Sunday 24 March 2013

Pas Kedah Tidur : Pelacur Bawah Umur Ligat Bisnes






Seorang remaja dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang remaja perempuan dipercayai pelacur di dalam sebuah rumah kedai di Pekan Jitra, di sini, awal pagi kelmarin.


Difahamkan, remaja lelaki itu datang ke rumah terbabit dengan menunggang motosikal dari bandar raya ini dipercayai mahu mendapatkan khidmat seks dengan remaja perempuan berkenaan.


Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi, remaja lelaki berusia 17 tahun berkenaan dikatakan pergi ke rumah kedai terbabit untuk bertemu remaja perempuan berusia 15 tahun bagi mendapatkan khidmat seks.

Menurutnya, pihaknya yang menerima maklumat kemudian pergi ke premis terbabit sebelum mengetuk pintu beberapa kali lalu dibuka remaja lelaki terbabit.

“Remaja lelaki itu cuba melarikan diri dengan menuruni tangga, tetapi anggota penguat kuasa agama berjaya menahannya semula dan berlaku pergelutan antara mereka.

“Hasil soal siasat mendapati remaja lelaki itu mengaku datang ke premis berkenaan untuk melanggan remaja perempuan itu yang menjalankan aktiviti pelacuran sejak berhenti sekolah.

“Ketika dicekup, kedua-dua mereka berpakaian lengkap dan berkurung sehingga mendatangkan syak dalam rumah yang tertutup rapat dan berkunci dari dalam,” katanya.

Sumber berkata, remaja perempuan itu turut mengakui menerima bayaran RM80 untuk dilanggan remaja lelaki berkenaan.

Menurutnya, remaja perempuan itu mengakui ada individu menghantarnya ke rumah berkenaan untuk melakukan ‘kerja’ terbabit bagi mendapatkan wang dengan mudah.

“Remaja perempuan itu berasal dari bandar raya ini manakala pasangannya itu pula sedang bercuti sebelum menyambung semula pengajiannya.

“Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.


Sumber

No comments:

Post a Comment