Beberapa kenderaan anggota keselamatan menuju ke Sungai Nyamuk bagi mencari saki baki pengganas.
Jigga Aktajak
LAHAD DATU - Ketua pengganas, Azzumudie Kiram atau Agbimuddin Kiram yang dipercayai melarikan diri ke selatan Filipina kelmarin disifatkan sebagai pengecut dan kejam kerana meninggalkan pengikutnya berdepan pasukan keselamatan di kawasan operasi Op Daulat.
Sebagai ketua pengganas, tindakan itu menunjukkan mereka kalah dan hendaklah meletakkan senjata segera selepas melanggar kedaulatan Malaysia.
Peneroka, Jigga Aktajak, 60, berkata, langsung tidak masuk akal perbuatannya itu membuatkan pengganas lain bertempur, sedangkan dia hilang.
“Sudahlah ceroboh dan buat kacau di negara orang, kemudiannya larikan diri. Memang dia penakut dan pengecut.
“Jika benar, berdepanlah dengan pasukan keselamatan kita. Jangan cuba buat kacau dengan kita, kemudiannya cuci tangan.
Peralatkan orang yang taksub dengan kesultanan Sulu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Malam kelmarin, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dalam sidangnya akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan adik Jamallul Kiram III itu tidak mungkin berada di kawasan operasi pembersihan dalam gugusan Labian di Tungku, kerana pasukan keselamatan tidak menemui sebarang petanda kehadirannya.
Katanya, berdasarkan maklumat dan risikan diperoleh pasukan keselamatan mereka berpendapat dan berkeyakinan besar Azzumudie sudah meninggalkan pengikutnya yang berada di kawasan Op Daulat.
Menurut Jingga, tindakan pencerobohan yang dilakukan juga sudah mencerminkan siapa mereka sebenarnya, oleh itu pasukan keselamatan hendaklah mengambil tindakan segera yang sepatutnya.
Bagi, Mat Terawih Payau, 50, Azzumudie sememangnya orang yang paling dibenci sejak hari pertama pencerobohannya bersama sekumpulan pengganas bersenjata.
“Kehadirannya langsung tidak diundang. Kami tidak mahu dia berada di negara yang berdaulat. Sepatutnya dia lari bersama pengganas lain, bukan bersendirian.
“Lihat tindakannya, jelas seorang yang pentingkan diri, buat kacau dan lari bersendirian. Biarkan yang lain berdepan dengan pasukan keselamatan kita,” tegas lelaki separuh abad itu.
Ujarnya, sebagai seorang Islam, Azzumudie tidak patut menyerang negara Islam lain, lebih-lebih lagi negara berdaulat dan memiliki perundangan.
“Untuk apa serangan dilakukan pun kita tidak tahu, kami tidak mahu dia berada di Sabah lagi,” katanya.
Sementara itu, Amzah Assan, 30, berkata, sebagai penduduk Sabah, dia mengharapkan pasukan keselamatan dapat membuat pendakwaan segera kepada Azzumudie.
“Orang yang melanggar kedaulatan negara kita tidak sepatutnya dibiarkan lebih lama mengambil kesempatan menceroboh Malaysia.
“Tindakan kepadanya dan konco-konconya akan membuatkan pihak lain lebih berjaga-jaga untuk terus cuba-cuba menceroboh negara orang,” katanya.
Baca Artikel Menarik Dibawah:
Lahad Datu: Pengganas Sulu Kini Kebuluran
Lahad Datu:Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan
Terkini Lahad Datu: Seorang Lagi Pengganas Sulu Mati Ditembak
OP DAULAT: FOTO TERKINI PENUGASAN PDRM
Lahad Datu: Foto Penahanan Seorang Individu Yang Disyaki Pengganas Sulu Pagi Tadi
UPDATE SEMPORNA:MUSUH BERSEMBUNYI DIRUMAH PENDUDUK
Update Lahad Datu : Foto Eklusif( dikemaskini) Pengganas Sulu Yang Di Tumpaskan
-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)
Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan
X-FAIL LAHAD DATU : KEZALIMAN PENGGANAS SULU TERHADAP PEJUANG NEGARA
Op Daulat: Akan Diteruskan Sehingga Semua Pengganas Dihapuskan
Lahad Datu: Lagi Ramai Pengganas Sulu Mati
Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati
Update Lahad Datu: Lapan lelaki Filipina ditahan cuba masuk kawasan operasi
Lahad Datu: Foto Menarik Sepanjang Minggu

Cuba kita lihat senario ini:
ReplyDeleteAgimuddin telah mati. Mungkin pecah kepala. Seperti lapuran pertama Polis dan Tentera dulu menyatakan kemungkinan Agimuddin telah mati kerana pengecaman mayat adalah sukar.
Kematian Agimuddin perlu di rahsiakan untuk mengelakkan keadaan semakin teruk dalam pada polis dan tentera beroperasi dimana mungkin pasukan bantuan Sulu akan tiba kerana pada masa itu Filipina dan Malaysia masih belum bersiap siaga untuk menjaga sempadan laut.
Sekarang dengan menjulang kehandalan Agimuddin yang berjaya lolos kepungan polis dan tentera kerajaan berharap pihak Sulu akan rasa selesa dan memandang rendah keupayaan tentera di samping melemahkan semangat baki pengganas yang ada.