sejauh mana pesawat itu boleh terbang selepas perhubungan terakhir itu dan ia akan membantu kita membuat pencarian.

Katanya, berdasarkan jenis data satelit yang ada, ia bagaimanapun tidak boleh mengesahkan tempat pesawat itu membuat hubungan terakhir dengan satelit.

Bagaimanapun, katanya, berdasarkan data baru ini, pihak berkuasa penerbangan Malaysia dan rakan-rakan antarabangsanya percaya kapal terbang itu boleh berada di dua koridor iaitu koridor utara dari sempadan Kazakhstan dan Tukministan dan utara Thailand atau koridor selatan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, berdasarkan perkembangan terkini ini, pihak berkuasa Malaysia memfokuskan penyiasatan mereka ke atas anak kapal dan penumpang.

"Walaupun ada laporan media yang mengatakan pesawat ini dirampas, saya ingin jelaskan kami masih menyiasat semua kemungkinan yang menyebabkan MH370 menyimpang dari laluan asalnya," katanya.

Katanya, data baru daripada satelit itu mempunyai kesan besar ke atas bentuk dan bidang operasi pencarian.

"Kami menghentikan pencarian di Laut China Selatan dan menilai semula penempatan aset kita," katanya.


LAPURAN AP SEMALAM

AP melaporkan kerajaan Malaysia mengesahkan pesawat MH370 yang hilang sejak minggu lalu dirampas. Gambar fail oleh Reuters, 15 Mac, 2014.

Pesawat Malaysia Airlines MH370 dirampas, 
menurut laporan agensi AP semalam

AP melaporkan semalam seorang jurucakap kerajaan Malaysia berkata, rampasan itu bukan setakat teori lagi tetapi ia mencapai tahap 'konklusif'.

Pegawai berkenaan yang berada dalam pasukan penyiasatan itu, berkata mereka mendapati salah seorang juruterbang atau orang lain yang berpengalaman terbang merampas pesawat yang hilang sejak Sabtu minggu lalu.

Bagaimanapun, setakat ini, motifnya belum diketahui dan lokasi di mana pesawat itu berada belum diketahui dengan jelas.

Sementara itu, AFP memetik seorang pegawai kanan tentera Malaysia sebagai berkata, penyiasat percaya pesawat itu dirampas dan dipandu oleh seorang yang "mahir, cekap" yang memandunya beberapa jam.

"Ia mesti seorang yang mahir, cekap dan seorang juruterbang semasa," kata pegawai itu.

"Dia tahu bagaimana untuk mengelakkan radar awam. Dia nampaknya sudah mengkaji bagaimana untuk mengelakkan radar,” katanya.

Bagaimanapun, akhbar British The Daily Telegraph melaporkan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, menafikan pesawat itu dirampas.

"Ia belum sah. Saya mengetuai siasatan ini dan tiada siapa yang mengatakannya. Ia tidak benar. Kami meninjau pelbagai kemungkinan, kita melihat semua kemungkinan. Kami melakukan profil setiap penumpang dan anak kapal tetapi tidak ada bukti yang sahih setakat ini," katanya kepada Telegraph.

Perkembangan baru mengejutkan ini datang selepas seminggu operasi mencari dan menyelamat besar-besaran kehilangan kapal terbang yang membawa 239 penumpang itu selepas ia meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing.

Sementara itu, Bloomberg melaporkan pesawat yang hilang itu dikesan ke Lautan Hindi di luar pantai Australia, memetik kenyataan seorang penganalisis.

Menurut laporan itu, laluan dari Malaysia ke laut di luar pantai Australia akan melalui perjalanan sejauh 3,000 batu - jarak maksimum MH370 boleh diterbangkan dengan bahan api yang ada.

Bloomberg juga melaporkan penyiasat mendapati seseorang di dalam kokpit MH370 memprogramkan pesawat itu untuk berpaling dari jalan asalnya ke Beijing, kata sumber daripada kerajaan Amerika Syarikat yang biasa dengan penyiasatan itu.

Laporan itu memetik jurucakap Awam Pihak Berkuasa Keselamatan Penerbangan Australia, Peter Gibson, sebagai berkata dia tidak sedar maklumat baru yang meletakkan MH370 berhampiran Perth.

Bagaimanapun, katanya, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia mempunyai bidang kuasa untuk membuat penggeledahan jika maklumat itu benar.

Kerajaan Malaysia melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar dijangka diadakan pada jam 1.30 petang ni di Hotel Sama-Sama, KLIA selepas mengadakan pertemuan dengan keluarga penumpang pesawat MH370.

Difahamkan, Najib hanya akan membacakan satu kenyataan dan tidak akan menjawab sebarang soalan daripada media, lapor Sinar Harian Online.

The Star Online melaporkan, sebahagian ahli keluarga di Hotel The Everly Putrajaya mula berkumpul di depan dua televisyen di lobi hotel dan kelihatan gelisah tetapi kebanyakannya masih mampu mengawal perasaan. – 15 Mac, 2014.

Thursday 6 March 2014

(KEMASKINI) Terasa Kock Bukan Ditampar, Tetapi Dapat Telur Busuk


Seorang lelaki tidak dikenali menyerang MP Seputeh Teresa Kok dengan sebutir telur tembelang dalam satu kejadian di Pulau Pinang pada malam tadi.

Menurut Kok, lelaki tersebut mendekatinya dan ingin bersalamannya dengannya selepas beliau menyampaikan ceramah di Permatang Pauh, mengenai satu rakaman video sempena Tahun Baru Cina yang mencetus kontroversi.

Telur tembelang itu kemudiannya pecah ketika mereka bersalaman, yang mengotori tangan dan bajunya dalam kejadian itu, kata Kok ketika dihubungi.

“Dia kata dia mahu berjabat tangan dengan saya. Saya hulurkan tangan dan bersalaman dengannya. Kemudian baru saya sedar dia memegang telur di tangannya.

“Telur itu pecah, mengotori tangan saya dan terkena sedikit di pakaian saya,” katanya kepada Malaysiakini.

Kok bagaimanapun menafikan bahawa beliau ditampar dalam kejadian itu, seperti dilaporkan Utusan Malaysia malam tadi.

Utusan sekitar tengah malam tadi mengirim SMS yang menyebut: “Ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas berceramah di Taman Cermai, Permatang Pauh 11.30 malam tadi.”

Akhbar milik Umno itu kemudiannya menerbitkan pembetulan bahawa Kok hanya diberi telur tembelang, yang pecah ketika bersalaman.

Kok berkata lelaki tersebut cuba beredar selepas telur tersebut pecah, tetapi dihalang oleh hadirin lain di majlis tersebut.

Sementara itu, MP Bukit Mertajam Steven Sim yang mengiringi Kok ke majlis berkenaan berkata lelaki itu kemudiannya dibawa dari kawasan berkenaan oleh anggota polis. – Malaysiakini.com

TERKINI !!! TERESSA KOCK DI TAMPAR PENDUDUK PEMATANG PAUH SEBENTAR TADI ??!!!



Di khabarkan Ahli Parlimen Seputeh ditampar oleh seorang penduduk awam pada jam 11.30 malam td di Taman Permai, Permatang Pauh ketika sedang memberikan ucapan.

Lelaki yang boleh di angkat sebagai pejuang itu dikatakan di tahan bagi membantu siasatan !!! 


ALLAHUAKBAR !!!!!! TAHNIAH BRO !!! INI PENGAJARAN KEPADA MANUSIA KURANG AJAR !!!!!!

Maaf(KEMASKINI) Teresa Kok Bukan Ditampar, Tetapi Dapat Telur Busuk Harap maklum.