Wednesday 6 March 2013

Lahad Datu Terkini: Kira-Kira 600 Penduduk Dari Empat Kampung Dipindahkan


Kira-kira 600 orang dari empat buah kampung berhampiran Kampung Tanduo, di sini dipindahkan ke Dewan Embara, dekat sini susulan tindakan ofensif pasukan keselamatan menggempur kumpulan penceroboh dari Sulu, Selasa.

Empat kampung terbabit ialah Tanjung Labian, Tanagian, Sungai Bilis dan Lok Buani.

Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assafal Alian berkata mereka diaraholeh pasukan keselamatan supaya berpindah ke dewan itu sejak dua hari lepasdengan semua keperluan makanan disediakan, namun tidak dimaklumkan sehingga bilaperlu berada di situ.

"Kami tiada masalah untuk tinggal di sini kerana yang penting keselamatanpenduduk terjamin ketika operasi menggempur diadakan.

"Namun, kami amat berharap krisis pencerobohan di Kampung Tanduo dapatdiselesaikan segera dan kami dapat kembali menjalani kehidupan seperti biasa,"katanya kepada Bernama.

Suri rumah, Normisnah Ahmad dari Kampung Sungai Merah juga menyatakan harapan serupa agar krisis pencerobohan di Kampung Tanduo berakhir segera agar dia bersama keluarganya dapat pulang ke rumah secepat mungkin.

Beliau turut berharap supaya kemudahan perubatan untuk penduduk yang berpindah ke dewan itu ditingkatkan.-BERNAMA

No comments:

Post a Comment