Tuesday 19 March 2013

Lahad Datu: Ramai Pengganas Sulu Terbunuh- Abraham Idjirani


MANILA 18 Mac - Kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah mendakwa jumlah anggotanya kini berkurangan kepada 170 berbanding 235 orang ketika mereka mula menceroboh negeri itu pada 9 Februari lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap kepada ketua kumpulan pengganas itu Jamalul Kiram III, Abraham Idjirani, di sini hari ini.

"Saya sempat menghubungi Jamalul Kiram pada pagi semalam, sebelum pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan di kampung Tanjung Batu di Lahad Datu.

"Kawalan dan operasi keselamatan ketat Malaysia menyebabkan ramai anggota kumpulan kami terbunuh," katanya.

Idjirani juga menafikan laporan Malaysia yang mendakwa Azzimudie yang mengetuai pencerobohan itu telah melarikan diri dari Sabah dan pulang ke selatan Filipina.

Sementara itu, pihak berkuasa Filipina sedang meneliti laporan tentang Azzimudie dan beberapa pengikutnya yang dikatakan melarikan diri ke Simunul di Tawi-Tawi.

Polis turut menyoal siasat isteri Azzimudie yang mendakwa dia sudah lama tidak berhubung dengan suaminya sejak dia mula menceroboh Sabah.



Baca Artikel Menarik Dibawah:

























No comments:

Post a Comment