PUTRAJAYA 10 Jun - Koperal Sirul Azhar Umar dibenar memasukkan dua alasan rayuan tambahan dalam rekod rayuan sebelum Mahkamah Rayuan mendengar prosiding rayuan atas sabitan dan hukuman mati kerana membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 24 Jun ini.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan permohonan tersebut mengarahkan alasan rayuan itu difailkan dalam tempoh 10 hari dari hari ini.
Sehubungan itu, rayuan Sirul Azhar, 38, dan Cif Inspektor Azilah Hadri, 34, yang sepatutnya ditetapkan selama tiga hari hingga Rabu ini ditangguhkan. Rayuan akan didengar pada 24, 25 dan 26 Jun ini.
Sebelum itu, peguam utama yang mewakili Sirul Azhar, Kamarul Hisham Kamaruddin ketika mengemukakan permohonan memasukkan alasan rayuan tambahan melebihi tempoh masa memberitahu, alasan tersebut penting bagi menyokong rayuannya kelak.
Ujar peguam bela, alasan itu menjadi sandaran bagi pembelaan mendapatkan perisytiharan bahawa perbicaraan terhadap Sirul Azhar merupakan perbicaraan yang salah manakala sabitan dan hukuman terhadapnya wajar diketepikan.
Menurutnya, alasan itu menyatakan anak guamnya telah menerima publisiti negatif, tidak tepat dan mengelirukan yang mungkin mengakibatkan hakim bicara tidak berlaku adil kepadanya sehingga dia tidak mendapat perbicaraan yang saksama.
Afidavit yang diikrarkan bagi menyokong permohonan itu menyatakan, selepas pihak pendakwaan menutup kes pada 23 Jun 2008, saksi pendakwa pertama (SP1), P. Balasubramaniam yang juga seorang penyiasat persendirian telah membuat akuan bersumpah dan dimuat naik dalam pelbagai laman sesawang.
Akuan bersumpah itu mengandungi perkara-perkara yang tidak terkandung dalam keterangannya di mahkamah ketika perbicaraan berlangsung dan hal ini telah memprejudiskan Sirul Azhar.
Afidavit tersebut juga menyatakan, penulis blog, Raja Petra Kamarudin turut memuat naik akuan bersumpah beliau ke laman sesawang dengan mendakwa tiga lagi pihak turut hadir ketika pembunuhan Altantuya.
Menurut afidavit itu, Raja Petra selanjutnya memuat naik satu salinan dokumen pada 5 Mac 2009 yang didakwa sebagai percakapan beramaran Sirul Azhar yang kandungannya menyatakan kononnya anggota polis itu mengaku membunuh mangsa.
Ujar Kamarul Hisham, bahan-bahan di internet itu telah menyebabkan prejudis terhadap anak guamnya kerana perkara itu barangkali telah diakses oleh hakim bicara yang mungkin telah dipengaruhi dan menjadikan keputusan pada 9 April 2009 tidak selamat.
Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin dalam keputusannya mendapati Azilah dan Sirul Azhar bersalah setelah berpuas hati bahawa pembelaan mereka merupakan penafian semata-mata dan tidak boleh dipercayai serta bertujuan menyalahkan antara satu sama lain.
Kedua-duanya didapati bersalah membunuh wanita kelahiran Ulan Bator berusia 28 tahun itu di antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 di antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Klang.
Peguam bela selanjutnya menyatakan, hakim bicara turut mendengar permohonan peguam Karpal Singh untuk memanggil beberapa saksi termasuk Perdana Menteri dan Balasubramaniam memberi keterangan berdasarkan akuan bersumpah tersebut.
Ujar beliau, hakim bicara sudah melihat secara khusus bahan-bahan bukti ketika permohonan itu dikemukakan pada 23 Julai 2008 dan memutuskan untuk menolaknya pada hari yang sama.
Sehubungan itu, peguam bela menyatakan, nota prosiding berhubung permohonan tersebut perlu diperoleh daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk melengkapkan rekod rayuan.
Sementara itu, Datuk Hazman Ahmad yang mewakili Azilah memaklumkan, pihaknya tiada bantahan terhadap penangguhan yang dimohon oleh Kamarul Hisham. Azilah tidak dinamakan dalam permohonan hari ini.
Dalam pada itu, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memaklumkan, pihaknya juga tiada bantahan terhadap permohonan dan penangguhan kerana perkara yang terkandung dalam permohonan itu pernah dibangkitkan ketika perbicaraan berlangsung.
Bagaimanapun, beliau yang juga Timbalan Peguam Cara Negara 11 berkata, pihak pendakwaan dukacita kerana alasan tersebut tidak dimasukkan terlebih dahulu ketika memfailkan petisyen rayuan yang awal.-Utusan
Baca Artikel Menarik dibawah:
Anak Cina Main Api,..Melayu Yang Terbakar!!
Red Bean Army- Bukan Sahaja Di Alam Maya
Ini Kalilah...Demi Maruah Dari Terus Di Perkosa Taukeh Babi
Hangat!!Tentera Wanita Israel Yang Berbogel Nak Sertai Blackout 505?
Panas!!Pak Menteri Jangan Bela Pelacur Cina!!?
Mati Dalam Lokap: Kadang – kala Memang ADIL,Polis Lebih Baik Daripada Iblis
Panas!!!Gadis Melayu Melacur Kerana Taukeh Babi
Suara Rakyat: Jangan Terpedaya Dengan Staf Sementara SPR!!
Perlu Baca!! Pelacur Singapore Di Liwat Babi Hitam
GEMPAR!!DUA AHLI PARLIMEN DAN DUA ADUN PAKATAN AKAN LOMPAT PARTI
Gempar!!Blackout 505- Puntianak Merayau Cari Anuwar
Amoi Main Wayang,Najib Jangan Tertipu!
Wajib Baca!! Presiden Melayu Pertama Singapura Tinggal Kenangan
Cina Malaysia cuba berpolitik cara "Cina China" atau "Cina Singapore" ?!!
Gempar!!!Berkat Pemerintahan Tok Guru,Seorang Pelajar Tingkatan 5 Dirogol Bergilir-gilir
Gempar!!!Gambar Kera Yang Bernama Azran-Melayu Lupa Diri Dan Liberalisme!!?
Gempar!!Kartunis Zunar Dicabul Beruk??
Penjual Aiskrim Yang Diliwat Diminta Berhijrah
Zetto Standley Tabik Spring Untuk Zahid Hamidi
UMNO Di Bogel Dan Dilacurkan !! 3 Naib Presiden Sibuk Jadi Menteri ?!!
Adam Adli Anak Setan Ditangkap Ketika Sedang Menghasut Ditepi Longkang
Kabinet Gabungan Terbaik DS Najib
Nik Aziz Bukan Pemegang Kunci Syurga,Bila Mati Melayu Akan Bersatu
No comments:
Post a Comment