Tuesday 2 July 2013

BN Senaraikan 3 Calun PRK Kuala Besut


GENTING HIGHLANDS – BN akan mengemukakan tiga nama untuk dipilih sebagai calon bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dun Kuala Besut.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketiga-tiga mereka merupakan orang tempatan dan mempunyai latar belakang berkelayakan tinggi serta berhemah.

“Kita ada ramai tokoh, tetapi saya dikemukakan dengan tiga nama, walaupun Pengerusi BN yang juga Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berada di luar negara, kita akan kemukakan nama-nama ini kepada beliau dan akan putuskan seberapa cepat yang mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-20 di Institut Aminuddin Baki (IAB) di sini hari ini.

Muhyiddin yang juga pengarah pilihan raya kecil BN bagi Dun Kuala Besut berkata BN telah membuat persiapan rapi dan berharap menerusi kempen yang akan diadakan nanti, keputusannya akan lebih baik dan majoriti undi meningkat daripada diperoleh pada PRU13, 5 Mei lalu.

“Kita baru mesyuarat tadi di mana wakil bahagian dan setiausaha bahagian bagi taklimat, Menteri Besar (Terengganu Datuk Seri Ahmad Said) pun hadir untuk memberi input tentang apa yang boleh kita lakukan.

“Begitu juga dengan pembahagian tugas-tugas, bahagian pun usulkan kalau negeri-negeri lain hendak membantu, bahagian akan tetapkan setiap peti undi ada dua buah negeri, tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata sekiranya pilihan raya kecil diadakan pada bulan Ramadan, mungkin gerakan kempen akan diadakan dengan pendekatan berbeza daripada biasa.

“Strategi kita adalah untuk menang kawasan itu yang juga merupakan kubu kuat BN, tidak ada soal wujudnya kerajaan campuran, tidak payah andaikan (akan berlaku),” katanya.

Mengenai kenyataan DAP berkaitan tindakan memboikot pilihan raya kecil tersebut berikutan isu dakwat kekal, Muhyiddin berkata,: “Saya andaikan bagus juga kalau dia boikot, kita hadapi itu sebagai kenyataan, tidak ada masalah kerana sistem demokrasi negara kita mengizinkan, kalau ada pencabar, kita akan tentang.”

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pada majlis di Kulaijaya, Johor baru-baru ini mencadangkan agar Pas memboikot pilihan raya kecil Dun Kuala Besut, bagaimanapun Pas Terengganu sudah membuat keputusan muktamad untuk bertanding dan tidak akan memberi kemenangan mudah kepada BN.

Pilihan raya kecil Dun Kuala Besut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari mulai 26 Jun lalu berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr A Rahman Mokhtar pada Rabu lepas.

Pada PRU13, Allahyarham mempertahankan kerusi Dun Kuala Besut untuk BN dengan mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi menentukan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi itu.

Dun Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar. – BERNAMA


Baca Artikel Menarik dibawah:

Panas!!Anak Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Tak Tutup Aurat!!

Pelacur Turki Biayai Anuwar Dalam Gerakan Blackout 505

Pelacur Mabuk Berbogel Di Jonker Walk,Melaka

Adun Terengganu, Dr A Rahman Mokhtar Meninggal Dunia

Zubir Embong Dilantik Speaker DUN Terengganu,..Raja Bahrain Sakit Pale!!?

Pelacur Harus Disekolahkan!?

Pelacur VIP Sokong PembangkangPanas!!!

Lawyer Jadi Bisu Lepas Kena Urut

Nafsu Cina Tidak Boleh Dibendung Lagi

Sirul Azhar Dibenarkan Masukkan Alasan Rayuan Tambahan Kes Bunuh Altantuya

Anak Cina Main Api,..Melayu Yang Terbakar!!

Red Bean Army- Bukan Sahaja Di Alam Maya

Ini Kalilah...Demi Maruah Dari Terus Di Perkosa Taukeh Babi

Hangat!!Tentera Wanita Israel Yang Berbogel Nak Sertai Blackout 505?

Panas!!Pak Menteri Jangan Bela Pelacur Cina!!?

Mati Dalam Lokap: Kadang – kala Memang ADIL,Polis Lebih Baik Daripada Iblis

Panas!!!Gadis Melayu Melacur Kerana Taukeh Babi

No comments:

Post a Comment