Sunday 27 January 2013

Ustaz Nasharuddin Mat Isa Di Pecat Kerana Ke Gaza Bersama PM!












Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Rakyat.

Sudah sampai masanya penyokong PAS memikirkan sama ada terus bersama PAS atau keluar dari PAS kerana telah nyata dan jelas..bahawa PAS sekarang telah dinodai oleh puak2 Anwarinaz serta komunis DAP.

Majlis Syura Ulama PAS telah dikuasai oleh puak2 yang mengejar Putrajaya melebihi perjuangan Islam seperti yang dilaungkan selama ini.

Mungkin Ustaz Nasharuddin telah jemu bersama dengan PAS yang telah banyak terpesong dari asas perjuangan PAS sendiri malah banyak lari dari ajaran Islam sebenar.

Ketika Isu kalimah Allah masih belum dapat persefahaman dalam Pakatan Rakyat,PAS sekali lagi telah menunjukkan KEBACULANnya pada DAP dan PKR dengan meng"Kambing Hitam" Ustaz Nasharuddin.

DAP dan PKR telah "memperkuda"kan Majlis Syura Ulama PAS dengan rakusnya sehingga terkulai melutut di kaki Karpal Singh dan Anuar Al Juburi.

Setelah PAS di"anjing"kan oleh DAP dan PKR...maka bersahut-sahutanlah pemimpin2 serta ahli2 PAS bertakbir!!!Allah Hu Akhbar!! Allah Hu Akhbar!! Allah Hu Akhbar!! tandanya setuju di"Perbodoh"kan Kapir DAP Laknatullah!

Apa lagi yang ada pada PAS???

Murtadkah Ustaz Nasharuddin ke Gaza bersama PM???
Kufurkah Ustaz Nasharuddin kerana mempertahankan Kalimah Allah???









Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja.

Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.

No comments:

Post a Comment