Monday 11 March 2013

Dari Lahad Datu Kini Ke KL: 28 GRO Thai DiTahan


Sebahagian daripada GRO warga Thailand yang ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, semalam


SHAH ALAM - Cubaan 28 gadis pelayan pelanggan (GRO) warga Thailand untuk meloloskan diri dengan memanjat pagar, gagal apabila mereka berjaya dicekup dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Ibu negara, semalam.

Sebelum diserbu, semua wanita itu sedang leka mencari pelanggan di kaki lima pusat hiburan terbabit.

Semua GRO terbabit bagaimanapun lari lintang pukang setelah menyedari kehadiran polis. Selain itu, dua lelaki dipercayai penjaga premis turut membuat kacau dan mengganggu anggota bertugas.

Operasi kira-kira jam 1.30 pagi itu diketuai Bahagian Risikan dan Operasi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Asisten Superintendan Mohd Hatta Che Din.

Menurutnya, semua pelacur ditahan berusia antara 20 hingga 30 tahun.

"Pemeriksaan mendapati mereka menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk masuk dan bekerja di negara ini," katanya.

Difahamkan, semua GRO itu menawarkan khidmat seks dengan harga RM180 hingga RM300 sebelum dibawa ke hotel berhampiran.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan, 28 lagi GRO asing ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Jalan Perak diibu negara.

GRO ditahan terdiri daripada 24 warga Vietnam, dua warga Indonesia serta dua warga Filipina berusia antara 18 hingga 44 tahun.

Kesemua ditahan dibawa ke IPD Dang Wangi, sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment