Sunday 17 March 2013

Lahad Datu: Pengganas Sulu Kini Kebuluran




BAGAN DATOH 16 Mac - Saki-baki kumpulan pengganas Sulu yang dikepung di kawasan kecil di Lahad Datu, Sabah dilaporkan kebuluran dan semangat mereka terlalu rendah setelah ditinggalkan ketua, Azzumudie Kiram yang melarikan diri ke selatan Filipina.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kumpulan pengganas itu juga semakin terdesak apabila masyarakat berketurunan Sulu di Sabah tidak menyokong tindakan mereka menyerang negeri itu.

Katanya, ini bermakna kumpulan pengganas itu juga tidak mendapat bantuan bekalan makanan, maklumat dan sokongan moral daripada masyarakat Sulu di Sabah.





Baca Artikel Menarik Dibawah:




No comments:

Post a Comment