Sunday 24 March 2013

Terkini 24/3/2013 Lahad Datu: 4 Lagi Lanun Sulu Ditembak Mati


Ini berita yang baru diterima...

Satu pertempuran telah berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dengan lanun-lanun Sulu di sebuah kawasan berpaya. Dalam pertempuran pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia berjaya membunuh empat orang lanun Sulu, manakala seorang anggota tentera mengalami kecederaan


Tembakan dilepaskan oleh lanun-lanun Sulu tersebut, dan kemudian melarikan diri ke dalam sebuah rumah penduduk tempatan. Kemudian, rumah tersebut dibakar bagi tujuan melengah-lengahkan pasukan keselamatan Malaysia.


Lanun-lanun Sulu yang berjaya ditembak dan dibunuh itu, tidak mempunyai sebarang pengenalan diri dan merupakan warga asing.



Anggota tentera membawa masuk dua daripada empat mayat pengganas bersenjata dari Selatan Filipina yang berjaya ditewaskan dalam satu pertempuran ke dalam ambulans di kampung Tanjung Batu untuk dihantar ke hospital Lahad Datu.

 -fotoBERNAMA

Berita kejayaan pasukan keselamatan Malaysia itu, menyusul selepas desakan mula dibuat agar Kerajaan mewujudkan sebuah Suruhanjaya Diraja menyiasat pembabitan Anwar Ibrahim, Azmin Ali, Tian Chua dan Sivarasa Rasaiah yang dilaporkan telah menghantar sejumlah wang tunai dalam pertemuan dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III pada Julai 2012.


Semalam, pasukan keselamatan Malaysia telah berjaya menahan Komander utama Jamalul Kiram III bersama-sama isterinya yang telah menjadi talibarut dan pemberi maklumat serta perancang utama bersama-sama Agbimuddin Kiram dalam serangan dan pencerobohan lanun-lanun Sulu tersebut.


Saki-baki lanun Sulu yang masih bebas, dilaporkan berada dalam keadaan yang amat terdesak serta kebuluran. Keadaan mereka dikatakan menyerupai pengganas komunis yang ramai mati kebuluran selepas Kerajaan British di bawah Harold Briggs mewujudkan perkampungan baru di tanah-tanah 'pinjam' daripada Sultan-Sultan Melayu dan kemudian mengadakan 'PUSAT MAKANAN BERKELOMPOK' apabila tiada lagi beras yang diberikan, sebaliknya makanan yang telah siap dimasak kepada penduduk kampung-kampung baru.


Di Filipina pula, golongan Kiram semakin kelam-kabut dan cuba untuk mewujudkan suasana yang menyebelahi mereka. Namun berdasarkan kepada senario yang dihidangkan, keluarga Kiram sebenarnya sangat layak menjadi badut sarkas kalau tidak pun, pak lawak, memandangkan kebanyakan cerita yang dikhabarkan semuanya bersifat lawak-lawak belaka terutama sekali yang membabitkan Jacel Kiram yang perasan dia adalah seorang puteri raja.


Sumber 


Baca Artikel Menarik Dibawah:

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

Lahad Datu: Musuh Tetap Musuh-KPN

RCI Lahad Datu : Dalang Akan Dibongkar!Petualang Jangan Lari!!!

LAHAD DATU TERKINI : WAJAH JENERAL DAN MENTERI PERTAHANAN KIRAM DIDEDAHKAN...

Lahad Datu: Pengganas Kiram Kejam Bunuh Budak Umur 2 Bulan

Lahad Datu Terkini: Dua Lagi Pengganas Termasuk Pegawai Pemerintah Sulu Ditahan

Lahad Datu: Sniper Pengganas Wanita Sulu Kebuluran

Lahad Datu:Hantu Belaan Pengganas Kiram Berkeliaran

Amaran Dari Komando Malaysia Untuk Pengganas Kiram,PAP,DAP,!!!

Video Dan Gambar Pembersihan Lubang Mayat-Mayat Pengganas Sulu Dan Semburan Asap

BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIPENGGAL KEPALA PENGIKUT SENDIRI

Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati

Update Lahad Datu : Foto Eklusif( dikemaskini) Pengganas Sulu Yang Di Tumpaskan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan


 

No comments:

Post a Comment