Monday 14 January 2013

Isu Kalimah Allah:-Haji Hadi Mungkin Letak Jawatan Presiden PAS Kerana Tidak Sependapat Dengan Dewan Ulama PAS

















Dewan Ulama PAS Tetap Tidak Setuju Bukan Islam Guna Kalimah Allah.



"Bukan Islam tak boleh guna (kalimah Allah) sebab mereka tak percaya kepada Allah. Perkataan 'God' dalam Bible bermaksud Tuhan. Kalau mereka kata mereka juga percaya kepada kewujudan Allah, maka dengan sendirinya mereka tak boleh menggunakan Bible, kena guna al-Quran.


"Kalau mereka percaya kepada kewujudan Allah, maka berimanlah kepada Allah. Mengapa masih menganut Kristian,"

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tegas dengan pendiriannya sebelum ini bahawa penggunaan kalimah Allah khusus untuk orang Islam dan penganut agama lain tidak berhak untuk menggunakannya.


Selain itu menurut Datuk Harun Taib,  penggunaan kalimah Allah dalam Bible dikuatiri akan merosakkan akidah generasi akan datang.

"Sekarang mungkin tak timbul masalah, tapi masa depan macam mana? Kalau Kristian pun pakai kalimah Allah iaitu nama tuhan orang Islam...ia akan menimbulkan kecelaruan. Ini sangat bahaya," tegasnya.





***JOM UMAT ISLAM..KITA RAMAI2 TOLAK PAS dan PKR dan SEMESTINYA DAP (parti babi hutan) PRU 13 nanti.... !!!!!

No comments:

Post a Comment