SHAH ALAM: Seramai 1,001 warga emas di Selangor hari ini memfailkan saman terhadap kerajaan negeri dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi menuntut caruman takaful bernilai RM2,500 seorang atau lebih RM2.5 juta yang dijanjikan kerajaan negeri pada 2008.
Writ saman itu difailkan Tetuan Kamarudin & Partners di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.40 pagi.
Mereka menamakan kerajaan negeri Selangor yang dibentuk oleh PKR, DAP dan PAS selepas pilihan raya umum (PRU) 2008 sebagai defendan pertama dan Abdul Khalid sebagai defendan kedua.
Dalam tuntutan saman mereka, plaintif yang diketuai Akhirudin Abd Rashid berkata caruman takaful itu dijanjikan ketiga-tiga parti berkenaan dalam kempen PRU 2008 tetapi sehingga kini mereka masih tidak menerimanya.
Plaintif mendakwa mereka meletakkan harapan yang tinggi terhadap manifesto defendan pertama itu yang dijanjikan kepada warga emas yang menurut tafsiran kerajaan negeri ialah mereka yang berumur 60 tahun ke atas.
Dakwa menyalahguna kuasa

Abdul Khalid pula didakwa sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri telah menyalahgunakan kuasa apabila tidak mengambil sebarang tindakan untuk memastikan kerajaan Selangor membuat caruman takaful kepada plaintif dan perbuatan kedua-dua defendan dianggap mempraktikkan dasar diskriminasi terhadap plaintif.
Sementara itu, peguam Kamarudin Ahmad yang mewakili plaintif berkata mereka merupakan kumpulan warga emas pertama di Selangor yang memfailkan saman itu yang terdiri daripada warga emas dari Shah Alam, Gombak, Tanjung Karang, Ampang, Hulu Langat dan Kuala Selangor.
Pengerusi Persatuan Bertindak Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo berkata bagi peringkat awal pihaknya akan mendaftarkan 50,000 warga emas yang berpendapatan rendah di Selangor untuk mereka memfailkan tuntutan caruman takaful itu di mahkamah.
Katanya terdapat 300,000 warga emas yang berdaftar di Selangor. Sementara itu Akhirudin, 63, memberitahu wartawan bahawa janji caruman
takaful oleh kerajaan negeri itu seperti hendak memperbodohkan golongan itu.
“Jangan janji tinggal janji saja, kami pun bukannya nak menongkat langit.
Mungkin esok, mungkin lusa kami akan mati, tak merasa apa yang dikata, kita ni tertipu sampai mati. Inilah kesannya pembohongan yang PKR buat, kami tergoda sejak dahulu sehingga sekarang,” katanya.
Sumber dari Bernama

"Janji-janji manifesto dari pakatan PKR-DAP-PAS hanya bertujuan untuk menarik dan mempengaruhi pengundi-pengundi memandangkan Pilihanraya Umum ke-13 sudah semakin dekat.
Untuk apa mereka membentangkan manifesto baru pakatan pembangkang sedangkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai antara pemimpin kanan yang turut dipertanggungjawabkan menguruskan negeri Selangor mengatakan bahawa manifesto bukan janji.
Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji. Kalau manifesto bukan janji, jadi nak buat apa buat manifesto? Kini dah buat janji baru," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Ampang.
Salam Tuan Tanah, demi menguatkan lagi perjuangan tolong add kan blog saya kedalam blog Tuan.
ReplyDeletehttp://kembalakenterprise.blogspot.com