Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram".
Sabda Rasulullah SAW “Tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, bila berkata ia dusta, bila berjanji mengingkari, dan bila dipercaya ia khianat”. (Muttafaq Alaihi).
Isu Kalimah Allah telah membuktikan kemunafiqan pemimpin PAS seperti Haji Hadi dan Nik Aziz sendiri...sekejap boleh sekejap tidak boleh.
Bila ahli PAS mula mengamuk dan bersuara mengenai isu kalimah Allah ini..barulah PAS nak mula mengelabah nak betulkan keadaan kerana takut kehilangan undi.
Rata-rata masyarakat Islam membantah keras dan tidak bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam, termasuk dalam Bible versi Melayu.
Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan politik.
Mereka mahu kerajaan bertindak tegas dan tidak berkompromi dengan kalangan yang cuba menyalahgunakan kalimah itu termasuk bagi kepentingan politik.
Menurut mereka, ini kerana ia sudah termaktub dalam perlembagaan negara di mana agama Islam adalah agama rasmi persekutuan dan kalimah itu adalah hak eksklusif umat Islam.
Kerajaan tidak harus tunduk kepada tekanan pihak tertentu dalam penggunaan kalimah itu. Kerajaan harus melihat dari sudut jangka panjang jika kalimah itu dipergunakan oleh agama lain, terutama masa depan agama Islam sendiri.
Jika PAS pernah bersumpah untuk memartabatkan Islam dalam negara ini, kita bersumpah Islam tidak akan berjaya dimartabatkan selagi adanya DAP dalam kalangan mereka.
Bukankah Pakatan Rakyat tidak mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam di bawah pentadbiran BN?
Apakah DAP mengiktiraf PAS yang hendak menjadi pemimpin negara Islam yang mengamalkan Hudud dan Kisas?
Sesungguhnya Janji Allah SWT adalah benar, Ini jelas sekali melalui firman Allah: “Allah menjadi (Pemimpin) Pembela dari orang-orang yang bertaqwa.” (Al Jasiyah: 19)
No comments:
Post a Comment