Tuesday 19 March 2013

lahad Datu: Pasukan Keselamatan Akan Terus Kekal Di Lahad Datu

Semporna: Pasukan keselamatan yang ditugaskan dalam Ops Daulat tidak akan diundurkan walaupun keadaan di kawasan operasi sudah pulih dan kembali seperti biasa.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata pihaknya akan menambah lagi aset dan kekuatan sedia ada bagi memastikan keadaan keselamatan di Semporna dan Lahad Datu yang terbabit dalam operasi berkenaan dikukuhkan, terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Langkah itu, katanya, bagi meyakinkan rakyat bahawa tahap keselamatan mereka terus diberi perhatian, meskipun operasi penggeledahan dan pembersihan pengganas di kawasan Ops Daulat sudah selesai. 



"Kita tidak akan mengundurkan pasukan keselamatan dari kawasan ini, malah saya ada rancangan membawa masuk pasukan tertentu dari Kuala Lumpur bagi menambah lagi kekuatan kita.


"Pada masa sama, Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) juga sudah mula digerakkan untuk memperkukuhkan lagi keselamatan di pantai timur Sabah.

"Semua ini adalah untuk menjaga kepentingan rakyat di Sabah," katanya selepas mengunjungi Sitti Bandorah Mahalil, balu Allahyarham Sarjan Aziz Sarikon yang terkorban dalam serangan hendap pengganas di Kampung Simunul pada 2 Mac lalu, di sini, hari ini.


Baca Artikel Menarik Dibawah:


























No comments:

Post a Comment