Monday 14 January 2013

Muslihat Anwar Gagal Lagi!!!





Muslihat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan himpunan pembangkang HKR112 bagi mendapatkan pengiktirafan menjadi Perdana Menteri daripada para penyokong pakatan itu telah gagal.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, kegagalan tersebut jelas kerana kehadiran Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dalam perhimpunan berkenaan tidak mendapat sambutan daripada para penyokong pembangkang.

“Jumlah kehadiran 40,000 orang semalam adalah terlalu kecil. Hanya empat peratus daripada sasaran awal mereka iaitu satu juta orang," katanya kepada Utusan Malaysia.

Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang di Stadium Merdeka itu sekadar menyaksikan kehadiran kira-kira 45,000 peserta dan dilaporkan ramai yang pulang sejurus Anwar memulakan ucapannya.
Jelas Anuar Shaari, tindakan ahli-ahli Pas keluar dari stadium ketika Anwar berucap menunjukkan protes senyap mereka yang mahukan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri.

Kata beliau, hakikatnya, ramai ahli Pas percaya tentang dakwaan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997.

“Himpunan pembangkang juga gagal daripada segi politik kerana masih ramai yang mahu mendengar keterangan isteri Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin sebagai saksi utama di mahkamah tentang perhubungan sulit antara mereka berdua (Anwar dan Shamsidar)," ujarnya.


Ketika Perhimpunan Haram HKR yang mahu menyokong ZINA antara Anwar - Shamsidar telah GAGAL mencapai 'target' 1 juta orang , pada hari yang sama program bersama YAB PM Datuk Sri Najib di Semeneyih pula dibanjiri puluhan ribu penduduk.

Yang menambahkan pening Anwar ialah kebanjiran penuh sesak warga kaum India yang sudah TAK percaya lagi dengan Auta Sivaji Anwar The Boss....


-Patutlah aku tak nampak kaum India didalam perhimpunan beruk2 tu...rupanya mereka pergi berhimpun dengan PM...baguslah gitu paling tidak kaum India ni boleh bandingkan apa yang PM nak buat dengan apa Nuar Brahim nak bohong !!!..hehe

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete