Thursday, 14 February 2013

X Fail:Gadis Remaja Ketagih Air Kolah Masjid Rusila.




ADA orang tanya, siapa yang bina sebuah teko cantik di perkampungan Kerajaan Langit milik Ayah Pin di Besut.

Jawapannya, tanya Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhwan Hashim! Calon PAS yang kalah di DUN Teluk Pasu itu mungkin tahu jawapannya.

Seorang lagi pemimpin muda PAS, Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga Ketua Pemuda PAS Terengganu ada cerita tentang kegilaan penyokong PAS yang suka minum air kolah Masjid Rusila di DUN Rhu Rendang, Marang.

Sejak lebih 30 tahun lalu, air kolah Masjid Rusila ‘milik’ Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atau Ayah Chik dikatakan ‘ada berkat’ yang mampu menjadi penawar.

Sebab itulah, pada setiap kuliah pagi Jumaat di Masjid Rusila, penyokong PAS yang berada jauh membawa botol dan bekas untuk diisi air dari kolah tersebut dan dibawa pulang ke rumah.

Seorang penyokong PAS berusia 73 tahun, yang mahu dikenali sebagai Haji Majid dari Kampung Batangan, Marang menceritakan, perkara itu benar-benar berlaku, bukan cerita rekaan.

Kata Haji Majid, Ayah Chik seorang ustaz atau tok guru yang disegani dan dihormati. Maklumlah, belajar agama tinggi dari Mesir dan banyak ilmu dikongsi dengan masyarakat.

Bekas penyokong tegar Ahli Parlimen Marang itu memberitahu, dia sanggup kayuh basikal setiap minggu untuk bertemu dan menatap muka Haji Hadi. Adakalanya dia tidur di Masjid Rusila dan Qiamullai di masjid itu.




Dipendekkan cerita, satu malam dia ke Masjid Rusila. Perjalanan dari Kampung Batangan dengan menaiki basikal. Peristiwa yang berlaku sekitar pertengahan 80-an.

Tiba di Masjid itu, Haji Majid menuju ke kolah untuk mengambil air sembahyang. Sekitar pukul 3 pagi.

Tiada perkataan lagi yang boleh diberitahu selain terkejut. Atau ‘terkejut beruk’ melihat Haji Hadi sedang mandi di dalam kolah berkenaan. Cukup lama Haji Majid tunggu berhampiran kolah itu, dia adalah Ayah Chik, bukan orang lain.

Bagi orang PAS, ini cerita jenaka, tapi bagi Haji Majid, itu kali terakhir dia menjejak kaki di Masjid Rusila.

Kolah yang digunakan penyokong PAS untuk ambil air sembahyang, digunakan sebagai air solat hajat, untuk minum. Tetapi, digunakan oleh Tok Guru untuk berendam!

Sudah berapa ramai yang tertipu, minum air kaki Haji Hadi? Ustaz Mohd Nor dan Ustaz Ridhwan pasti sudah minum ‘air keramat’ dari kolah atau kolam berkenaan.

Sumber dari Terengganu Today


1 comment:

  1. =========================
    --> Komik Hentai <--

    Yang suka Komik HENTAI.. download aja langsung kesini.. UPDATE HARIAN

    http://small-manga.blogspot.com

    ReplyDelete