Wednesday 13 February 2013

Cerita Panasss!!! Kerana Bergaduh Dengan ADUN PAS Batu Buruk, Penghuni ZBT akan dilelong!!!




ADUN PAS Batu Burok, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi meneruskan tugas ‘rasminya’ sebagai pembohong bersiri dengan membuat fitnah yang dikitar semula mengenai Mini Zoo Bukit Takal di Kemaman.

Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat dilihat tidak mahu mengambil peduli soal dosa menabur fitnah, asalkan penyokong totok parti itu disajikan pelbagai versi berita dan dakwaan liar secara berterusan sehingga PRU ke-13.

Itulah amalan parti PAS!

Permainan jahat Syed Azman dan pemimpin PAS yang lain dilihat begitu terdesak sehingga usaha kerajaan membina zoo pun dijadikan modal politik untuk meraih undi.

Apa sudah jadi dengan Syed Azman? Sampai bila pemimpin PAS itu mahu keras kepala dengan fitnah-fitnah terhadap Kerajaan Terengganu dan UMNO?

Kenapa Syed Azman dan PAS menjadi terlalu jahat? Adakah kerana mereka takut kalah pada PRU ke-13?
Cerita selanjutnya Klik Sini

No comments:

Post a Comment