Saturday, 2 March 2013

Pencerobohan Di Lahad Datu, Tian Chua Pengsan Di Tampar Sharizat?



Susulan kelantangan pemimpin Pakatan Rakyat yang cukup gemar mempolitikkan dalam segala hal, lantas satu lagi isu hangat yang telah dipolitikkan dalam usaha untuk menyuntik kemarahan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

Naib Presiden PKR Tian Chua, yang mengeluarkan kenyataan itu telah menyebabkan rakyat marah kerana sikap tidak perikemanusiaan pemimpin pembangkang berkenaan.

Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.

Berang dengan sikap Tian Chua, lantas, Ketua Pergerakkan Wanita BN, Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini menyifatkan pemimpin tertinggi PKR itu sebagai seorang yang tidak berperikemanusiaan serta tidak sensitif dengan nasib yang menimpa kedua-dua perwira negara terbabit.




“Saya nak ambil kesempatan disini untuk lahirkan perasaan dukacita apabila kita mengikuti laporan media… bagaimana pihak pembangkang memperlekehkan dan mempersendakan tragedi yang berlaku ini.

“Saya kesal kerana isu keselamatan diperlekehkan dan dipersendekan oleh puak-puak Pakatan Rakyat… ini bukan masanya… jangan atas nama politik mereka nak mempermainkan isu-isu kestabilan dan keselamatan negara.

“Mereka ini langsung tidak sensitif dengan perasaan keluarga kedua-dua mangsa.




“Anggota komando di Lahad Datu telah bertarung nyawa untuk mempertahankan negara tetapi pihak pembangkang seperti tidak ada hati perut sanggup mempolitikkan kematian kedua-dua perwira ini,” katanya

Shahrizat menambah, Wanita BN menghargai jasa dan pengorbanan pasukan keselamatan negara dan tidak rela untuk melihat pihak pembangkang meremeh, mempersenda dan mengejek anggota pasukan keselamatan.

Katanya lagi, pemimpin Pakatan Rakyat seolah-olah tidak sedar diri dan lupa bahawa keselamatan negara selama ini adalah hasil titik peluh pihak keselamatan.



“Beginilah cara pembangkang memainkan politik"

Dalam pada itu, Shahrizat menambah, pergerakkan wanita merakamkan ucapan takziah kepada kedua-dua keluarga allahyarham yang telah kembali ke kerahmatullah demi mempertahankan keselamatan negara.

Katanya,Wanita BN sedia membantu kedua-dua keluarga sekiranya mereka memerlukan bantuan dari segi kebajikan dan lain-lain.


Sumber: Perak Today

1 comment:

  1. Kalau membunuh itu tiada salah disegi undang-undang dan tiada berdosa disegi hukum Islam, biar aku pancung jer kepala Cina DAP laknat tu..

    ReplyDelete