Thursday 10 January 2013

Kalimah “Allah”: PAS Tolak Ulama Mereka Demi DAP!!!!

Ternyata PAS lebih meletakkan kepentingan politik yang sanggup bersekongkol dengan DAP yang terang-terangan menentang perjuangan mendaulatkan negara Islam.



Sebagaimana kita maklum, menggunakan kalimah “Allah” di dalam Bible berbahasa Melayu hanya dibenarkan oleh Kerajaan BN untuk digunapakai di negeri Sabah dan Sarawak sahaja memandangkan kedua negeri itu mempunyai penganut Kristian yang agak ramai berbanding di Semenanjung.

Pun begitu, “Khalifah” Guan Eng cuba mencabar dasar Kerajaan BN itu apabila menggesa agar hak penggunaan kalimah “Allah” yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak itu turut dilaksanakan di Semenanjung Malaysia sedangkan umat Islam lebih ramai di sini.

Selain itu, ketetapan di dalam perlembagaan negara memberikan hak eksklusif dan keistimewaan terhadap kepentingan Islam yang tidak boleh dicabar telah menetapkan bahawa kalimah “Allah” tidak dibenarkan digunakan di dalam Bible di Semenanjung.

Apa yang saya hairankan ialah pendirian PAS yang bersetuju dengan gesaan Guan Eng itu dan merelakan kalimah “Allah” tercemar hak eksklusifnya.

Lebih memeranjatkan saya, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz dan seluruh golongan ulama di dalam parti itu menentang penggunaan kalimah “Allah” di dalam Bible bahasa Melayu di Semenanjung sebagaimana yang dikehendaki oleh Guan Eng.

Jadi, mengapa tiba-tiba saja PAS dan Abdul Hadi berpihak kepada Guan Eng dengan tidak mempedulikan fatwa dari Dewan Ulama serta Timbalan Mursyidul Am PAS itu?

Apakah suara golongan ulama di dalam PAS dan Timbalan Mursyidul Am PAS itu tidak laku lagi setelah parti itu bersahabat dengan “syaitan” yang bernama DAP dan PKR?

Apakah kerana demi “tahaluf siyasi” dengan DAP maka PAS sanggup mengenepikan soal Islam dan kepentingannya?
Misalnya, Timbalan Presiden PAS yang begitu sinonim dengan fahaman Syi’ah, Mat Sabu, menegaskan berkali-kali bahawa…

“PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan” – Mat Sabu.

Sedangkan Ustaz Harun Taib dan Datuk Dr. Harun Din pula senada menegaskan bahawa…

“Kristian tidak berhak mengguna pakai kalimah Allah di dalam Bible versi Bahasa Melayu di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan kepercayaan mereka” – Ustaz Harun Taib dan Ustaz Harun Din
Begitu bongkak sekali PAS sejak “tidur sekatil” dengan DAP dan PKR. Suara dan fatwa golongan ulama di dalam parti itu langsung tidak lagi dihiraukan apatah lagi untuk dibawa ke dalam majlis syura untuk di ijtihad sesama mereka.

Pun begitu saya yakin bahawa sekiranya dibawa ke dalam majlis syura pun, Presiden dan Mursyidul Am PAS pasti menggunakan kuasa veto mereka untuk bersetuju dengan DAP atas dasar “tahaluf siyasi” mereka yang merugikan Islam dan kepentingannya.

PAS benar-benar berjaya “diubah” oleh DAP untuk menjadi parti sosialis liberal yang jauh lebih sekular berbanding Turki yang disekularkan oleh rakan Anwar, Erdogan. Masih lagikah rakyat mahu terus menyokong mereka?

PAS boleh menipu para penyokongnya yang tolol mengikut telunjuk mereka. Namun sangat mustahil bagi mereka untuk menipu rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, yang begitu jelas melihat PAS terpesong dari landasan Islam sebenar.

Adakah versi Bible Berbahasa Melayu untuk dibaca oleh bangsa selain dari Bangsa Melayu????Apakah Niat sebenar DAP???tepuk dada lihatlah siapa mereka2 itu.!!Jangan kerana terlampau ingin ke Putrajaya..Islam kamu hancurkan wahai pencacai PAS!!!

No comments:

Post a Comment