Sunday 24 March 2013

Lahad Datu: Musuh Tetap Musuh-KPN


Kuala Lumpur: “Musuh tetap musuh dan kita (polis) perlu mengambil tindakan mengikut undang-undang Malaysia,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengulas kenyataan Azzimudie atau Agbimuddin Kiram yang mendakwa lapan pengganas yang dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Tawau, Sabah, Khamis lalu, adalah rakyat Malaysia.

Ismail berkata, tidak timbul masalah sama ada lapan yang didakwa itu adalah rakyat Malaysia atau Filipina kerana sesiapa sahaja yang melakukan keganasan dan mengancam keselamatan negara dianggap sebagai musuh.

Menurutnya, Peguam Negara ada bukti kukuh bagi mendakwa lapan individu terbabit mengikut Seksyen 130KA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup, Seksyen 121 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan Seksyen 130 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.


“Tugas penting Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sekarang ialah menjaga keselamatan seluruh rakyat Sabah.


“Pendakwaan dibuat di mahkamah dan kita bertindak berdasarkan perundangan negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Yayasan Pencegahan Jenayah (MCPF) di Mes Pegawai Kanan Bukit Aman, di sini, semalam.


Ditanya sama ada lapan individu terbabit tali barut, Ismail enggan mengulas lanjut sebaliknya memberitahu siasatan masih dijalankan dan operasi masih diteruskan.


Ismail yang juga Timbalan Pengerusi MCPF memberitahu mesyuarat itu bagi mengatur strategi lebih mampan bagi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasmikan mesyuarat agung tahunan itu. Turut hadir, Naib Pengerusi MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye.


Difahamkan, MCPF menerima sumbangan berjumlah RM60,000 daripada individu, badan korporat dan syarikat swasta bagi mengisi Tabung Wira Lahad Datu.


Sebelum ini, jurucakap Agbimuddin, Abraham Idjirani dalam kenyataannya yang disiarkan The Star/Asia News Network mendakwa Holland Kalbi dan Lin Mad Salleh yang didakwa di mahkamah sebenarnya antara yang terbunuh dalam pertempuran di Kampung Tanduo, Lahad Datu.


Idjirani mengeluarkan kenyataan itu selepas Holland Kalbi mengaku diarah dan dibayar seseorang dalam bahasa Bajau selepas Hakim P Ravinthran bertanya sama ada dia ingin menyatakan sesuatu kepada mahkamah ketika didakwa bersama tujuh lagi lelaki warga Filipina, Khamis lalu.



-Terengganu Today



Baca Artikel Menarik Dibawah:

RCI Lahad Datu : Dalang Akan Dibongkar!Petualang Jangan Lari!!!

LAHAD DATU TERKINI : WAJAH JENERAL DAN MENTERI PERTAHANAN KIRAM DIDEDAHKAN...

Lahad Datu: Pengganas Kiram Kejam Bunuh Budak Umur 2 Bulan

Lahad Datu Terkini: Dua Lagi Pengganas Termasuk Pegawai Pemerintah Sulu Ditahan

Lahad Datu: Sniper Pengganas Wanita Sulu Kebuluran

Lahad Datu:Hantu Belaan Pengganas Kiram Berkeliaran

Amaran Dari Komando Malaysia Untuk Pengganas Kiram,PAP,DAP,!!!

Video Dan Gambar Pembersihan Lubang Mayat-Mayat Pengganas Sulu Dan Semburan Asap

BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIPENGGAL KEPALA PENGIKUT SENDIRI

Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati

Update Lahad Datu : Foto Eklusif( dikemaskini) Pengganas Sulu Yang Di Tumpaskan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

 

No comments:

Post a Comment