Tuesday, 26 March 2013

Hot!!Pondan Mengamuk Gigit Pegawai Imigresen

pondan

IPOH – Gara-gara enggan ditahan pihak berkuasa, beberapa pondan bertindak agresif dengan mencakar dan menggigit anggota Jabatan Imigresen dalam satu serbuan yang dijalankan di sekitar bandar raya ini malam kelmarin.

Kumpulan pondan yang berasal dari Thailand ini turut diberikan jolokan ‘bapok tangga’ kerana berpakaian seksi dan didapati bergiat aktif di sekitar tangga premis kedai bagi mendapat perhatian pelanggan.

Pelacur pondan yang berusia antara 24 ke 28 tahun itu cuma mengenakan bayaran RM30 hingga RM50 jika pelanggan mahu mendapatkan perkhidmatan seks daripada mereka.

Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas aktiviti jijik mereka berjaya dihidu Jabatan Imigresen di sini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Perak, Irwan Zahid berkata, pihaknya terlebih dahulu mengintip pergerakan pelacur pondan terbabit sebelum menyerbu lokasi mereka menjalankan aktiviti tidak bermoral itu.

Menurutnya, sewaktu serbuan dijalankan, pelacur pondan warga Thailand itu terkejut malah ada dalam kalangan mereka yang cuba melarikan diri ke tingkat atas bangunan bagi mengelakkan diri dicekup.

“Malah, empat daripada pondan terbabit turut ‘mengganas’ sebelum anggota kami berjaya menghentikan tindakan agresif mereka itu.

“Selain itu, mereka juga didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah memasuki negara ini,” katanya.



Dalam perkembangan berkaitan, Irwan berkata, seramai 27 anggota bertindak melakukan operasi di beberapa buah di sekitar bandar raya ini.

Katanya, dua rumah yang disasarkan adalah di Kampung Kepayang, Fair Park dan Tanjung Rambutan.

“Dalam serbuan di Kampung Kepayang, Fair Park, kami memberkas dua lelaki, empat perempuan dan dua kanak-kanak perempuan warganegara Indonesia berusia antara dua hingga 35 tahun yang didapati tidak mempunyai dokumen sah memasuki negara ini.

“Operasi turut dilakukan di sebuah rumah di Tanjung Rambutan, di sini, sebelum empat lelaki warga Myanmar berusia 23 hingga 36 tahun diberkas kerana tidak mempunyai dokumen sah untuk tinggal di negara ini.

“Semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) iaitu tinggal di negara ini tanpa pas yang sah,” katanya.

Beliau berkata, operasi yang bermula jam 10 malam dan berakhir pada jam 2 pagi itu dianggap berjaya berikutan ramai pendatang asing berjaya diberkas hasil dari intipan dan maklumat awam.




Baca Artikel Menarik Dibawah:


Nikmatnya Pak Lebai Dapat Sapu Hutan Dara

Filipina Nak Perangi Malaysia?

TERKINI LAHAD DATU: KELUARGA PENGGANAS TUNTUT WANG JANJI

VAT69 Bravo Selamatkan Anggota Lain Daripada Terkorban Di Tangan Pengganas Sulu Yang 'kebal'

Berita Terkini: Seorang Lagi Pengganas Sulu Serah Diri Di Tanjung Batu

Hot!! Menteri Pertahanan Sulu, AmirBahar Yang Dicekup 23 Mac Masih Berfacebook 15 Mac

Blogger Nak Bogelkan Abby Abadi Kerana RM50 Ribu?

Terkini: 7 Lelaki Dibunuh Bukan Ahli PAS?

Hot!!!Papa Gomo Tayang Episode 2 Video Liwat Bakal PM

Lahad Datu Eklusif: Anak 'Mat Bom' DiTahan

Terkini 24/3/2013 Lahad Datu: 4 Lagi Lanun Sulu Ditembak Mati

EKSKLUSIF LAHAD DATU : BUTIR-BUTIR PENGLIBATAN ANWAR

Lahad Datu: Musuh Tetap Musuh-KPN

RCI Lahad Datu : Dalang Akan Dibongkar!Petualang Jangan Lari!!!

LAHAD DATU TERKINI : WAJAH JENERAL DAN MENTERI PERTAHANAN KIRAM DIDEDAHKAN...

Lahad Datu: Pengganas Kiram Kejam Bunuh Budak Umur 2 Bulan

Lahad Datu Terkini: Dua Lagi Pengganas Termasuk Pegawai Pemerintah Sulu Ditahan

Lahad Datu: Sniper Pengganas Wanita Sulu Kebuluran

Lahad Datu:Hantu Belaan Pengganas Kiram Berkeliaran

Amaran Dari Komando Malaysia Untuk Pengganas Kiram,PAP,DAP,!!!

Video Dan Gambar Pembersihan Lubang Mayat-Mayat Pengganas Sulu Dan Semburan Asap

BERITA TERKINI:PENGGANAS KIRAM AZUMUDIE DIPENGGAL KEPALA PENGIKUT SENDIRI

Terbaru Lahad Datu: Foto Sniper Pengganas Sulu Ditembak Mati

Update Lahad Datu : Foto Eklusif( dikemaskini) Pengganas Sulu Yang Di Tumpaskan

-LAHAD DATU 18 SG: PENGGANAS SULU BUNUH POLIS DENGAN KEJAM(dikemaskini dgn video Nurul Izzah Perlekeh Polis)

Lahad Datu: Tidak Boleh Penggal Kepala, Potong Anggota Badan

No comments:

Post a Comment