Sunday, 17 March 2013

Lahad Datu:Keluarga Jamalul Kiram antara ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan




LAHAD DATU 17 Mac – Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, anggota keluarga Jamalul Kiram antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain… di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain. Ini kita sedang siasat,” katanya dalam sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Lt. Jen. Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16 di sini, hari ini.

Beliau berkata, operasi membanteras pengganas tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah sejak 12 Februari lepas, kerana polis turut menjejaki kaum keluarga anggota militan lain yang dipercayai terlibat insiden pencerobohan itu.

“Kita juga turut menyiasat orang lain yang mempunyai kaitan dengan pengganas di bawah SOSMA,” katanya tanpa memberitahu bila mereka akan didakwa di mahkamah.

Mengenai kematian seorang tahanan di bawah SOSMA di Semporna semalam, beliau berkata, individu itu meninggal dunia di hospital akibat sakit dan bukannya membunuh diri seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sehingga kini seramai 104 orang telah ditahan di bawah SOSMA dan 232 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Dalam pada itu, Hamza berkata, keadaan di seluruh Sabah adalah terkawal termasuk di Semporna dan Lahad Datu, kecuali di kawasan operasi di gugusan Tanjung Labian, yang kini dalam proses pembersihan.



-Terengganu Today


Baca Artikel Menarik Dibawah:

Terkini Lahad Datu: Seorang Lagi Pengganas Sulu Mati Ditembak


OP DAULAT: FOTO TERKINI PENUGASAN PDRM

Lahad Datu: Foto Penahanan Seorang Individu Yang Disyaki Pengganas Sulu Pagi Tadi

UPDATE SEMPORNA:MUSUH BERSEMBUNYI DIRUMAH PENDUDUK

Update Lahad Datu : Foto Eklusif( dikemaskini) Pengganas Sulu Yang Di Tumpaskan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

X-FAIL LAHAD DATU : KEZALIMAN PENGGANAS SULU TERHADAP PEJUANG NEGARA

Op Daulat: Akan Diteruskan Sehingga Semua Pengganas Dihapuskan

Lahad Datu: Lagi Ramai Pengganas Sulu Mati

Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati

Update Lahad Datu: Lapan lelaki Filipina ditahan cuba masuk kawasan operasi

Lahad Datu: Foto Menarik Sepanjang Minggu


 

No comments:

Post a Comment