Thursday, 21 March 2013

Isteri VAT69 Akan Balas Dendam




Sejak tersiar berita tentang kematian wira-wira negara kita, saya tidak pernah lepas mengikuti berita di TV. Saya menangis sedih melihat perwira-perwira kita mati di medan perjuangan perang. Rasa sedih ini lahir ibarat kata orang cubit peha kiri, peha kanan terasa, kerana saya juga adalah dari keluarga pasukan keselamatan.Apa yang keluarga mereka rasa hanyalah orang seperti kami keluarga anggota yang tahu perasaan sesama kami. menjadi isteri kepada anggota pasukan keselamatan secara tidak langsung bukan saja suami berkorban kepada negara malah isteri dan anak-anak pun berkorban untuk negara.

Isteri menghadapi tekanan perasaan menghadapi karenah anak-anak sakit demam, persekolahan dan segala masalah yang lain sendirian kerana suami selalu tiada.

Terpanggil rasa ingin meluahkan perasaan ini apabila membaca Utusan Malaysia bertarikh 13 Mac 2013. Apa yang diluahkan isteri polis berkenaan sama seperti isteri anggota lain rasakan.

Dulu VAT69 orang tidak mengenalinya sangat. Setelah peristiwa berdarah Lahad Datu barulah orang tahu VAT69 itu adalah anggota komando polis dan yang terbunuh itu adalah antara sahabat kami semasa di Ulu Kinta dulu.

Suami saya berkhidmat di dalam VAT69 selama 20 tahun lebih dan sekarang setelah usia menghampiri pencen suami bertugas sebagai polis biasa.

Pada awal 80an, semasa saya baru kahwin pasukan VAT69 ini sering masuk hutan kerana komunis begitu banyak di negara kita.


Baca disini



Baca Artikel Menarik Dibawah:














No comments:

Post a Comment