APABILA DAP bertekak menegaskan bahawa Malaysia adalah Negara Sekular, agenda sebenar mereka terserlah iaitu menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam perlembagaan. Ini bermakna, keutamaan yang diberikan kepada agama Islam dari segi dakwah, penyebaran serta infrastruktur dan pembangunan akan turut terhapus.DAP yang semua orang tahu sebuat parti yang rasis,chauvanist dan ultra kiasu adalah produk daripada parti PAP. Sebuah parti yang ditubuhkan oleh Lim Kuan Yew. Didalam politik Malaysia kita gagal untuk melihat siapakah sebenarnya DAP yang dipimpin oleh dinasti Lim anak beranak.
Ramai yang hanya mengenali DAP sebagai sebuah parti yang pro kepada bangsa cina,tetapi sebenarnya ramai yang gagal untuk melihat DAP adalah satu gerakan kristian ekstremis yang boleh disamakan dengan Taliban di Afganistan.
Agenda Kristian DAP, seperti yang telah terdedah, berpusat di Subang Jaya. Kumpulan pendakwah atau penipu ini beroperasi dengan cara menghulurkan bantuan sebelum mengumpan sasaran mereka untuk ke gereja. Antara yang telah menjadi mangsa dimurtadkan, mendedahkan bagaimana mereka dipegang sehingga merasa terhutang budi dan wajib membayar budi para pendakwah itu dengan memeluk Kristian.
Kelicikan DAP dalam memainkan sentimen perkauman dan rasis semata mata untuk menutup gerakan ekstremis Kristian yang begitu kuat didalam parti ini. Lim Kit Siang Guan Eng(Father Joseph) anak beranak, Karpal anak beranak.Ngeh dan Nga(Pastor), Jeff Oii,Teresa Kok,Anthony Loke,Tony Pua dan ramai lagi.
Pemimpin DAP, antaranya, Hannah Yeoh didedahkan telah menyumbang dana dari DUNnya kepada beberapa pertubuhan Kristian antaranya RM3,000 Kingdom Christian Fellowship Bhd pada 13 Oct 2011, RM2,500 Subang Jaya Assembly of God pada 12 May 2011, RM5,000 Evangelical Free Church Gospel Centre pada 17 Jan 2012 dan RM5,000 – Pusat Subang Jaya Pastors Fellowship pada 2010.
Teresa, Tony, Hannah, David, Nie Ching dan James adalah orang kuat Kristian DAP
Apabila kes murtad pertama kali menjadi heboh, Datuk Dr. Hasan Ali dan Nasharuddin Mat Isa antara yang paling lantang menyuarakan kebimbangan dengan kegiatan gereja di Subang Jaya. Pemimpin-pemimpin DAP termasuk di peringkat atasan pantas turun membela dan memberi sokongan kepada gereja hampir dalam kadar segera.
Tidak lama kemudian, kita menyaksikan bagaimana Hasan Ali dipecat dari PAS dan bintang Nasharuddin juga merudum.
Gerakan kristian ekstremis didalam DAP sudah lama bertapak semenjak tertubuhnya DAP.Namun gerakan ini nampak makin ketara dan lebih vokal selepas PRU12 dan makin agresif ketika kempen di Sibu. Gerakan misionari DAP turut menghasut Kristian Katolik dan DAP turut menghasut Father dan Bishop mazhab Anglican, SIB, Methodist, SDA dan asakan ini berlaku cukup hebat semasa Pilihanraya negeri Sarawak.
Cara mereka berkempen sebelum ini amat berlainan,namun sekarang ini gerakan misionari didalam DAP lebih mirip kepada PAS yang mengeksplotasi Islam sebagai alat untuk meraih sokongan.Begitulah DAP mengunakan Al-Kitab dan Kristus sebagai alat untuk meraih sokongan. Misonari Kristian DAP mengimpikan Sabah dan Sarawak sebagai serambi Kristian seperti mana PAS mengelar Kelantan sebagai serambi Mekah.
Kita dapat melihat bagaimana gerakan misionari menjalankan peranan atas percaturan oleh DAP untuk memainkan sentimen kebencian agama semasa pilihanraya negeri Sarawak.DAP menghantar lebih 30 mubaligh kristian dari Pulau Pinang ke Sarawak untuk menghasut mengenai isu Al-kitab sedangkan ketika itu kerajaan pusat sudah pun menyelesaikan polimik Al-kitab
Anwar Ibrahim membawa pluralisme dan liberalisme didalam perjuangannya.Bagai dipucuk ulam mendatang,kesemua ini amat selari dengan kehendak eletis DAP yang menjadikan agama sebagai alat politik.Manakala PAS pula sudah terbuka dan liberal apabila turut membuka keahliannya kepada bukan Islam(Pas For All). 2 entititi politik melayu dan Islam menjadi pemudah cara buat DAP untuk meneruskan agenda mereka.
Ceramah DAP banyak mengunakan petikan dari kitab Bible sama seperti yang diucapkan didalam khutbah didalam gereja ,kata kata seperti 'menukarkan dari air biasa menjadi arak wine','tangan yang mengundi adalah tangan tuhan yang membawa kita ke Putrajaya". Kesemua ini persis dakwah mengunakan agama sebagai alat politik sepertimana yang dilakukan oleh PAS yang menjanjikan syurga dan pahala kepada pengikut pengikutnya.
Inilah realiti bagaimana DAP berjaya berdakwah keatas PAS. PAS sebenarnya lebih kepada syok sendiri perasaan
perasan ,sama ada sedar atau tidak sebenarnya mereka dipergunakan oleh DAP untuk menjayakan agenda kristus mereka.
Atas bantuan PAS inilah maka agenda Kristianisasi DAP nampaknya hampir berjaya.
No comments:
Post a Comment