Saturday, 9 February 2013

Umno Sentiasa Di Hati Orang Melayu, Islam Dan Akan Releven Selama-Lamanya



Umno masih relevan dan tetap relevan di hati orang Melayu serta Islam. Pelbagai lapisan umur masih mengingati dan sayang pada Umno. Bohong kalau ada pihak tertentu mengatakan Umno sudah hilang dan tidak lagi mendapat tempat di hati rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengiyakan Umno pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak masih relevan dan berada pada landasan yang betul untuk menuju Wawasan 2020.

Akuan daripada mantan perdana menteri ini telah merungsingkan banyak pihak terutama parti pembangkang yang diketuai Anwar Ibrahim. Walaupun banyak isu berkaitan serangan peribadi dilemparkan pembangkang, namun Umno tetap di hati rakyat.

Datuk Seri Najib bersama barisan kepimpinannya telah menjawab dengan penuh yakin menyebabkan rakyat bertambah percaya kepada Umno. Daripada isu NFC sehingga isu peribadi Datuk Seri Najib, semuanya dapat ditangkis dengan baik dan berfakta.

Ini yang membimbangkan pembangkang sehinggakan Anwar terpaksa menggunakan taktik untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Seri Najib di luar negara.

Sebagai contoh, hubungan keruh antara Malaysia dan Indonesia akibat negara itu terpengaruh dengan dakyah Anwar, berjaya ditepis dengan baik oleh barisan kepimpinan Umno.

Kini, walaupun Umno tidak dapat menyakinkan 100 peratus kepercayaan rakyat Indonesia terhadap Malaysia, namun sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat negara itu sudah sedar dengan kebaikan kerajaan BN.

Umum tahu, Anwar dan konco-konconya tidak akan berdiam diri dengan perubahan besar yang dialami Umno. Mereka akan melakukan apa sahaja demi untuk memastikan Umno dan BN jatuh pada pilihan raya umum akan datang ini.

Sebab itu Anwar sibuk berulang alik dari Malaysia ke beberapa negara tertentu. Tujuannya adalah untuk memburuk-burukkan Umno. Tetapi usaha itu tidak akan menemui kejayaan. Allah akan membantu Umno dan BN. Allah mengutuk pelaku maksiat.

No comments:

Post a Comment