Wednesday 3 July 2013

Datum Jelatek Projek Pelacuran VVIP


Bangsa Melayu sedang dizalimi di Selangor namun PAS dan PKR tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka sekadar balaci DAP yang sedang menjual maruah agama bangsa dan Negara.

Selama ini Taman Keramat merupakan kawasan Bandar 100% Melayu. Oleh itu DAP telah menyusun strategi yang amat bangsat untuk mengusir Melayu Bandar secara berperingkat.

Maka perlaksanaan Projek Super Mega Kerajaan Pakatan Haram Selangor yang merupakan strategi ‘mengusir’ Melayu Bandar telah berjalan dengan gagahnya menindas bangsa Melayu yang selama ini dipandang jijik dan hina oleh bangsa Cina kaum pendatang melombong bijih timah yang telah diberikan kewarganrgaraan oleh bangsa Melayu berkonsepkan ketuanan Melayu semasa kemerdekaan.

datum jelatek1

PROJEK DATUM JELATEK di Jalan Jelatek, Taman Keramat yang merupakan projek Mewah dan berprestij menzalimi penduduk asal yang majoritinya warga yang kurang berkemampuan dan berbangsa Melayu.

Ianya merupakan projek pembangunan semula kawasan perumahan kos rendah kepada pembangunan bercampur Projek Mega bernilai RM 1 Bilion yang mengandungi 4 blok 674 unit kondominium mewah.

Pihak PKNS telah merobohkan 4 blok rumah pangsa kos rendah didiami 100% Melayu pada 26 Oktober 2011 yang telah dibina pada tahun 70 an untuk memberi laluan kepada projek Datum Jelatek.
Pampasan ambil balik tanah sebanyak RM 130,000.00 untuk rumah pangsa (2 bilik), RM 166,000.00 (3 bilik) dan RM 155,000.00 untuk rumah kedai (1 bilik) dan RM 197,000.00 ( 2 bilik )Harga yang paling murah RM 700,000.00 seunit untuk unit studio berukuran 538 kp dengan diskaun 7% kepada bumiputra.

Harga termahal RM 11.6 juta 4 bilik Penthouse kondominium dengan keluasan 7,222 kaki persegi.
Dan fakta yang amat mengejutkan juga apabila kita tahu bahawa syarat mereka ini tidak mampu dipenuhi oleh kebanyakkan bangsa Melayu kerana untuk membeli unit termurah RM 700,000.00 seunit, bayaran pendahuluan RM 100 ribu, ansuran bulanan bank RM 4 ribu – RM 5 ribu sebulan (tempoh 20 tahun) dan memerlukan gaji RM 20,000.00 sebulan.


Kuota 70% Melayu di kawasan tersebut juga telah dibatalkan dan digantikan dengan 50% Melayu dan 50% bukan Melayu.Ejen pemasaran – syarikat Singapura ERA Realty Network Pte. Ltd. Dipasarkan di Singapura pada 2 hingga 4 November 2012 di International Property Expo 2012, MARINA BAY SANDS CONVENTION CENTRE.

Datum Jelatek ini telah dipromosikan sebagai CHINESE MAINSTREAM DISTRICT. Dalam prospektus pasaran ada disebut seperti berikut :-

“Datum Jelatek is developed by WIRAMAS HARTANAH (M) Sdn Bhd. This project is the largest we have in Malaysia so far, we are aiming for those Chinese who is willing to invest properties in Malaysia or those who meet certain criteria” Malaysia My Second Home Programme to live in Malaysia, that is why we define it as CHINESE MAINSTREAM DISTRICT in the City Centre”, dengan izin.
PENGURUS BESAR PKNS dengan bangga mengumumkan bahawa 2 blok A dan C telah dijual kepada pelabur dari negara CHINA, sementara dua blok lagi B dan C ditawarkan kepada pelabur-pelabur dari Singapura dan Indonesia.20.

BARISAN BERTINDAK DATUM JELATEK yang mewakili peduduk-penduduk rumah pangsa Jalan Jelatek bersama 81 Badan NGO telah menghantar memorandum kepada YAB Menteri Besar Selangor dan merayu kepada Kerajaan negeri membatalkan projek DATUK JELATEK dan digantikan dengan Pembangunan Mampu Milik serta Mengekalkan Taman Keramat kawasan Melayu 100%.

Bangsa Melayu harus bangkit bersatu untuk memastikan agenda jahat DAP yang bakal mengusir Melayu secara berperingkat sehingga kita merempat di Negara sendiri ini dapat kita benteras. Ingatlah maruah agama bangsa dan agama terletak ditangan kita sendiri. Jangan sesekali bersekongkol dengan bangsa pengkhianat yang menghancurkan Melayu ini.

1 comment:

  1. Di Penang kalau Melayu ada duit banyak pun tak boleh beli condo mewah dari pemilik cina kerana mereka hanya akan menjual hanya kepada orang cina sahaja.Saya harap kerajaan dapat menjadikan orang cina "True Malaysian" bukannya Cinasia yang hanya memperlemahkan kekuasaan Melayu.

    ReplyDelete