Monday, 4 March 2013

Terkini: ATM Membuat Kawalan Ketat Di Tanjung Batu




TANJUNG LABIAN: Tentera dan polis membuat kawalan di kawasan sekitar balai raya di kampung tepi pantai, Tanjung Batu, apabila laporan menyatakan muncul lelaki bersenjata yang berpakaian seragam tentera.
Sebahagian penduduk kampung tidak dapat meninggalkan kawasan yang dikawal keselamatan itu dan mereka yang lain tidak dapat kembali ke kampung.

Setakat pukul 2 petang, penduduk kampung masih tidak dapat memasuki kawasan itu.

Selain kemungkinan kehadiran lelaki bersenjata, tiada butiran lanjut yang dapat diperoleh daripada polis sebagai sebab untuk mengetatkan kawalan.





Sementara itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Tun Hussein diberi kawalan ketat sebaik tiba dengan helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) dekat Lahad Datu, Isnin. 

Mereka tiba pada 12.15 tengah hari dengan menaiki helikopter Polis Diraja Malaysia dari Lapangan Terbang Lahad Datu dan terus ke Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am bagi mendengar taklimat keselamatan pencerobohan Kampung Tanduo. 

No comments:

Post a Comment