Sunday 17 February 2013

Angkara Nik Aziz,Mengalir Airmata Darah Pun Tak Guna!


Apakah pengikut-pengikut PAS yang selama ini begitu taksub dengan penentangan terhadap UMNO yang dikatakan kafir dengan menyokong parti MCA dan MIC di lencongkan pula pemikiran mereka kepada sokongan penuh keatas DAP yang sebelum dan sehingga kini terang-terangan untuk menentang Islam dan orang Melayu.

Pengikut PAS telah dikelirukan oleh pemimpin mereka yang telah memesongkan agenda parti PAS iaitu menegakkan agama Islam di Malaysia.

"Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

DAP hanya inginkan kuasa untuk memerintah dengan menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan atau jambatan demi melaksanakan cita-cita politik mereka, PAS telah di gula-gulakan oleh segelintir pemimpin DAP yang sanggup membaca ayat suci Al-quran dan mereka telah di beri pujian oleh pemimpin yang di anggap ulamak atau Tuan Guru dalam PAS.


Adalah amat memilukan lagi, apabila PAS mengatakan mereka telah berjaya mengislamkan DAP, sedangkan kenyataan Karpal Singh apabila di tanya tentang pendapat beliau dalam usaha PAS untuk menubuhkan sebuah Negara Islam di Malaysia. “ over my death body” itu kenyataan Karpal yang jelas menunjukkan beliau adalah anti Islam dan tidak akan membiarkan Islam bertapak di Negara ini.

 

PAS sanggup menjual maruah Islam dan bangsa Melayu dengan menuruti segala perintah DAP sehinggakan Kalimah Allah pun mereka sanggup gadaikan demi mendapat pertolongan dari DAP, Islam PAS hanyalah dimulut sahaja sedangkan dihati pemimpin mereka hanya ada PUTRAJAYA umpama kiblat mengantikan Kaabah.



Apakah kepincangan setelah PAS bersekongkol dengan DAP tidak dilihat oleh pengikut-pengikut PAS? Adakah mereka ini tuli atau buta? Adakah mereka tidak mempunyai perasaan atau semangat sebagai orang Melayu Islam di bumi bertuah ini?

Suatu masa nanti Melayu Islam,meratap menangis hingga keluar airmata darah pun tak bisa untuk dapat kembali apa yang ada sekarang.



No comments:

Post a Comment