Friday 22 March 2013

Berita Terkini Lahad Datu 22 Mac 2013 Op Daulat Sumber: Berita Terkini Lahad Datu 22 Mac 2013


Berita Terkini Lahad Datu pada 22 Mac 2013. Gempar pengganas kini berada di Kampung Kembara Sakti dan telah menawan sebuah rumah di kampung tersebut. Memang sangat mengejutkan kerana Kembara Sakti adalah sebuah kampung Felda yang terletak sangat jauh daripada Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu. Ini menunjukkan bahawa pengganas turut berkeliaran jauh dari kawasan kepungan.

Foto- Mutia Mambalusah bersama anaknya merupakan saksi kejadian yang menceritakan pengalaman jirannya ditawan pengganas Sulu

Empat Pengganas Sulu ikat Suri Rumah di Kampung Kembara Sakti

Petang semalam, kecoh dengan khabar pengganas berada di Kampung Kembara Sakti. Seorang suri rumah ditawan empat pengganas lebih dua jam selepas rumahnya dipecah masuk di Kembara Sakti, FELDA Sahabat 43. Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa yang tinggal bersendirian didatangi empat pengganas terbabit sebelum kedua-dua kaki dan tangan diikat.

Mangsa bagaimanapun berjaya melepaskan diri ketika dua pengganas itu leka mencari makanan, manakala dua lagi bersembunyi atas siling.

Tembak Menembak di Kampung Kembara Sakti

Pada pukul 11 malam semalam di kampung kembara Sakti, telah berlaku tembak menembak antara pihak keselamatan dan 4 pengganas. Ulasan lanjut kejadian akan diumumkan di sidang media pagi ini.

Laporan Sidang Media Isu Kampung Kembara Sakti – Felda Sahabat


Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata memang ada kejadian di kampung itu dan walaupun polis meragui dakwaan itu mereka tetap melakukan siasatan dan sehingga kini tiada petunjuk yang boleh dikaitkan dengan pengganas- katanya pada sidang akhbar di markas operasi di Felda Sahabat 16.

Dalam kejadian itu, seorang suri rumah yang bersendirian dilapor didatangi empat pengganas yang bertindak mengikat kedua-dua kaki dan tangan mangsa. Wanita itu dikatakan berjaya melepaskan diri ketika militan terbabit leka mencari makanan. Sambil menafikan bahawa ada tembakan dilepaskan dalam kejadian itu, Tan berkata khabar angin berkenaan mencetuskan suasana panik dan mendorong penduduk bertindak melarikan diri dan bersembunyi di masjid berdekatan.

Beliau berkata, berikutan itu beberapa anggota keselamatan ditempatkan di kampung berkenaan bagi memastikan penduduk berasa selamat dan selesa untuk meneruskan aktiviti harian masing-masing.


Sumber: Berita Terkini Lahad Datu 22 Mac 2013 Op Daulat | melvister.com 



Baca Artikel Menarik Dibawah:






















No comments:

Post a Comment