Wednesday 23 January 2013

PAS AKAN PECAT USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA!!!



"PAS Pusat menerusi Majlis Syura telah memutuskan memecat keahlian PAS Nasharudin Mat Isa berkuatkuasa serta merta."


Adakah ini yang bakal dibacakan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dalam masa terdekat ini? 


PAS kini benar-benar tersepit dan tidak dapat membersihkan imejnya yang kian kotor dan merosot di mata rakyat akibat dilabel sebagai keldai tunggangan DAP dan tukang angguk PKR dalam banyak isu yang menyentuh sensetifiti umat Islam terutamanya isu Kalimah Allah,Negara Islam dan Hukum Hudud.

Perkembangan terbaru tentang Ustaz Nasharuddin akan membuatkan Tok Guru dan Tok Lebai dalam PAS sakit hati kerana Ahli Parlimen Bachok itu kelihatan bersama Perdana Menteri di Gaza semalam.


PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza.

Dulu Ustaz Nasharuddin hampir sahaja dipecat gara-gara mengiringi PM kita ke Mekah.

Kali ini pula, apakah yang akan berlaku selepas Ustaz Nasha pulang ke Malaysia ???


Mungkin Presiden PAS akan memecatnya serta merta kerana desakan puak2 anwarinaz dalam PAS serta puak2 pencacai DAP.

Ustaz Nasharuddin mungkin juga telah berpatah arang dengan PAS yang tidak lagi memperjuangkan Islam dan hanya menjadi balaci kepada Aljuburi dan pemimpin2 DAP.

Kita tunggu sahaja kisah selanjutnya apabila Ustaz Nasharuddin kembali ke tanah air bersama rombongan PM.

***Pope Nike Aziz mungkin telah sedia bermacam2 alasan untuk memecat Ustaz Nasharuddin.


No comments:

Post a Comment