Wednesday 6 March 2013

Terkini:13 Pengganas Sulu Disahkan Terbunuh Serta Gambar Mayat Pengganas Di Lahat Datu Didedahkan



Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Foto NORMIMIE DIUN / THE STAR


LAHAD DATU, 6 Mac —13 mayat penceroboh Filipina telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh Sulu di kampung tersebut semalam, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri Pertahanan tersebut menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.




Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan gambar menunjukkan tempat mayat penceroboh ditanam.


"Ini adalah gambar kubur dimana mayat telah dikebumikan oleh pengganas," kata Ahmad Zahid, sambil menunjukkan beberapa kepingan kayu yang diletak atas tanah.

Beliau berkata polis forensik telah ditembak tengahari tadi semasa sedang meneliti mayat tersebut, tetapi menyatakan tiada sebarang kecederaan berlaku.(gambar terbaru)

No comments:

Post a Comment