Thursday, 21 March 2013

OPERASI DAULAT : SIDANG MEDIA YBHG. PANGLIMA ANGKATAN TENTERA DAN YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA PADA 21 MAC 2013 JAM 11.00 PAGI



Keadaan keselamatan di Daerah Lahad Datu adalah terkawal dan selamat.

Statistik terkini jumlah tangkapan yang disiasat di bawah Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) adalah seramai 108 tangkapan manakala tangkapan kes-kes lain seramai 268 orang.

Jumlah mayat pengganas yang berjaya dibawa keluar adalah seramai 30 orang dan jumlah pengganas yang ditembak mati adalah seramai 63 orang.

Jumlah pegawai/anggota pasukan keselamatan yang meninggal seramai 9 orang manakala jumlah cedera juga seramai 9 orang.

Pada 20 Mac 2013, seramai 8 orang pengganas telah di tuduh di bawah Akta Security Offences (Special Measures) Act 2012, (SOSMA) di Mahkamah Majistret Sementera Lahad Datu dan pada 21 Mac 2013, lapan orang pengganas ini telah dituduh di Mahkamah Tinggi Tawau.

Operasi pembersihan/penggeledahan di kawasan Kampung Tanjung Batu masih diteruskan. Semasa proses pembersihan/penggeledahan sedang dilakukan kelmarin, kira-kira jam 11.30 pagi telah berlaku tembak menembak menyebabkan seorang lagi pengganas mati ditembak dan seorang pengganas wanita berjaya di tangkap. Dalam pertempuran ini, seorang pasukan keselamatan telah mengalami kecederaan.




Baca Artikel Menarik Dibawah:













No comments:

Post a Comment

Post a Comment