Wednesday 6 March 2013

Ops Daulat :Seorang Pengganas Sulu Ditembak Mati Pagi Ini

KAWAL... Kelihatan anggota polis dan tentera berkawal di jalan Kampung Tanjung Labian di sini, Rabu. 
Kampung Tanjung Labian dan Tanjung Batu kini turut menjadi zon merah dan semua penduduk kampung itu telah dipindah keluar bagi mengelak sebarang ancaman penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang dikhuatiri telah menyusup masuk ke kampung itu.
 
-fotoBERNAMA

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan seorang pengganas Sulu ditembak mati dalam operasi menggeledah di Kampung Tanduo kira-kira pukul 6.45 pagi Rabu.

Ismail turut menasihatkan agar orang awam berhati-hati kerana beliau tidak menolak kemungkinan kumpulan pengganas kini menyamar sebagai penduduk kampung.

Bagaimanapun Ismail enggan mendedahkan butiran lanjut Ops Daulat termasuk jumlah mayat pengganas yang ditembak mati.

Sementara itu menerusi kenyataan media yang dimuatkan di laman Facebook PDRM, pasukan keselamatan itu menyatakan kemungkinan operasi pembersihan dan penggeledahan terpaksa diperluaskan daripada sasaran asal kerana terdapat tanda-tanda kumpulan pengganas bergerak ke satu lokasi lain.

"Pasukan keselamatan sedang mengesan pergerakan mereka dan akan mengambil tindakan untuk respon kepada situasi.

"Orang ramai sekali lagi diminta supaya tidak cemas kerana pasukan keselamatan masih mengawal keadaan dan orang ramai serta pengamal media diingatkan supaya tidak menghampiri atau mendekati kawasan operasi," kata kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment