Sunday 27 January 2013

PAS letak calon bukan Islam dalam pru-13


































KUALA TERENGGANU, 26 Jan — PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada pilihanraya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata calon bukan Islam akan dipilih dalam kalangan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang juga merupakan sayap parti itu.

DHPP didakwa mempunyai keahlian seramai 35,000 orang di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Tuan Ibrahim berkata Majlis Syura telah membenarkan bukan Islam bertanding atas tiket parti itu.

“Ini kali pertama dalam sejarah kita calonkan DHPP. Kerusi itu (yang mereka tandingi) memang kerusi PAS maka mereka akan bertanding atas lambang parti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Markas PAS Kuala Ibai, di sini semalam.

Dalam PRU-12 pada 2008, PAS Johor meletakkan calon wanita bukan Islam, Kumutha Raman, pemegang ijazah undang-undang dari Britain, bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). — Bernama

Bagaimana pula dengan fatwa "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.











Agak-agaknya siapakah yang akan diundi oleh pencacai PAS??
Adakah Karpal dan Anuar yang melacurkan Kalimah Allah pada kapir DAP...atau undi Ustaz Nasharuddin yang mempertahankan Kalimah Allah??

Fikir2lah wahai pengikut PAS!

1 comment:

  1. Salam mohon dipautkan blog saya Uruk dihalaman blog saudara mediauruk.blogspot.com terima kasih

    ReplyDelete