Wednesday, 27 March 2013

Update Op Daulat:Pemburuan Ketua Pengganas Sulu Diteruskan




 
Seorang pegawai polis memeriksa dokumen pengenalan penumpang-penumpang sebuah van berhampiran Kampung Tanduo di Lahad Datu 8 Mac 2013.—Gambar Reuters
 KUALA LUMPUR, 27 Mac ― Lokasi pemimpin penceroboh Sulu Agbimuddin Kiram masih lagi misteri walaupun pemburuan dibawah “Ops Daulat” bagi menangkap kumpulan tersebut telah masuk minggu ketiga.

Kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina akan meneruskan pencarian, namun Philippine Daily Inquirer hari ini melaporkan Malaysia berjanji tidak akan berhenti pemburuan selagi pemimpin tersebut tidak ditangkap manakala Presiden Filipina Benigno Aquino III telah menjadikan individu tersebut sebagai orang paling dikehendaki di Tawi-Tawi.

Sekiranya Agbimuddin ditangkap, ketua penceroboh tersebut bakal menghadapi hukuman penjara seumur hidup dibawah undang-undang Filipina kerana menganjurkan peperangan atau hukuman mati di Malaysia atas tuduhan pengganas serta melancarkan perang keatas Yang di-Pertuan Agong - jika diektradisi di sini.

“Saya tidak kisah jika dia warga Malaysia atau tidak... kamu lalukan kesalahan itu dan kami akan dapatkan kamu,” kata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Isnin lalu, menurut beberapa laporan berita.

The Inquirer melaporkan untuk mengektradisi Agbimuddin akan memerlukan kerajaan Malaysia meminta Filipina untuk menyerahkan pemimpin penceroboh itu dibawah triti bantuan undang-undang yang diluluskan oleh semua ahli ASEAN.

Menurut risikan tentera tempatan, Agbimuddin telah meninggalkan kumpulannya di Lahad Datu dan meninggalkan Sabah sejak 11 Mac lalu, enam hari selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan dibawah Ops Daulat.

Pemimpin licik tersebut dikatakan bergerak dari sebuah pulau ke pulau lain di selatan Filipina untuk mengelak daripada dikesan, manakala kebanyakkan pengikut bersenjatanya dipercayai berada dalam sebuah bot terdiri daripada 38 orang yang ditangkap di perairan Filipina baru-baru ini.

Namun menurut Inquirer, tiada bukti kukuh daripada Filipina untuk membuktikan Agbimuddin telah pulang ke tanahairnya.

“Pihak berkuasa Filipina berkata mereka tidak memiliki maklumat Agbimuddin telah kembali ke Filipina, bagaimanapun keluarganya di Manila bertegas beliau masih di Sabah,” tulis akhbar harian itu dalam laporan hari ini.

Memetik Setiausaha Pertahanan Voltaire Gazmin, Inquirer berkata tiada maklumat di Filipina yang boleh membantu menguatkan laporan ketenteraan Malaysia bahawa Agbimuddin disyaki telah pulang.

“Kami tiada maklumat tentang itu,” Gazmin dipetik berkata.

“Ingat [Agbimuddin] berada disana sudah lama dan beliau telah keluar masuk di Malaysia. Jadi dia tahu tentang permukaan disana.

“Beliau mempunyai ramai saudara. Pada suatu ketika beliau adalah pegawai tempatan, jadi dia tahu keadaan disana,” kata Gazmin yang merujuk kepada laporan di Malaysia bahawa Agbimuddin pada suatu ketika dahulu adalah seorang penjawat awam di sana dan adalah warga Malaysia.

Akhbar tersebut juga melaporkan keluarga Agbimuddin di Manila menafikan laporan mengatakan pemimpin tersebut telah pulang ke rumah, mendakwa kenyataan kerajaan Malaysia adalah hanya semata-mata “propaganda”.

Sekumpulan 200 orang lelaki bersenjata, mendakwa sebagai “Tentera Di Raja” Kesultanan Sulu, mendarat tanpa halangan di Lahad Datu pada 9 Februari untuk menuntut Sabah, yang hanya mengambil masa 40 minit dari selatan Filipina ke timur Sabah.

Lapan anggota polis dan dua tentera terkorban dalam pertempuran tersebut, dan memaksa ribuan orang kampung meninggalkan kawasan rumah mereka di negeri paling timur di Malaysia itu.

Putrajaya telah mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan keselamatan khas dan akan meletakkan pasukan keselamatan untuk mengawal kawasan itu.
sumber


Baca Artikel Menarik Dibawah:

Kisah Benar Insp. Hasnal Yang 21 Jam Menahan Sakit Ditembak, Ditetak Pengganas Sulu!

Terkini Lahad Datu:Paderi Sebagai Penasihat Agama Kiram

BERITA TERKINI LAHAD DATU: SMS INDIVIDU PEMBANGKANG MALAYSIA BERJAYA DIKESAN


Ops Daulat 26 Mac 2013 - Statistik Terkini Tangkapan Dan kematian di Lahad Datu


Hot!!Pondan Mengamuk Gigit Pegawai Imigresen

Nikmatnya Pak Lebai Dapat Sapu Hutan Dara

Filipina Nak Perangi Malaysia?

TERKINI LAHAD DATU: KELUARGA PENGGANAS TUNTUT WANG JANJI

VAT69 Bravo Selamatkan Anggota Lain Daripada Terkorban Di Tangan Pengganas Sulu Yang 'kebal'

Berita Terkini: Seorang Lagi Pengganas Sulu Serah Diri Di Tanjung Batu

Hot!! Menteri Pertahanan Sulu, AmirBahar Yang Dicekup 23 Mac Masih Berfacebook 15 Mac

Blogger Nak Bogelkan Abby Abadi Kerana RM50 Ribu?

Terkini: 7 Lelaki Dibunuh Bukan Ahli PAS?

Hot!!!Papa Gomo Tayang Episode 2 Video Liwat Bakal PM

Lahad Datu Eklusif: Anak 'Mat Bom' DiTahan

Terkini 24/3/2013 Lahad Datu: 4 Lagi Lanun Sulu Ditembak Mati

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

Lahad Datu: Musuh Tetap Musuh-KPN

RCI Lahad Datu : Dalang Akan Dibongkar!Petualang Jangan Lari!!!

LAHAD DATU TERKINI : WAJAH JENERAL DAN MENTERI PERTAHANAN KIRAM DIDEDAHKAN...

Lahad Datu: Pengganas Kiram Kejam Bunuh Budak Umur 2 Bulan

Lahad Datu Terkini: Dua Lagi Pengganas Termasuk Pegawai Pemerintah Sulu Ditahan

Lahad Datu: Sniper Pengganas Wanita Sulu Kebuluran

Lahad Datu:Hantu Belaan Pengganas Kiram Berkeliaran

Amaran Dari Komando Malaysia Untuk Pengganas Kiram,PAP,DAP,!!!

Video Dan Gambar Pembersihan Lubang Mayat-Mayat Pengganas Sulu Dan Semburan Asap

BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIPENGGAL KEPALA PENGIKUT SENDIRI

Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati

Update Lahad Datu : Foto Eklusif( dikemaskini) Pengganas Sulu Yang Di Tumpaskan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

No comments:

Post a Comment