Monday, 11 February 2013
Pakatan Pembangkang Akan Membuat Huru Hara Jika Kalah PRU13
ALOR SETAR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yakin 'Arab Spring' boleh berlaku di negara ini sekiranya pihak yang kalah dalam pilihan raya umum akan datang tidak puas hati dengan keputusannya.
"Saya yakin pihak yang kalah akan menggunakan penyokong mereka membuat huru-hara dan rusuhan bagi menjatuhkan kerajaan sebagaimana di Asia Barat.
"Pihak yang bertanding sewajarnya mengawal diri dan bersikap rasional dari sekarang," katanya semasa menjawab soalan hadirin pada taklimat khas kepada anggota Komuniti 1Malaysia di Kompleks Penyiaran Kedah di sini semalam.
Arab Spring ialah gelombang protes dan demonstrasi yang melanda Asia Barat sejak September 2010 yang menyaksikan berlaku perubahan kepimpinan di banyak negara Arab seperti Tunisia, Mesir, Libya dan Yemen.
Menurut Musa, polis sewajarnya bertindak lebih awal mengumpul maklumat bagi menghalang kejadian buruk berlaku.
"Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) lebih bersifat pencegahan dihapuskan. Akta baharu belum tahu lagi keberkesanannya.
"Orang yang didakwa menggalakkan keganasan di negara luar ditangkap, orang yang membuat rusuhan dalam negara tidak pula ditangkap dan didakwa," ujarnya.
Dalam pada itu, Musa menafikan khabar angin mengatakan beliau akan menyertai parti politik tertentu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Artikel Penuh klik Sini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment